;5

9.8K 142 12
                                    

"Adha, sudah sudah la tu. Berehat la kejap.Asyik kerja je. Tang bila nak belajarnya kalau balik sekolah dah kena kerja ni?" tegur Pak Abu pada Rayla yang sibuk membasuh pinggan.

Tergendala sebentar kerjanya bila ditegur sebegitu. Tangannya dilalukan pada air paip lalu dilapkan pada baju. Dengan senang hati dia tersenyum.

"Takpelah Pak Abu. Kalau Ad rehat, sampai bila nak habis pinggan ni semua. Tak payah risau la. Kat sekolah memang dah cukup belajar. Nanti kalau tak kerja, mana nak dapat duit kan?"

"Apa salahnya rehat sekali sekala. Kepala kamu tu pun masih berbalut. Kalau makin teruk macam mana?" ujar Pak Abu kerisauan.

Yela, mana tak risau. Kalau buatnya si Rayla ni pengsan waktu bekerja macam mana? Tambah lagi satu masalah pula.

"Ini Rayla Adha la Pak Abu. Jangan risau, Ad kuat!" Guraunya sambil mendabik dada. Pak Abu menggeleng lemah.

Degil betullah budak seorang ni. Sifat keras kepalanya seperti Umar, arwah bapa kepada Rayla. Yela, bapak borek anak rintik. Ye dak?

"Betul apa Pak Abu cakap tu. Kau ni, malam nanti kang meniaga dengan Si Kamal tu pulak. Tang bila nak study kan?" Aira yang baru memasuki dapur bersuara. Tangannya penuh dengan pinggan kotor yang pelanggan sudah gunakan. Pinggan itu diletakkan disisi Rayla.

"Kat sekolah tu bukan belajar ke cik kak? Dah, aku nak sambung kerja ni" Rayla terus menyambung kerjanya yang tergendala itu. Aira menggeleng geram.

"Dah jom pergi depan. Pinggan ni biar Radin yang basuh. Dari tadi aku tengok dia goyang kaki je" lantas lengan Rayla ditarik lalu dibawa keluar dari dapur. Terpinga pinga dia apabila ditarik sebegitu oleh Rayla.

"Woi, apesal aku pulak?" soal Radin yang dari tadi bermain permainan video. Radin ini anak Pak Abu. Tapi pemalasnya, ya Ampun! Bukan selalu nak tolong, main ML je tahu.

"Kau taknak aku bagitahu ayah kau kan apa yang kau selalu layan malam malam?" bisik Aira pada telinga Radin. Dia tersenyum sinis kerana dia tahu ugutannya pasti akan membuatkan Radin kecut perut.

"Er, okay aku buat sekarang!" riak Radin terus berubah. Aira ketawa kecil apabila dapat mengenakan Radin. Pengecut betul!

"Tak baik do kau." Rayla menepuk perlahan bahu Aira. Suka sangat si Aira ni mengugut orang.

"Biar dia rasakan. Dia pikir jadi anak owner kedai boleh goyang kaki? Hell no!" balas Aira puas hati.

"Heih.... Ha, suruh aku duduk kat sini buat apa?" soal Rayla bila dia sudah duduk dimeja kayu sebelah warung kecil itu. Tiba tiba saja Aira menggapai tangannya lembut.

Jantungnya sudah mula hilang rentak. Detak jantung semakin laju. Dia berdebar tetapi dalam masa yang sama, dia suka berada dekat dengan Aira. Entah, mungkin agak pelik bunyinya.

"Malam ni, kalau Hafiy datang kedai burger , kau kirim salam dekat dia eh. Sorry malam ni aku tak dapat temankan kau sebab aku ada family dinner" ujar Aira dengan muka penuh berharap. Air wajah Rayla terus berubah menjadi keruh.

'Hafiy? Tak habis habis dengan crush tak guna kau tu. Kirim salam bagai. Kau pikir aku posmen?' monolog Rayla tak puas hati.

Masakan tidak, cuba kau bayangkan kau suka dekat seseorang tu. Tapi orang tu pulak asyik bercerita pasal orang lain yang dia suka. Kau rasa? Kalau dulu mungkinlah kau boleh tersenyum sekali tengok kebahagiaan dia, tapi sekarang? Too bad sekarang kau dah jatuh cinta pada dia. The worst is, kau memang takkan dapat dia '))

HALIA .✔️Where stories live. Discover now