Part 30 : Mini Kaktus

6.4K 131 44
                                    

Emilia berasa pelik apabila ternampak sepasu mini kaktus di atas meja kerjanya. Pertama kali Emilia menerima hadiah begitu. Siapalah lelaki yang tidak romantik ini? Terasa ingin gelak Emilia pada ketika itu. Sambil membelek mini kaktus itu, Emilia membuka sekeping kad yang terselit di tapak pohon kaktus itu.

~ Let's our journey like this cactus, will grow and stay strong no matter what's happens in future ~

~ HI ~

'Comel juga mini kaktus ni.' Desis hati Emilia. Senyuman di bibir terhias tanpa Emilia sedar.

"HI? Siapa pulak tu? Pelik betul hadiahkan aku mini kaktus ni." Emilia mengetuk -getuk hujung dagunya dengan jari sambil menguman seorang diri di biliknya. Dah serupa lagak detektif pulak Emilia pada saat itu.

"Morning Bos... Wow... Siapa yang hadiahkan tu? Comel pulak." Tanya Lina apabila berada di dalam bilik Emilia.

"Morning Lina. Entahlah siapa HI ni? You nampak tak siapa yang letak kat atas meja I?" Soal Emilia pulak.

"I tak tahu. I baru saje balik dari pantri. Kad tu tulis apa lagi, Bos? Macam ada ayat-ayat romantik aje?"

"Tak tulis apa-apa pun. Sekadar ayat biasa aje pun. Tapikan, pelik pulak hadiahkan I sepasu mini kaktus. Tak romantik langsung. At least hadiahkanlah bunga rose ke tulip ke. Ni kaktus yang berduri tajam pulak."

"Hahaha... Uniklah tu, Bos. Tak pernah ada orang hadiahkan kat Bos kan? So, kiranya orang ni nak bagi first impression yang mendalam pada Bos ni. Hahaha..." Gelakan Lina masih belum surut lagi. Dia berasa geli hati apabila mendengar bebelan Emilia dengan mimik muka yang tidak berpuas hati.

'Hailah, Haris. Kononnya nak bagi kejutan pada Bos. Tapi apa pulak yang terjadi? Bos tak dapat duga pun siapa gerangan tu. Ada ke tulis nama samarannya aje? Jangan-jangan nanti Bos buang mini kaktus itu ke dalam tong sampah. Bos aku ni bukannya boleh dijangka.'

Pada masa yang sama, Haris yang sedang mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya berasa pelik. Dia sedang menunggu panggilan dari seseorang. Ikut jangkaannya, gerangan tersebut sepatutnya sudah menelefon Haris namun teleponnya masih diam sahaja.

'Takkanlah dia tak nampak hadiah yang aku berikan pulak? Aku kan letak kat atas mejanya tadi? Jangan-jangan dia buang terus hadiahku tanpa melihat kad yang aku terselit itu pulak? Dahlah aku bersusah payah berikhtiar tentang ayat-ayat romantik tersebut.' Guman Haris berseorangan diri di dalam bilik pejabatnya.

*********************************************************

Mini kaktus yang ingin dibuang ke dalam tong sampah tadi telah diletak di tepi tingkap. Lina yang ingin keluar dari bilik Emilia sempat menyelamatkan mini kaktus itu. Kalau tidak, mini kaktus itu alamatnya akan terkubur di dalam tong sampah. Emilia pada mula berasa pelik apabila melihat Lina yang beria-ria ingin menyelamatkannya. Alasan yang diberikan sangat curiga hati Emilia yang kononnya bazir kalau membuang mini kaktus itu.

"Kenapa awak tak telefon saya? Saya sedang tunggu panggilan awak ini!!" Tanpa memberi salam, Haris terus menyoal Emilia.

"Assalamualaikum Encik Haris. Mana salam awak? Takkan terlupa pulak?" Sindir Emilia apabila secara tiba-tiba Haris menerjah dia di dalam telepon.

"Waalaikumsalam Cik Emilia. Puas hati sekarang? Kenapa awak tak balas balik ayat-ayat saya? Takkan tak baca ayat-ayat itu?" Soal Haris sekali lagi.

"Hmmm... Balas ayat awak? Ayat apa pulak? Saya tak nampak sebarang pesanan daripada awak pun." Emilia mula mencari sticky note yang dimaksudkan oleh Haris. Kemungkinan ia terselit di dalam fail-fail di atas mejanya.

"Cik Emilia... Bukan pesanan di sticky note. Benda itu di atas meja awak tadi. Takkan awak tak nampak pulak? Benda itu bukan kecik tau!"

"Benda?? Selain daripada barang peribadi dan fail-fail, saya tak nampak pun benda yang awak maksudkan. Boleh tak awak straight to the point?"

"Jangan-jangan awak dah buang benda itu ke dalam tong sampah? Mini kaktus yang kat atas meja awak tadi tu. Mana awak letak sekarang??" Tanpa membuang masa, terus Haris menanyakan keberadaan hadiah itu.

"Mini kaktus? Awak yang hadiahkan ke? Tak sangka awak adalah HI itu. Puas saya berfikir siapa orang itu. Kenapa tiba-tiba bagi saya hadiah ini pulak?"

Emilia terkejut pada ketika itu. Siapalah yang sangka rupa-rupanya Haris yang hadiahkannya. Dahlah kaktus pulak. Apakah yang Haris ingin berkias ini?

"Ya, mini kaktus itu. Siapa yang akan bagi selain saya? Salah ke saya bagi mini kaktus itu?"

"Memang salah pun awak bagi. Ada ke hadiahkan pada tunang awak sepasu mini kaktus ini? Tak romantik langsung. At least, bagilah sejambak bunga ros ke bunga tulip ke. Nasib baik saya tak buangnya ke dalam tong sampah walaupun nyaris-nyaris tadi." Seperti biasa, bebelan panjang Emilia akan kedengaran.

"Tak romantik??!! Cuba awak bagitau saya apa yang cantik sangat tentang bunga ros dan bunga tulip? Bunga-bunga macam tu akan cepat layu dan membazir duit aje. Kaktus pulak berlainan. Tahan lama dan akan sentiasa kuat walau dalam apa-apa keadaan pun. Saya tak kisah. Mini kaktus tu awak kena jaga dia sebaik-baiknya. Kalau ia mati, siap awak!" Terus Haris meletakkan gagang telefonnya tanpa memberi Emilia membalas balik bicaranya.

Emilia berasa bingung seketika apabila mendengar ugutan Haris tadi.

"Apa yang dimaksudkan oleh Haris ni? Kalau kaktus ini mati pun, apa kaitan dengannya pulak? Kan mini kaktus ini dah jadi hak milik saya? Pelik lah si Haris ni... Isshh..." Sambil berbicara bersendirian, Emilia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mini kaktus yang dihadiahkan oleh Haris sememangnya ada maksud di sebaliknya. Mini kaktus itu seolah-olah melambangkan Haris dirinya sendiri. Sebab itu, Haris mengugut Emilia menjaganya dengan baik. Umpama menjaga hati dan cinta Haris padanya.

Namun, Emilia yang tidak mempunyai pengalaman dalam bercinta sememangnya tidak akan tahu maksudnya. Dia pada ketika ini berasa geram terhadap Haris. Lantaran itu, Emilia memberi nama mini kaktus itu sebagai Mr M.E.K yang bermaksud Menyampah, Ego dan Kerek. Puas hati Emilia apabila memanggilnya begitu.

*********************************************************

Kau Milikku AkhirnyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang