Part 1 : First Day

31.9K 245 2
                                    

Aku sekadar memandang pada jam yang terpacak di dinding dihadapanku ini. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Perasaan yang tidak sedap hati ni kian menimbul sejak aku mendapat notis pemberitahuan daripada HR tentang bos baru. Aku mengeluh dengan berat sekali. Arissa aka kawan baik yang juga merangkap rakan sepejabat duduk bersebelahan memandang ke arah aku.

"Emilia?? Kenapa nie? Mengeluh je." Tanyanya dengan muka yang pelik. Aku sekadar memandang ke arahnya dengan expression yang selamba saje. Padahal dalam hatiku ini, satu perasaan yang tidak sedap hati tertimbul.

"Tak de apa apa lah. Cuma ni, hati I tak sedap since pagi nie. Lagipun, hari inikan CEO baru akan datang. Tu yang aku malas nie."

Setiap pagi telah menjadi kebiasaan kami untuk melepak di pantri sebelum mula kerja kami.

"Oh, yalah I terlupa pulak yang hari ini, bos baru kita yang akan datang nie! Nasib baik, awak beritahu saya. Kalau tidak, teruk I dimarahi oleh Suraya tu."

Arissa yang bekerja sebagai secretary kepada bos lama akan mendapat bos baru tu. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku.

'Biar betul, Rissa nie. Bos baru datang ke pejabat pun boleh terlupa pulak.' Desis hatiku yang tenang sedikit. Mungkin I terlebih berfikir tentang bos baru tu.

"Awak nie dah jadi Ms Sotong ye. Boleh buat-buat terlupa pulak tentang bos baru awak tu. Bukankah awak syok-syok sangat tentang kehadiran bos baru kelmarin lagi?? Sempat lagi berangan-angan." Sakatku dengan senyuman perli melempar ke arahnya.

"Ishh!! Awak nie, Emilia. I mana....." Rissa yang belum habis bercakap telah dipotong kata-katanya oleh Su aka Suraya.

Suraya yang bekerja sebagai ketua bahagian Admin tidak digemari oleh rakan-rakan sepejabat yang lain juga. Mukanya yang ala-ala kuning langsat dengan ketinggian yang berada dalam lingkungan 164cm, selalu berpakaian yang tidak cukup kain dan juga menayangkan pehanya yang tidak berapa putih itu. Boleh dikira dengan sepuluh ibu jari kami, berapa kalinya dia berbaju kurung atau kebaya. Itu pun jika ada majlis atau aktiviti penting saje. Kalau tidak, jangan haraplah dia akan memakainya.

"Arissa!! Bos belum masuk lagi dah mula curi tulang dekat sini ye. Kalau bos baru dah masuk, naik ke kepala boslah tu. Jangan lupa ye, kamu tu hanya setiausaha bos saje!! Bukannya apa-apa pun. Lainlah macam I nie!!"

Kedengaran sugguh angkuh dan menyampah pada telinga aku. Aku yang tidak betah terus menyindirnya. Berbeza dengan Rissa yang tidak akan menyindir atau melawan cakap orang lain walaupun hatinya terluka. Perwatakan Rissa yang lemah ini membuatkan ku ingin melindunginya selagi boleh.

"Amboi, Kak Su!! Pagi-pagi ini dah nak mula ke suara karaoke tu?? Nape pulak? Entah-entah sebab semalam tak jadi karaoke kat meeting, so hari ini nak balas balik kat sini ye? Kalau nak sangat karaoke tu, pergilah kat bahagian Admin tu. Ni bahagian akaun lah. Salah department kut."

Sindiran aku membuatkan beberapa staf yang kebetulan sedang membuat minuman dan melepak di situ tergelak. Muka Suraya yang kelihatan kemerah-merahan yang menandakannya sedang marah tu terus meninggalkan kami yang berada di pantri tu.

"Awak..... tak baiklah cakap dekat dia macam nie. Tengok, dia marah sangat tu. Awak pun tahukan dia tu memang macam nie. Mulut yang tak ade insurans tu."

"Sebab tu, I tegurnya sebelum dia ingat dengan sesuka hatinya saja boleh menyindir orang lain tanpa berfikir dahulu persaan orang lain yang akan terluka tu. Awak nie selalu saje biarkan dia menyindir macam tu. Nanti yang sedih dan terluka tu, siapa pulak?"

"Ya, tuan puteri Emilia. Lain kali, kalau lagi terjadi macam nie, patik akan segerakan sembahkan kepada tuan puteri ya." Sakat Rissa yang sememangnya masak dengan perangai ku yang suka membebel itu. Persahabatan kami sejak zaman persekolahan tinggi ini telah menjadikan kami rapat sangat sehingga seluruh keluarga kami pun mengenali sesama sendiri.

Kau Milikku AkhirnyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang