"Emilia..." Suara Mama yang lembut menyapa aku yang sedang mengelamun di balkoni.
"Eh Mama... Bila Mama masuk ni?" tanyaku dengan terkejut.
"Mama dari tadi asyik ketuk pintu bilik dah tapi Emilia yang tak perasaan tu. Sebab tu, Mama terus masuk saje. Rupa-rupanya anak Mama kat balkoni pulak. Ni Mama nak tanya Emilia." jawab Mama seraya duduk di kerusi yang bersebelahan denganku.
"Sorry Mama. Emilia tak perasaan tu. Mama nak tanya apa ye..." tanyaku dengan pelik.
"Emilia ada masalah ke? Dari tadi masa makan malam tu, Emilia senyap je. Tanya sepatah jawab sepatah saje. Cuba ceritakan kepada Mama apa masalah Emilia ni. Jangan simpan dalam hati tu nanti jatuh sakit."
"Err... Emilia okey je, Mama... Tadi tu sebab Emilia penat... Hari ini bos besar baru masuk so penat sikitlah..."
"Bos besar baru?? Siapa tu?? Anak Tan Sri ke??" tanya Mama.
"Ahaah... Anak Tan Sri... Namanya Haris Iskandar kalau tak silap..." tuturku sambil memandang ke arah langit yang mendung.
"Ohh Haris ye... Dah balik pun ye dia... Ingatkan Haris akan tinggal kat USA.. Hmm... Mama dan Papa pun dah lama tak jumpa dengan Tan Sri sekeluarga..."
"Mama dan Papa kenal dengan Haris?? Emilia tak tahu pun Mama dan Papa kenal dia..." terkejut aku apabila Mama dan Papa kenal si Mr Menyampah tu. 'Aku tahulah Mama dan Papa kenal Tan Sri tapi si Mr Menyampah tu juga mereka kenal. Biar betul ni.' desis hatiku sambil menoleh ke arah Mama.
"Memanglah kami kenal Haris tu. Since dia kecil lagi dah. Emilia memanglah tak tahu. Setiap kali ada majlis atau jamuan dengan kenalan Papa dan mama, Emilia yang tak nak ikut. So, macam mana Emilia nak kenal mereka?? Along dan Angah pun kenal dengan Haris."
"Alah... Mama ni... Emilia tak sukalah pergi majlis dan jamuan-jamuan tu... Rimas lah dengan mereka tu... Asyik show off beg branded mereka lah, boyfriend mereka lah... Rimas tu, Mama..."
"Yalah... Yalah... Ada sahaja alasan dari Emilia ni... Dah... Jangan duduk di sini lama sangat... Dah lewat tu... Mama masuk bilik dulu... Good night... Assalamualaikum...
"Hehehe... Yes, Mama kesayanganku... Good night... Waalaikumsalam..."
Aku berpandangan ke arah langit yang bertemankan dengan bintang-bintang yang cantik tu. Cantik sungguh permandangan pada malam itu. Aku hanya berdoa agar aku tidak akan berjumpa dengannya lagi. Aku tidak ingin kembali lagi pada 4 tahun yang lalu. Hatiku yang sakit hanya Allah yang tahu. Cukuplah sekali itu saja dalam hidup aku ini.
**************************************************
"Haris... How is your 1st day of working?? Ada apa-apa masalah ke?" tanya Daddy. Setiap kali, selepas makan malam, Mummy and Daddy akan berehat di tepi kolam renang sambil minum air teh. Romantik sungguh mereka berdua.
"Hmmm.. Okey je Daddy... Tak ade masalah pun... Cuma masa meeting pada pagi tadi tu je... Ada staff yang lewat masuk ke meeting... So, Haris pun menegurnya..." tutur Haris sambil terbayangkan peristiwa pada pagi tadi. Dia ingin tahu tentang Emilia lebih mendalam tetapi kerana egonya yang tinggi melangit tu yang menghalangnya untuk bertanya kepada secretarynya, Arissa.
"Oh... Nadia ye yang masuk lewat ke meeting tu??" tanya Daddy sambil tersenyum. Mummy yang duduk bersebelahan dengan Daddy hanya menjadi pendengar di antara perbualan ayah dengan anak sahaja.
"Nadia?? Errr... I dengar Arissa panggil dia as Emilia... Jadi namanya adalah Nadia Emilia??" tanyaku dengan polos.
"Ehh... nama orang pulak tak tahu... Namanya Nadia Kamiela... Finance Manager kat Company. Tulah marah kat orang saja tahu... Ade tak Haris tanya dulu kenapa Nadia masuk lewat ke meeting?"
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Milikku Akhirnya
RomanceEmilia... Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang.. Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia. Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...