Rayla berjalan berseorangan apabila Aira yang menjadi teman setianya untuk kemana sahaja berkeras hanya mahu rehat di dalam kelas. Tak tahulah apa anginnya hari ini apabila daripada pagi tadi Aira hanya melayan dia acuh tak acuh.
Oleh kerana perut Rayla berkeroncong daripada pagi tadi akibat tidak sempat mencapai sarapan, jadi dia mengambil keputusan untuk pergi ke kantin seorang diri. Dia melalui blok blok kosong itu dengan langkah yang cepat kerana kebanyakkan pelajar berada di kantin ataupun wakaf wakaf berhampiran dengan kantin sekolah.
Sebenarnya pelajar tidak dibenarkan rehat didalam kelas tapi disebabkan kelas dia agak terpencil, jadi pengawas jarang membuat rondaan disitu kerana blok yang menempatkan kelas mereka terkenal dengan kekerasannya.
Yelah, dibuat daripada konkrit.
Ketika melalui 'terowong gelap', satu satunya jalan menuju ke kantin, Rayla berasa diperhatikan dan diekori. Langkahnya semakin pantas kerana mahu keluar dari kawasan itu secepat yang mungkin dan dia takkan sesekali berpaling kerana dia tahu kemungkinan besar dia akan menghadapi makhluk yang lagi seram daripada hantu jual karipap!
"Rayla Adha!" satu suara yang tidak asing lagi memanggil namanya. Spontan itu langkahnya terhenti. Kakinya terasa bagaikan digam pada lantai berdebu itu. Dia tergamam sambil matanya memandang lantai.
"Laju laju nak pergi mana? Sorang pulak tu? Mana secret admire aku yang selalu berkepit dengan kau 24 jam?" kedengaran sinis sekali pertanyaannya menyapa telinga Rayla.
Rayla masih membatu tanpa berpaling sedikit pun. Terlayar di minda segala perbuatan jantan laknat yang menyebut namanya itu. Sungguh keji sekali!
"Kau tahu kan yang aku tak suka orang tak balas apa yang aku tanya?!"
Bamm!!
"AH!" Rayla mengaduh bila Hairy muncul dihadapan wajahnya dengan muka yang bengis lalu menolak kuat tubuh kecil itu menghentak ke papan kenyataan yang terletak disitu. Bahunya ditekan kuat bagi menghalangnya melarikan diri. Wajahnya hanya beberapa inci sahaja daripada muka Hairy. Terasa deruan nafas Hairy menampar wajahnya yang mulus.
"Kenapa cuba lari dari aku? Kau memang sengaja kan?!" suara Hairy bergema disegenap sudut terowong terpencil itu. Matanya menikam tajam anak mata Rayla yang sudah mula bertakung.
"A-apa lagi kau nak Hairy? Kan aku dah kata Aira dah tak suka kau! Dan aku tak pernah lari daripada kau, kau yang sembunyikan diri daripada Aira! Kau yang pengecut! Perjanjian kita dah tamat la Hairy!" Rayla cuba bersuara lantang menunjukkan yang dia takkan lagi mengikuti segala perjanjian antara dia dan Hairy. Tidak lagi!
"Oh, kau takut ye? Alalala, kesayangan kita takut lagi nak tengok 'benda tu'. Kesiannya dia-"
"Blah lah Hairy! Lepaskan aku! Aku dah tak sanggup nak ikut perjanjian bodoh kau tu! Kau boleh pergi mati!" jerkah Rayla lagi. Kali ini disertai dengan air mata yang berjujuran deras. Dia sudah tidak sanggup jadi boneka pemuas nafsu jantan tak guna yang berada dihadapannya kini! Dia memang sudah tidak sanggup!
"Kan aku dah kata. Setiap sekali kau sampaikan pesanan Aira, setiap kali tu kau kena rasa 'aiskrim' aku. Aku dah bagi free free pun kau taknak ke? Eh, kalau aku offer kat gro kat luar sana, dorang dah beratur tahu tak? Silap silap dalam line tu ada Fatiya Latiff, tahu tak?!" tudung Rayla ditarik kasar ke belakang menyebabkan kepalanya terhentak sekali lagi.
"Lepaskan aku~" Rayla sudah mengongoi kesakitan. Tak terkata betapa siksanya dia diperlakukan seperti perempuan yang tiada maruah. Sudahlah tempat itu berada jauh dari kantin jadi agak mustahil pelajar lain mendengar dia berteriak meminta tolong.
"Lepaskan kau? HAHAHAHA! Boleh je tapi lepas kau buat tugasan kau yang kau dah tinggalkan selama sebulan. Aku rindu gila. Agaknya skill kau still hebat tak?" tangannya yang kosong sudah berura ura mahu membuka seluar sekolah tapi tidak semena mena-
"Hairy!" jerkah seorang gadis dihujung terowong. Hairy terkejut beruk lalu dengan kasar melepaskan tudung Rayla dan terus berlari menghilangkan diri. Aira cuba mengejar tetapi bayangan Hairy sudah hilang dari pandangan. Kalah pelesit!
Rayla jatuh terduduk sebaik sahaja dilepaskan Hairy. Tangiskan sudah terburai bila dia terpandang kelibat Aira yang mendekat. Tudungnya yang serabut dibiarkan kerana kali ini dia nekad mahu menceritanya segala perbuatan Hairy terhadapnya. Sungguh dia terseksa!
Aira melutut dengan hanya sebelah kaki dihadapan Rayla. Baru sahaja Rayla ingin merangkul tubuhnya, dia menahan.
"Kau bukan kawan aku lagi"
____________________
Hidup ini tidak pernah indah,
Walaupun kau selalu bermadah,
Tapi kau takkan tahu apa akan sudah.Tak semua orang kita boleh percaya,
Tak semua orang bawa cahaya,
Sedangkan dalam keluarga ada buaya.Bila orang pikir kau kuat, sedangkan kau berpura.
Bila orang pikir kau bahagia, sedangkan kau derita.
Bila orang pikir kau tidak apa apa, sedangkan kau sengsara.
Dengan diri kau yang asyik lara.Tapi,
'If you broken, you don't have to stay broken'
S.G✨

ANDA SEDANG MEMBACA
HALIA .✔️
Dla nastolatkówKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.