;19

5.2K 118 11
                                        

Rayla terkedu melihat keadaan Mak Esah tika ini. Wanita itu terbaring lemah di tengah rumah. Orang kampung yang mengelilinginya sedang kusyuk mengalunkan surah yassin kepada Mak Esah.

Segera Rayla duduk mencapai tangan yang sudah berkedut itu. Tubuh maknya kering dan fizikalnya nampak sangat tak terurus. Nafasnya tersekat sekat seperti dia sedang berusaha mendapatkan udara untuk disalurkan ke peparu. Tika melihat Rayla, air mata tuanya terus deras mengalir.

"Mak... Mak.... Maafkan Ad sebab tinggalkan mak. Ad tak patut tinggalkan mak hari tu...." Rayla mula teresak. Tangan tua itu dibawa ke pipinya.

".... errrr..... weeeerrrr" Mak Esah cuba menuturkan kata tapi tak kedengaran. Rayla merenung Mak Esah kemudian memusingkan kepalanya kebelakang. Wajahnya yang memandang sayu ke Adam bagaikan memberi isyarat tentang apa yang terjadi pada Mak Esah.

"Dia jatuh tangga bulan lepas kemudian dikejarkan di hospital. Lepas tu doktor kata yang mak awak ada bermacam penyakit berbahaya tetapi yang paling kritikal saat ini adalah sakit jantung. Kitorang nak hantar ke hospital semula tetapi dia taknak. Dia kata dia biarlah dia pergi disini dan dia tak nak kitorang bagi-"

"Benda jadi bulan lepas baru sekarang kau nak bagitahu aku? Apa kau nak tunggu mak aku mati dulu baru nak bagitahu ke?!" Rayla mula menengking Adam akibat terkilan apabila semua perkara ini baru diberitahu padanya hari ini. Kenapa bukan semasa benda ini baru jadi. Apa dia takde hak sebagai seorang anak?

"Mashaallah, Adha. Can you calm down for a sec? Mak awak yang tak bagi saya bagitau dekat awak. Saya hanya menurut, tetapi memandangkan yang Mak Esah dah kritikal, so lebih baik awak tahu. Dakaplah dia Adha. Luahkan segala apa yang awak rasa" ujar Adam lalu beredar ke dapur. Rayla terkelu mendengar apa yang dikatakan oleh Adam. Dia kembali memusingkan kepala terhadap Mak Esah.

"Mak... Kenapa mak perlu rahsiakan semua ni. Kenapa mak? Mak, Ad berdosa buat mak macam ni. Tolonglah jangan pergi. Biar Ad tebus semua kesalahan Ad dulu. Ad mintak ampun mak...." Rayla mengongoi. Didakapnya tubuh tulang mak tirinya.

"Ma...afkan... mak... mak ber...dosa... de... kat Ad" tutur Mak Esah dalam kepayahan. Rayla yang melabuhkan kepala pada bahu maknya dapat mendengar dengan jelas segala apa yang diperkatakannya itu.

"Tak mak. Ad yang berdosa. Mak mak pukullah Ad lagi. Pukullah Ad asalkan mak tak pergi. Mak, kuatkanlah diri untuk Ad. Kuatkanlah semangat mak. In Sha Allah mak akan sembuh. Ad akan jaga mak, maafkan Ad mak!!" semakin kuat raungan Rayla. Airmatanya mengalir deras sehingga kemerahan muka putih melepaknya.

Makin galaklah permata jernih merembes keluar dari kelopak mata yang berkedut itu. Mak Esah yang memang sudah berusia likungan 60 tahun itu sungguh lemah tak terdaya. Pilu mendengar apa yang dikatakan Rayla.

Sungguh kini dia terlihat bayangan dirinya yang selama ini menyeksa gadis polos itu. Dia merasakan kini yang dirinya amat kejam pada gadis tidak bersalah dihadapannya. Sepatutnya dia menyayangi gadis itu kerana itu adalah amanat terakhir arwah suaminya, Umar. Tapi kerana tika itu hatinya buta menilai apa yang baik dan buruk, akibatnya kini dia terjerumus dengan perasaan yan teramat bersalah.

Selepas kepergian Rayla dari rumah ini, dirinya seperti hilang arah. Saban hari dia memanggil nama gadis itu untuk membuatkan dia sesuatu tetapi dia lupa bahawa dia telah menghalau gadis itu pergi. Sehinggalah pada hari dia terjatuh tangga. Nama gadis itu jugalah yang acapkali meniti di bibir tuanya.

Hari hari kemudiannya, dia hantui dengan rasa bersalah yang menggunung. Dia nak berjumpa dengan Rayla tetapi dalam masa yang sama dia taknak Rayla melihatnya dalam keadaan yang sebegini kerana dia tahu hati gadis itu rapuh. Kerana selama ini, walaupun dia memukul Rayla seteruk mana pun, gadis itu tetap akan senyap dan tak pernah meninggikan suara walau seoktaf. Dia merasakan yang dia adalah mak yang paling teruk sekali di dunia ini.

HALIA .✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang