;4

10.5K 148 9
                                        

"Tidur rumah aku jela malam ni, Ray. Kau tu bukannya sihat sangat. Nanti kalau balik, mesti kau kena buat macam macam" Cadang Aira sebaik sahaja keluar dari pintu utama hospital. Risau betul dia kalau Rayla di dera buat kerja rumah tanpa henti lagi.

"Aku okay lah. Kau ni risau sangat kenapa? Setakat kena buat kerja rumah tu, biasalah. Tak payah la kau overrated sangat" tolak Rayla.

Bukan dia tak mahu, tapi dia takut lagi teruk dia kena bebel dengan Mak Esah kalau tidur rumah Aira tanpa diberitahu dahulu. Nanti dia juga yang susah.

"Kau ni, kau baru je keluar dari hospital ni. Larat ke balik nanti terus buat kerja rumah? Aku as sahabat kau ni risau tahu tak? Baik hati betullah mata empat ni!" leteran sekali dengan perlian Aira berikan tanda tidak berpuas hati.

Rayla tergelak kecil sambil membetulkan kaca matanya yang sedikit senget.

'Ada ada betullah Rash ni'

"Kau tahu tak, kalau aku duduk rumah kau sekali pun, balik nanti aku tetap kena buat kerja rumah. Double pulak tu! Aku nak aku susah ke senang?" Rayla cuba memanipulasikan kepala Aira. Aira jadi garu kepala.

"Ye tak ye jugakkan. Eh, kepala dah berbalut pun still boleh fikir lagi yeh? Impressive" Aira mengadiahkan tepukan kecil. Rayla pula jadi tersengih.

"Dah la kau ni. Grab dah sampai. Thanks tau belanja grab" ucap Rayla lalu segera memboloskan diri ke dalam perut kereta.

"Sama sama" balas Aira pula. Rayla menurunkan tingkap kereta lalu melambaikan sedikit sebelum dinaikkan semula tingkap tersebut.

'Haih, boleh tak kau stop buat aku makin jatuh cinta dekat kau? Kau mendera perasaan aku!' monolog Rayla. Dia meraup muka lalu satu keluhan berat dilepaskan.

🌻🌻🌻

"Lambatnya balik. Tadi kata balik sebelum Asar. Ini dah Asar ni. Dah solat?" soal Adam, abang kepada Aira ketika sebaik sahaja Aira sampai dirumah.

"Harini adik tak boleh la abang. Hm, abang dah makan?" soal Aira prihatin.

"Belum lagi. Maybe lepas ini. Macam mana dengan keadaan kawan Aira? Dia okay?" Adam melabuhkan punggung di sofa. Aira dengan langkah malas turut duduk disebelah abangnya.

"Alhamdulillah dia baik baik je. Cuma itulah. Adik kesian dekat Ray tu. Hari hari kena dera dengan mak tiri dia tu" ujar Aira meluahkan rasa simpati. Adam hanya tersenyum perit.

"Abang tahu yang kawan adik tu kuat. Adik janganlah risau sangat. In Shaa Allah, dia baik baik je" Adam usap bahu Aira lembut. Bukan dia tidak simpati dengan keadaan kawan adiknya itu. Dia memang sudah sedia maklum. Tapi apakan dayanya?

"Tadi adik ajak dia tidur sini, tapi dia tolak pulak. Dah la still sakit. Nanti kalau makin teruk macam mana, bang?" kepalanya disandarkan kebahu abang kesayangan. Adam menggeleng kecil.

Aira yang perangainya kalah lelaki, mesti akan menjadi manja bila bersama keluarganya. Tuturnya lembut sekali bila dibandingkan dengan cara percakapannya bila bersama orang luar. Sungguh kadang kadang Adam sendiri pun naik pelik dengan sikap Aira yang macam lelaki.

"Kita doakan yang baik baik, sudah. Ingat, segala yang terjadi mesti ada hikmahnya. Paham?"

"Of course la faham. Adik abangkan pandai? Benda dah banyak kali ulang" kali ini Aira bermain dengan janggut abangnya pula.

Adam, abangnya yang sudah berumur 22 tahun adalah seorang penghafiz al-Quran. Kini abangnya sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa. Adam sedang bercuti lalu mengambil upah mengaji untuk kanak kanak dikampung kecil ini.

"Eh eh, dah la. Apakata adik masakkan untuk abang sekarang ni. Lauk dah habis bibik masak tadi sebab Abi bawak pergi kerja. Bibik pulak tengah rehat. Tu yang malas nak kacau" ujar Adam.

Tangan adiknya yang dari tadi menggetel janggutnya, ditepuk lembut. Aira merengus manja.

"Yela yela. Jom. Tapi! Ada syaratnyaaaaa..." suaranya dileretkan. Adam tergelak kecil.

"Apa dia?"

"Angkat adik dulu!" Aira tersengih manja. Terletus ketawa Adam.

"Baiklah!" badan Aira terus dicempungnya lalu bawa kedapur.

"Aaaaaaaa! HAHAHAAH" Aira ketawa keseronokkan bila digawang begitu. Sungguh, keluarganya amat bahagia. Aira berasa sangat bersyukur!

🌻🌻🌻

Rayla terjaga apabila terasa sesuatu berada didalam bajunya. 'Sesuatu' itu sedang enak meramas 'benda' yang sepatutnya dia jaga dengan sebaiknya.

Biliknya yang gelap dan hanya mengharapkan simbahan cahaya daripada lampung simpang rumahnya membuatkan Rayla sukar mengecam siapakah gerangan laknat itu. Tapi lama kelamaan dia tahu siapakah 'binatang' bertopengkan manusia itu. Riyan--

Rayla mengetap bibir cuba menahan keluarnya suara. Air matanya sudah berjujuran kerana sakit diperlakukan begitu.

"Uhuk!" Rayla tiba tiba sahaja terbatuk. Terhenti segala aktiviti setan itu lalu tangannya segera ditarik keluar daripada baju Rayla. Tanpa berlengah Riyan terus keluar dari bilik Rayla akibat takut tertangkap.

Malangnya, dia memang sudah tertangkap.

Banyak kali '((

Airmata Rayla makin deras. Esak tangisnya mula kedengaran. Masih lagi terasa sisa kesakitan di dadanya. Malam itu tangis makin menggila.

Bukan sekali-

Bukan dua kali-

Tapi berkali kali. Rayla rasa sungguh terseksa. Kenapa? Kenapa mesti dia?

Selimutnya ditarik menutup semula badannya yang sudah jijik. Dia rasa sungguh hina.

Hari hari dia diperlakukan begitu oleh abang tirinya. Apakah dosanya selama ini? Tidak layakkah dia bahagia?

Malam itu dia tidak lena. Dadanya sudah terasa makin membengkak. Hanya airmata yang mampu menemani malam suramnya. Dan tangisan menjadi muzik mengiringi rasa pilu dihati.

Mohon supaya bila pagi, dia sudah tiada lagi'))

HALIA .✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang