"APA?! AKU NAK JUMPA RIYAN SEKARANG-"
"Masyaallah, Aira. Bawa mengucap. Nabi tak pernah ajar meninggikan suara pun kan? Bertenang. Kita selesaikan satu satu dulu" tegur ustazah Sumayyah keras. Aira merengus tidak puas hati.
"Ummi, ummi dah dengar apa yang Ray ceritakan? Ummi boleh suruh bertenang? Ummi, ini pasal maruah ummi. Abang jenis apa Riyan tu ummi?" Dada Aira turun naik menahan rasa geram bercampur marah. Rayla pula selepas menceritakan apa yang terjadi, dia terus diam tidak berkutik.
"Ye, betul ini semua pasal maruah. Tapi perkara ni akan makin teruk kalau kita bertindak melulu. Kita kena bersabar dulu" nasihat ummi Aira kali ini dengan nada yang lembut. Anak daranya itu memang agak panas baran, sifatnya juga persis lelaki. Dari siapalah dia mewarisi perangainya itu.
"Okay, baiklah. Maafkan Aira sebab kasar tadi" serba salah Aira bila dia menyedari khilafnya tadi. Pandangannya bertukar sayu.
"Ummi faham perasaan Aira. Hm, betul ke Riyan tak sempat buat apa apa kat Adha? Takpe sayang, jangan malu malu. Masalah ni takkan selesai kalau Adha ada sorokkan sesuatu. Ceritakan semuanya, ustazah mendengar" tangan Rayla digapai lalu digenggaman erat. Memang apa yang sedang gadis ini lalui amat perit untuk ditelan.
"Betul ustazah. Riyan memang tak sempat buat apa apa pada Ad" jawab Rayla perlahan.
Tipulah dia tidak berasa malu menceritakan semua itu pada Aira dan juga ustazah Sumayyah. Itu semua pekungnya. Dan nasib baik jugalah Adam dan ayah Aira tiada. Kalau tidak, tak tahulah bertapa malunya dia lagi.
"Okay, ustazah cadangkan kita buat report polis. Perkara ini memang tidak boleh dibiarkan" cadang Ustazah Sumayyah lagi. Kepala Rayla terpanggung.
"Re-report? Tak- tak payah kut ustazah. Benda kecik je" tolak Rayla takut takut. Sebenarnya dia sangat takutkan apa yang akan ibu tirinya tahu perkara ini. Kemungkinan besar, Mak Esah akan menyiksanya lebih teruk lagi!
"Benda kecik? Weh, yela. Kalau orang dah rogol kau, memang benda kecik sangat!" selar Aira bila Rayla membantah cadangan itu. Memang suka agaknya orang meragut maruahnya.
"Aira, ummi kata bertenang. Jaga perasaan Adha dalam perkara ni. Mesti ada sebab dia taknak report polis" tegur ustazah Sumayyah lagi. Dia turut mengurut dada melihatkan sikap Aira yang suka sangat meninggikan suaranya ketika marah.
"Takpe ustazah, Ad faham. Ad takut-"
"Kau takut mak tiri kau tu kan? Weh, sampai bila kau berdiam diri macam ni? Please la Ray, ini semua untuk kebaikan kau juga. Benda memang dah jadi kes berat tahu tak? Ni sexual abuse tahu tak Ray?" badan Rayla digoncang kuat. Rayla makin menunduk.
"Kita buat report dulu. Lepastu kita tunggu apa tindakan polis yang seterusnya. Boleh kan Adha?" pujuk ummi Aira lagi. Rayla melepaskan satu keluhan lemah. Perlahan lahan dia mengangguk. Pasrah.
🌻🌻🌻
"Saya tak salah! Ini semua fitnah! Hei perempuan! Aku tak pernah buat apa apa dekat kaulah!" Riyan meronta ronta untuk dilepaskan bila anggota polis menyerbu dan menangkapnya ketika dia sedang tidur dirumah. Rayla dipandangnya penuh benci.
