Berpasang-pasang mata memandang kearah mereka ketika melangkah masuk kedalam perkarangan sekolah. Rata-rata pelajar memandang Rayla dengan pandangan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat sekarang.
"Weh,itu Adha ke?"
"Bukan tu perempuan yang tuduh abang dia rogol dia ke? Dia buat plastik surgery ke?"
"Aku rasa dia nak goda pakwe korang pula lah! Better korang hati-hati. Betina tu takde maruah!"
Umpatan itu kedengaran semakin pedas. Aira yang di sisi Rayla mula panas. Dia mula mengetap bibir lalu berpusing ke gerombolan gadis-gadis yang enak mengutuk kawan baiknya itu.
"Hei! Kalau boyfriend korang tinggalkan korang sebab korang semua buruk! Mulut macam loji kumbahan!" sembur Aira kepada gadis gadis itu. Mereka semua membulat mata. Terkejut gamaknya.
Rayla sudah menahan tangan Aira agar tidak terjadi lagi perkara yang tidak diingininya seperti perkara yang lepas. sungguh dia serik!
"Biadap kau perempuan!-"
"Sudah sudah! semua pergi ketapak sekarang! Perhimpunan dah nak start" arah seorang pengawas perempuan yang datang dari pintu pagar hadapan dengan tegas. Mereka dengan muka yang cemberut terus beredar ketapak perhimpunan.
Rayla terus menyambung langkah semula manakala muka Aira ketat menunjukkan yang dia tidak berpuas hati terhadap gadis-gadis tadi. Rayla menarik nafas dalam.
"Kau ni, tak serik lagi ke? Kau dah janji dengan mak kau kan?" soal Rayla. Sungguh dia tak faham kenapa Aira suka sangat susahkan dirinya sendiri hanya disebabkan perkara kecil.
"Kau ni cuba pertahankan hak kau sebagai seorang manusia. Sampai bila lagi kau nak orang pijak kepala kau?!" Aira terus berlalu pergi meninggalkan Rayla dengan terpinga pinga. Rayla terkesima.
🌻🌻🌻
Rayla mencapai buku diari yang dihadiahkan oleh ayahnya suatu ketika dahulu. Kulit buku yang sudah lusuh di dimamah masa itu dibuka. Pen dicapai lalu dia mula menulis diari hariannya.
"Hui! Buat apa tu?" sergah Aira dari muka pintu biliknya. Spontan Rayla menyorokkan buku itu di bawah bantal kerana terkejut.
"Ya Allah, cuba masuk bagi salam dulu. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah jalan dah" Ujar Rayla cuak. Kewujudan buku itu tidak boleh diketahui Aira, jika tidak hancurlah rahsia hati yang di simpan selama ini.
"Hehehe...sorry, by the way kau tengah buat apa itu?" Aira memandang tangan Rayla yang berada dibawah bantal. Segera Rayla menarik tangannya keluar dari bawah bantal itu.
"Tak de pape. Kau datang sini nak apa?"
"Saje nak jenguk kau. Yelah, kita dah lama tak borak. Just Nak make sure kau dah tak trauma pasal kejadian lepas" ujarnya bersahaja. Rayla jadi tersipu.
"You're so sweet! Sebab nilah aku suka berkawan dengan kau" ucap Rayla malu malu. Wajahnya sudah naik merah.
'Dan cinta' sambungnya didalam hati.
"Sweet? Ada macam awek cendul tak?" Seloroh Aira mencentuskan tawa diantara mereka. Rayla mencapai bantal lalu dihempukkan ada Aira. Dia mengaduh gedik.
"Sakitlah! Haish, dahla. Pi tidur. Esok abang aku hantar awallah. So, jangan terlajak pulak" pesan Aira seraya bangkit dari katil Rayla. Rayla hanya menggangguk sambil menghantar bayangan Aira melalui ekor matanya.
"Phew! Nasib tak kantoi" terasa lega hatinya bila Aira tidak mengetahui kewujudan buku itu. Buku diari dibawah bantalnya ditarik keluar kemudian diletakkan di dalam laci meja belajarnya.
Lampu tepi katil ditutup lalu kepalanya dibaringkan diatas bantal. Matanya serasa semakin memberat. Tidak sampai seminit dia labuhkan kepalanya, dia sudah mula melayari ke alam mimpi.
Sementara itu, Aira yang berada disebalik pintu biliknya setia berdiri disitu. Jam ditangannya ditilik. Setelah yakin yang Rayla sudah tidur, dengan berhati hati tombol pintu bilik Rayla dipulas perlahan. Keadaan di bilik itu gelap makin menyakin yang Rayla memang sudah tidur.
'Apa yang kau cuba sorokkan dari aku, Ray?' Hati Aira berbisik curiga. Sudah beberapa kali bila dia memasuki bilik Rayla, pasti tangannya akan menyorokkan buku coklat lusuh itu dibawah bantalnya.
Hati kecilnya meronta ingin mengetahui apakan isi yang ditulis Rayla. Adakah itu rahsia terlalu besar kerana selama ini, walaupun Rayla menulis diari, pasti dia akan diberi keizinan untuk membacanya. Jadi kenapa Ray perlu sorokkan buku itu darinya?
Lampu skrin telifonnya di'on'kan. Dia tak mahu menggunakan lampu sisi katil kerana pasti itu akan membangkitkan Rayla dari beradu dan rencananya pasti akan kantoi. Dia tak mahu itu berlaku.
Disuluhkan kesekeliling meja belajar Rayla kerana mana tahu Rayla letakkan buku itu disitu kerana mahu tidur? Tapi hampa kerana diatas meja belajar itu hanya terdapat beberapa alatan tulis dan buku rujukan sahaja. Aira mengeluh hampa.
'Mungkin buku tu dia still letakkan kat bawa bantal' bisik hati kecilnya kecewa.
Tiba tiba dia terpandangkan laci kecil meja belajar milik Rayla itu. Hatinya tertarik kerana mungkin buku itu berada disitu. Siapa tahu?
Setelah dibuka, ingin sahaja dia meloncat keriangan disitu. Tapi dia hanya mampu membuat riak sahaja kerana khuwatir Rayla akan terjaga. Helaian pertama diselak.
Seperti biasa kalau orang buat diari, pasti akan ada biodata. Tapi yang menariknya, itu biodatanya waktu dia berumur 7 tahun! Jadi tulisan itu semakin menghilang. Akan sukar untuk dibaca jadi Aira terus menyelak helaian seterusnya sehinggakan....
My crush ❤️
5/1/17
Kenapa aku tersuka dia? Kenapa dia? Ya Allah... Takkanlah? Kenapa aku perlu suka pada orang yang tak sepatutnya aku suka? Adakah ini hanya permainan nafsu selepas aku bercium.........
Tap! Dia segera menutup buku lusuh itu. Sungguh dia amat terkejut.
'Cium? Rayla pernah bercium? Tapi dengan siapa?' wajah Rayla yang hanya disinari cahaya rembulan ditatap dalam dalam. Dengan siapa?
________________
Hai readers yang disayangi sekali! Firstly sis nak mintak maaf sebab dah berabad tak update! 🙏🏻
Even masa cuti raya cina pun sis tak update sebab mood tak sampai. Hehehehe😅
So, sis mampu update satu bab je sebab jakgi nak buat revision. Minggu depan exam uolssss 😫
So, hope u all enjoy!😜
from author yang dikasihi,
àtūlmélrøśé❤️
![](https://img.wattpad.com/cover/125266501-288-k687848.jpg)
YOU ARE READING
HALIA .✔️
Fiksi RemajaKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.