"Huh?? Lunch?? Dengan saya?" Terkebil-kebil mata Emilia memandang ke arah Haris.
'Telinga aku salah dengar ke atau Mamat ni salah cakap? Dah sedar ke belum dia ni? Mamai lagi ke atau salah orang pulak? Isshh... Awal-awal pagi dah buat mindaku serabut dan stress dah. Apa yang patut aku jawab ni? Say Yes or No? Hmmm...'
"Err... En... Opps... Maaf... Ha...ris... Boleh tak awak ulang sekali lagi soalan awak tu? Saya tak dengar jelas sangat tu." Jawab Emilia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Wajah Emilia pada ketika ini sedikit pucat. Siapa tak dengan secara tiba-tiba Haris mengajaknya walhal semalam Emilia dimarahi dengan teruk sekali.
"Okey... Dengar baik-baik ni, Emilia. Saya tak nak ulang sekali lagi lepas ni. Saya.Nak.Ajak.Awak.Lunch.Nanti! Dah cukup jelas kan?" Muka Haris sudah merah rona pada ketika ini. Sejak dia berputus dengan Natasha, tidak pernah dia mengajak seorang wanita selain daripada Mummynya untuk makan lunch. Walaupun dia bersikap ego dan beku terhadap Emilia, namun dipaksakan dirinya untuk membuka langkah pertama terlebih dahulu. Jikalau ingin menunggu Emilia, ia hanya akan berlaku dalam keadaan darurat sahaja. Bukannya Haris tidak memahami sikap Emilia. Sedikit demi sedikit sikap dan personaliti Emilia mula difahami sekarang.
'Mamat ni ikhlas nak ajak aku ke atau tak ni? Dahlah kasar dan sinis je dia tu. Bukannya aku sengaja nak dia ulang pun. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tanya aku. Mestilah nak dengar betul-betul dan jelas. Nanti sindir dan labelkan aku sebagai Minah Muka Tebal atau Minah Perasaan. Kang naya aku nanti. Dimalukan sekali lagi.'
Pada ketika itu, Emilia juga geram akan Haris. Pelawaan Haris seolah-olah tidak ikhlas di hatinya dengan nada yang sombong kedengaran di telinga Emilia. Belum sempat Emilia ingin menolak pelawaan itu, Haris terlebih dahulu bersuara untuk mengelakkan Emilia menolak ajakannya.
"Please, Emilia. Cuma makan lunch sahaja. Saya tak ada niat yang lain pun. Lagipun sejak kita bertunang, tidak pernah sekalipun kita makan bersama-sama kecuali dengan keluarga kita sahaja. Anggaplah ini ialah dating pertama kita sejak bertunang ini."
"Haris... Bukan saya tak sudi nak makan lunch dengan awak tapi saya dah ada lunch date. Kalau awak tak kisah, boleh join kitorang makan bersama juga. Itupun kalau awak tak kisah." Jawab Emilia akhirnya setelah melihat kesungguhan Haris mengajaknya. Emilia berasa bingung dengan perubahan Haris secara tiba-tiba.
'Pelik betul Haris ni. Nape dia boleh berubah secara mendadak? Ya Allah! Jangan-jangan dia mempunyai split personaliti? Harap-harap bukanlah begitu. Kalau tak, takutlah aku nanti. Dahlah dipaksa kawen dengan aku. Sekarang pulak ada split personaliti ni. Nanti-nanti aku kena didera atau dibu... Astaghfirullahalazim, Emilia!! Cuba jangan fikir yang bukan-bukan. Tak baik tau menuduh yang bukan-bukan ni.'
"Lunch date? Dengan siapa? Laki ke perempuan? Berdua-duan ke?" Pelbagai soalan dilontarkan kepada Emilia sebaik sahaja ayat lunch date terserap ke dalam minda Haris.
"Aha lunch date dengan...."
Lagu Attention dari handphone Emilia berbunyi secara tiba-tiba. Kalut Emilia mencari handphonenya yang berada di dalam beg tangan. Beg tangannya yang seperti pocket Doraemon memang susah nak cari kalau dalam keadaan kecemasan. Maklumlah beg tangan perempuan kan.
'You just want attention, you don't want my heart
Maybe you just hate the thought of me with someone new
Yeah, you just want attention, I knew from the start
You're just making sure I'm never gettin' over you, oh'"Wait a minute, Haris."
"Okey, take your time. I'm not in hurry."
'Biar betul kau, Haris. Not in hurry? Sejak bila kau ada kesabaran untuk menunggu perempuan dalam situasi begitu? Lagi satu, bukan ke kau ada meeting pukul 8.30 pagi nanti? Sekarang dah pukul 8.10 pagi. Kau belum prepare lagi ni tau.'
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Milikku Akhirnya
RomantizmEmilia... Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang.. Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia. Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...