Rayla hanya menekur tanah yang berdebu kering. Aira disebelah memeluk bahunya kerana dia tahu betapa sukarnya apa yang dilalui oleh Rayla sekarang. Airmata Rayla sudah bertakung. Perasaannya berbaur tika ini.
"Apa ni? Kenapa anak saya ditangkap?! Lepaskan dia.. Lepaskan!" Mak Esah yang baru datang bila diberitahu bahawa Riyan ditangkap, merayu supaya anak sulungnya itu dilepaskan. Pihak polis terpaksa menahan Mak Esah daripada terus menghalang mereka.
"Maafkan saya, puan. Anak puan terpaksa ditahan kerana tuduhan cuba merogol Rayla Adha yang merupakan adik tirinya. Maaf, tapi puan harus berikan kerjasama dengan pihak kami" jelas salah seorang anggota polis. Mak Esah terkesima kemudian memaling kearah Rayla dengan penuh marah.
"Kau betina! Memang suka aku naik setankan?! Sini kau!" Mak Esah meluru kearah Rayla lalu tanpa amaran menarik kepalanya dan menggoncang kuat.
"Sakit makkkk....."Rayla mengerang kesakitan. Dia cuba melepaskan diri tapi tidak boleh. Pegangan Mak Esah terlalu kukuh akibat rasa amarah yang terlampau.
"Makcik! Sabar makcik. Sudah!" Aira cuba menghentikan Mak Esah daripada terus menyakiti Rayla. Tak cukup dengan sifat makcik bawang, makcik tak cukup makan pun ada dalam hati makcik ni!
"Makk... Rayla tak tipu..." tudungnya sudah tidak seperti tudung. Anak rambutnya sudah terkeluar tetapi sedikit pun tidak diendahkan Mak Esah malah dia makin galak membelasah Rayla.
"Mulai harini, kau keluar dari rumah ni! Aku takkan tengok lagi muka sial kau kat tanah aku! Berambus kau!" halau maknya dengan muka yang bengis. Rayla cuba mencapai kaki Mak Esah tetapi telah ditendang terlebih menyebabkan mukanya tersungkur mencium tanah.
"Makkkk!!! Maafkan Adha makk!" Rayla cuba mengejar Mak Esah yang sudah naik kerumah tetapi ditahan oleh Ustazah Sumayyah yang dari tadi hanya mampu melihat adegan tadi sambil mengucap panjang. Sungguh dia tidak menyangka ada ibu yang sekejam itu terhadap anaknya.
"Ustazah..... Mak, ustazah...." Rayla mengongoi lemah kerana sudah tidak mampu lagi mengeluarkan suaranya.
"Sabar Ray... Takpe, aku ada kat sini" Aira mendakap kukuh tubuh kecil Rayla. Dalam tak sedar air matanya juga menitis kepipi. Tidak dia menyangka keadaan akan jadi seperti ini. Sungguh kalau dia ditempat Rayla, dia mungkin tidak setabah Rayla.
"Ni semua barang kau. SEKARANG BERAMBUS!!" Mak Esah kembali semula sambil melemparkan segala barang milik Rayla ketanah. Orang sekeliling yang menyaksikan adegan disitu sungguh terkesima melihat perubahan Mak Esah. Tidak mereka menyangka akan semua ini.
"Makkkkk...... Maafkan Adha makkk...." Suaranya sudah serak. Dia hanya terlutut ditanah sambil mencurahkan airmata. Ustazah Sumayyah berada disisi Rayla sambil mengusap bahunya manakala Aira mengutip segala barang kepunyaannya. Dia lemah, sungguh.
"Dah jom Ray. Jangan kau balik dekat neraka ni. Orang tua tu yang tak tahu diuntung!" hambur Aira tanpa menghiraukan jelingan umminya. Mulai hari ini, dia berjanji akan selalu disamping Rayla.
Selamanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
HALIA .✔️
Teen FictionKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.