;9

7.5K 118 13
                                        

Dipos semula kerana ada masalah teknikal sebentar tadi. Maaf😭🙏🏻

____________________

Rayla tiba tiba terjaga dari tidur. Jam loceng disisi katilnya menunjukkan pukul 3.15 minit pagi. Rayla turun dari katil bila terasa tekaknya terasa kering. Tudung yang dikepala katil disarungkan dikepalanya.

Dengan berhati hati dia melangkah kearah dapur yang agak malap. Takut takut dia terlanggar perabut mahal dirumah yang gah ini. Cukuplah dia berasa malu kerana menumpang, janganlah kerana dia melakukan kesalahan pula.

Langkahnya terhenti bila dia terdengar sayup sayup alunan merdu ayat suci Al-Quran. Surah apakah dia tidak pasti tapi apa yang pasti suara itu datang dari Adam yang sedang bercahaya terang.

Dengan lagak seperti pengintip, dia menjengukkan kepalanya ke pintu bilik yang sedikit terbuka. Rasa hausnya sudah hilang diganti dengan rasa ini tahu melangit. Adakah Adam yang sedang mengaji atau hanya dia khalayan dia sahaja?

Tepat lagi benar, memang Adam yang sedang mengaji. Badannya membelakangi dari pintu bilik.

Kagum.

Hanya itu ungkapan yang sesuai ketika itu. Bacaanya yabg berlagu indah mengikut tajwid yang mahraj yang betul mampu menggetarkan mana mana perempuan yang mendengarnya. Kecuali-

"Adha, tak manis mengintai macam tu. Pergilah tidur balik"

Rayla tersentak. Akibat terlalu khusyu' menghayati bait bacaan Adam, dia tidak sedar yang Adam sudah menghentikan bacaannya.

Kini Adam berdiri tegak dihadapannya. Rayla cuba mencari anak matanya tetapi seperti biasa, Adam akan melarikannya kearah lain. Dalam hati Rayla mendesis geram.

"Aku haus, tak sengaja lalu depan bilik kau. Maaf" mukanya yang sememangnya putih sudah kemerah merahan menahan rasa malu kerana tertangtap skodeng anak teruna orang. Tong mana tong?! Nak menyorok jap!

"Tunggu " Arah Adam mendatar semasa Rayla hendak mengangkat kaki beredar dari situ.

"Nak apa lagi?" gumam Rayla tidak puas hati bila usahanya untuk lari dari malu terbantut.

"Walaupun kita tak suka seseorang itu, janganlah kesar kepadanya. Mungkin kita benci pada dia, tapi siapa tahu yang dia sebenarnya sayang pada kita separuh hati? Dah, kalau tak boleh tidur ambil air wuduk. Solat tahajud lebih baik. Assalamualaikum " pintu ditutup selepas dia 'bersyarah' panjang.

Seminit berlalu tetapi Rayla masih berdiri tegak dihadapan bilik itu dengan dahi yang berkerut. Mencuba menghadam apa yang dikatakan Adam tadi. Sepatah haram pun dia tidak dapat tangkap. Mendalam sangat ayatnya.

"Whatever, baik aku buat solat istikharah. Mana tahu dapat jodoh" putus Rayla setelah puas berfikir maksud tersirat ungkapan mendalam Adam. Malas pulak otaknya nak berfikir luar kotak. Otaknya belah dalam pun belum habis teroka, ni nak kena teroka luar.

Kakinya disambung kedapur. Hendak meneruskan niatnya tadi yang tertunda akibat Adam.

"Heleh, takdelah sedap sangat suara dia" kutuk Rayla bagi menutup malu. Lahai....

🌻🌻🌻

"So kelas, kerja rumah yang saya bagi dah siap?" lantang cikgu Rusimah bertanya pada kelas tentang kerja sekolah yang diberinya semalam.

"Dahhhhh!" gamat satu kelas menjawab. Entah betul entah tidak dorang ni. Tah tah salin soalan je.

"Bagus, sekarang ketua kumpulan kumpul buku tu kemudian hantar pada meja saya. Sebelum tu Rayla, sini kejap" panggilnya. Rayla yang ralit termenung tersentak bila lengannya disiku oleh Aira.

"Cikgu panggil kaulah!"

Terpisat dia sebentar sebelum segera bangkit dari kerusi lalu terus kemeja guru dihadapan bahagian kelas.

"Er- ye saya cikgu. Ada apa?"

"Cikgu bersimpati pada apa yang awak sedang lalui sekarang. Macam nilah, saya cadangkan yang awak pergi ke kaunseling jika ada apa apa masalah yang awak tak tahu nak bagaimana nak rungkaikan. Saya pun turut terpukul tentang apa yang dihadapi oleh awak" luah cikgu Rusimah. Rayla hanya melagak tenang. Memang dia tahu yang kisahnya akan menjadi buah mulut orang ramai.

"Saya bukan apa, tapi saya risaukan awak. Dan boleh saya tanya, bantuan persekolahan yang pihak sekolah beri tidak cukupkah? Selalu saya nampak awak bekerja dikedai burger sampai lewat malam" tambahnya lagi.  Kali ini Rayla sedikit terkejut. Bagaimana...

"Eh jangan buat muka macam tu. Saya tahu pun sebab saya selalu balik dari tusyen selalu  lalu depan kedai awak" tergelak cikgu Rusimah bila wajah Rayla berubah riak. Namun tetap nampak manis dengan wajah kacukan pakistanya.

"Oh, hm saya rasa tak perlu kot kaunseling ni. Saya okay je cikgu. Mungkin itu memang ujian untuk saya" balas Rayla tenang walaupun ada nada sayu dalam suaranya.

"Oh, takpelah. Saya hanya mencadang. Terpulanglah pada awak sama ada nak ikut cadangan saya atau tak. Okaylah, awak boleh duduk. Terima kasih"

"Er- sesama" dengan wajah yang sukar ditafsir sesiapa, Rayla kembali ke tempat duduknya. Dan seperti yang dijangka, Aira menyiku lagi lengannya tanda "Apa cikgu cakap?"

"Nothing, just dia suruh aku pergi jumpa kaunselor kalau aku ada masalah" balas Rayla bersahaja. Debaran didadanya sudah semakin berkurangan sejak dia tinggal bersama Aira. Nampak sangat hatinya semakin selesa dengan perasaan itu.

"Kau jawab..?"

"Aku jawablah aku okay je. Ha nah buku. Pergi hantar kat cikgu" dia mengarah pula sambil menghulurkan buku tulis latihan cikgu Rusimah. Yang lain juga memberikan buku latihan tersebut kepada Aira. Kening Aira terangkat.

"Aku pulak?" mukanya kebingungan.

"Kau ketua kumpulan kan!" serentak Rayla dan tablematesnya yang lain menjerit lantang. Tidak lama kemudian mereka berenam ketawa besar.

Gamat satu kelas hanya kerana mereka sahaja. Rayla cuba mengusir gundah dihati. Akan dia rakamkan saat saat indah bersama rakan rakannya dia menjadi layaran kenangan.

Sungguh, dia amat menyayangi semua SAHABATnya❤️.

____________________

Hai gaissss! Hehehehe, sis kembali memberikan anda update😂

Tapi ada berita sedih la. Minggu depan sis stay;( ( SO NO UPDATE T.T.   Yang minggu lepas tu sis ada bagitahu kan 'KEMUNGKINAN BESAR' je yang akan balik tiap minggu. Sorry;((

Sorry bagi fakhope😭 Tapi takpe. Esok ada chapter lagi.... Stay tuned 😂❤️

Your beloved author,
-àtūlmélrøśé💙

HALIA .✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang