Seperti yang dijanjikan, aku bertemu dengan Rissa di Café Lavender yang telah menjadi tempat perjumpaan kami acap kali. Keadaan di dalam Café pada masa itu agak lenggang walaupun pada hujung minggu. Kami memilih meja yang agak jauh dan sunyi supaya senang untuk meluahkan isi hati kami. Café ini merupakan tempat kesukaanku disebabkan interior design yang simple dan moden dan juga desserts dan minuman signature mereka iaitu Lavender Cake and Lavender Coffee. Aroma lavender yang menyenangkan dapat dihidu walaupun di depan pintu utama Café itu. Bahkan setiap kali aku menapak di dalam Café itu, dapat dirasakan bahawa aku seolah-olah berada di Ladang Lavender, Perancis. Perasaan yang begitu menyenangkan dan mendamaikan jiwa amatlah sesuai untuk jiwaku yang serabut dan stress sekarang.
"So, that's all yang I nak bagitau you, Rissa..." sayu sungguh suaraku ketika itu. Mengenangkan majlis pertunanganku yang semakin mendekat, perasaan sedih dan hiba menjelang di dalam hatiku. Segala perkara mengenai majlis pertunanganku tidak diambil tahu olehku bahkan warna dan corak baju pertunanganku pun aku tidak tahu. Yang aku tahu ialah bila dan waktu pertunanganku sahaja. Bagaimana aku boleh endahkan kalau Mama selalu mengingatkan tentang majlis pertunanganku? Alangkah baiknya kalau aku hilang ingatan secara tiba-tiba sahaja pada saat ini.
"Biar betul, Emilia... Betul ke ni?? Haris bagitau you that dia bersetuju bertunang dan berkahwin dengan you disebabkan jawatan dan syer dalam HI Holdings ni... I macam sukar nak percaya apa yang you bagitau ni... Setahu I, Haris bukan lelaki yang kejam dan selfish ni... It's so unbelievable and unexpected..."
"Sigh... Rissa... Takkan sampai tahap ni, I nak reka cerita begitu... I admit that I memang benci dia tapi I takkan sesekali fitnah orang... Cuma, I betul-betul berasa terkilan... I tak sangka Mama dan Papa begitu tegas dalam perkara ini... Mereka lansung tidak menjaga perasaan I... Mereka seolah-olah menganggap I ni bukan anak kandung mereka dan mereka boleh menentukan kebahagiaan I... Sampai sekarang I tak dapat bayangkan yang I kena bertunang dan bernikah dengan lelaki yang tidak kucintai dan paling penting sekali bakal suamiku mempunyai agenda dalam perkara ini..."
"Sabar, Emilia... I percaya semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya... Cuba bertenang dan beristighfar banyak-banyak... Mungkin you akan dapat jawapan disebaliknya... Allah takkan sesekali membuat hambaNya berada dalam keadaan ni... Semua perkara pasti mempunyai penyelesaiannya..." sayu suara Rissa kedengaran. Dia juga tidak sangka Emilia akan berhadapan dengan perkara begitu. Sebagai kawan baik Emilia, dia faham akan perasaan Emilia. Dia seakan-akan dapat merasa kekecewaan dan kesedihan yang dialami oleh Emilia sekarang. Semua wanita di dunia ini juga tidak ingin berhadapan dengan situasi begini. Bertunang dan berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mencintai dan dicintai. Lebih-lebih lagi, kalau pertunangan dan perkahwinan ini mempunyai motif. Nescaya, wanita seperti di tempat Emilia dapat menerima dengan redha. Rissa hanya dapat menjadi tempat luahan Emilia sahaja. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menolong Emilia.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Milikku Akhirnya
RomanceEmilia... Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang.. Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia. Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...