Aku berasa hairan dengan panggilan itu. Setahu aku, jarang sekali kenalanku memanggilku dengan nama itu. Hanya... seorang sahaja yang memanggilku begini. Aku mengerling sekilas ke arah suara yang menegurku. Aku hampir rebah apabila ternampak kelibat tuan punya badan yang berdiri di hadapan aku sekarang. Tanganku mula menggigil. Aku ingin berlari dari situ dengan segera. Aku tidak ingin berjumpa dengannya. Ya!! Aku benci dia!! Benci sangat!!
"Milia..." sekali lagi suara yang sudah lama tidak didengari olehku menegurku.
Haris yang berdiri bersebelahanku memandangku dengan pelik. Matanya terpandang ke arah tanganku yang mula menggigil. Haris terus berbisik dengan perlahan dan lembut di telingaku. Aku yang tersentak dengan kelakuannya terus tersedar. Terkejut aku apabila Haris berbisik di telingaku. Perbuatannya membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut terutama sekali Rayyan. Ya, Rayyan adalah insan yang menegurku dari tadi.
"Are you alright? What is happen? Who is him?" bisik Haris di telingaku.
"Err... He... You... Arrggh!!" serabut kepalaku sekarang dengan manusia yang berada di sisiku dan juga di hadapanku ini.
"Milia... Apa khabar? Dah lama kita tak jumpakan?" tanya Rayyan untuk menutup perasaan cemburunya apabila ternampak kelakuan Haris yang sangat dekat dengan aku tadi.
"Assalamualaikum, I'm Haris Iskandar. Nice to meet you." Haris memperkenalkan dirinya terlebih dahulu seraya menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Waalaikumsalam, I'm Asyraf Rayyan. Nice to meet you too. You're..." tanya Rayyan sambil bersalam dengannya. Rayyan memandang ke arah Emilia yang berdiri bersebelahan dengan Haris. Jarak antara kami berdua sangat dekat seolah-olah mempunyai hubungan yang istimewa.
Lina dan Rissa yang sibuk mencari maklumat terus berhenti apabila terdengar perbualan orang ketiga yang bertutur. Rissa dengan segeranya menghampiriku yang sedang dalam keadaan serabut dan juga tidak selesa. Dia kemudian memegang lenganku sambil mengusap dengan lembut supaya aku boleh bertenang.
"Apa yang awak nak lagi tu??!! Emilia dah tak ade apa-apa nak cakap dengan awak lagi!! Boleh tak awak pergi dari sini!!"tutur Rissa dengan nada yang kasar. Rissa tahu aku memang tidak betah berada di situ lagi. Peristiwa yang menghantui selama empat tahun ini dan insan yang tidak inginku jumpa telah berada di hadapanku sekarang.
"Arissa... Please... I hanya nak tanya khabar Milia saje... I bukan nak apa-apakan dia..." tutur Rayyan dengan nada simpati.
"Tak cukup ke kau buat apa kat dia past 4 years ago??!! Now, kau nak buat sekali lagi kat Emilia!! Jangan harap kau boleh dekat dengan dia lagi!!" tutur Rissa sekali lagi dan menarikku pergi dari situ. Lina yang terpinga-pinga hanya mengikut kami tanpa sebarang suara. 'Garang juga Arissa ni. Biasanya, nampak lembut je tapi hari ni. Usshh...' luah dalam hati Lina.
"Kitorang pergi dulu ye. Jumpa lagi, bro. Assalamualaikum." jawab Haris seraya mengejar langkah kami.
"Waalaikumsalam" jawab Rayyan dengan pandangan sayu ke arah kami.
Sebaik sahaja pelayan restoran mengambil pesanan kami, Rissa segera bertanyakan aku yang duduk berhadapannya.
"Emilia... Okey ke ni?" tanya Rissa dengan lembut. Dari tadi, dia sememangnya tahu aku tidak berasa selesa akan perjumpaan yang tidak dirancang itu.
"Hmmm... I'm okey... Tak payah risau..." jawabku pendek sekadar untuk menutup ketidakselesaanku sekarang.
Peristiwa yang melanda sejak empat tahun yang lepas seolah-olah seperti baru sahaja berlalu. Perjumpaan dengannya tadi membuatkan aku teringat kembali akan peristiwa itu. Hatiku yang telah sembuh kini terluka sekali lagi. Sejak peristiwa itu, aku tidak percaya lagi tentang cinta. Bagiku, cintaku terhadap lelaki bukan muhrim sudah terkubur dalam hatiku yang tercalar ini. Cinta akan membuatkan aku menjadi wanita yang lemah. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadikan ku sengsara dan merana. Sebab itu, aku berjanji kepada diriku bahawa aku tidak akan menerima sebarang cinta lagi. Aku tidak ingin menjadi Nadia Kamiela yang dulu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Milikku Akhirnya
RomanceEmilia... Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang.. Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia. Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...