Ajakan Haris terpaksa dipenuhinya apabila Mama telah bertanyakan kepadanya pada awal pagi Sabtu itu. Pada mulanya, Emilia tidak ingin menjawab soalan Mamanya tetapi apabila terlihat betapa gembira dan ceria terpamper di wajah Mama tercintanya, terpaksa menjawab dengan senyuman segarisnya.
"Emilia... Mama dengar dari Haris yang malam ni, dia ajak Emilia keluar makan malam kan? Betul ke ini?" tanya Mama apabila tengah bersarapan pagi.
"Wow... Betul ke ni, Emilia? Sejak bila kau berbaik dengan Haris ni? Hah... Jangan-jangan kau dah jatuh cinta dengannya?" Angah yang duduk bersebelahan dengan Along mula tertarik dengan topik Mama. Tidak ketinggalan juga, Angah mula menyakat Emilia pada ketika itu. Farhan sememangnya tahu adiknya tidak suka dengan Haris. Dia pernah terdengar perbualan Emilia dengan Arissa di dalam telepon kerana sewaktu itu, dia keluar bersama dengan Arissa.
"Diamlah, Angah ni... Bising betul!! Buat kita serabut aje sekarang. Simpang malaikat 44 ye kalau Emilia jatuh cinta. Emilia tak nak. Sejak bila kami gaduh? Tapi..." Terhenti sejenak perbualan Emilia apabila deringan teleponnya berbunyi.
"Hah... Tu, bakal adik ipar aku call tu!! Jawablah panggilan dia. Nanti kan orang sebelah sana risau pulak. Hahaha..." Semua yang berada di meja makan gelak apabila Angah mengusiknya. Hanya Emilia yang geram akan Angahnya. Matanya semakin mengecil apabila merenung ke arah Angah. Kalau Angahnya berduduk bersebelahan dengannya sekarang, sudah pasti cubitan ketam Emilia akan naik ke badan Angah.
"Biarkan aje panggilan itu. Tak penting pun. Sarapan Emilia lagi penting ni." Dengan selamba sahaja, Emilia meneruskan mee gorengnya dan tidak mengendahkan panggilan tersebut. Namun, deringan teleponnya tidak berhenti-henti sejak tadi. Ia seakan-akan memberitahu selagi Emilia tidak menjawab panggilan itu, ia akan berdering sahaja.
"Emilia... Jawablah panggilan itu. Haris kan yang call ni? Manalah tau dia ada perkara penting yang ingin disampaikan ke? Tak baik buat Haris macam tu. Mama tak pernah ajar anak-anak Mama biadab ye." Tegur Mama apbila melihat Emilia tegar tidak menjawab panggilan itu.
"Sigh... Baiklah Mama. Emilia jawab ni." Emilia mengeluh perlahan apabila telah dibebel dan ditegur oleh Mamanya. Tahulah dia, Haris ialah menantu kesayangannya.
"Assalamualaikum. Nak apa?" Jawab Emilia dengan kasar. Emilia tidak berani melihat ke arah Mama yang sedang merenung tajam ke arahnya. Orang tua mana yang suka apabila anak mereka bersikap kasar terhadap orang lain lebih-lebih lagi ialah bakal suami.
"Waalaikumsalam. Kasar betul bakal isteri saya. Saya cuma nak ingatkan awak makan malam ni. Jam 7, saya akan jemput awak. Jangan cuba nak larikan diri. Kalau tak..."
"Siap saya kan? Dah banyak kali awak ulang ayat tu. Saya pun dah boleh hafal tau. Saya ingatlah makan malam ni. Isshh..." jawab Emilia dengan nada geram
"Yalah... Yalah... Saya cuma nak ingatkan aje. Tu pun nak marah. Pakai lawa-lawa sikit tau. Jangan pakai macam nenek kebayan pulak. Malu saya nanti tau."
"Ei... Ei... Ei... Sedapnya mulut awak tu. Sejak bila saya berpakaian macam nenek kebayan? Kalau saya ialah nenek kebayan, awak tu ialah datuk kebayan tau. Dah... Saya nak makan sarapan pagi ni. Assalamualaikum." Terus Emilia menamatkan panggilannya tanpa mendengar balasan daripada Haris. Dia tengah geram dengan Haris pada ketika ini. Siapalah yang tidak geram apabila bakal suami memanggil begitu.
"Monyok aje muka Emilia ni. Kenapa pulak?" tanya Along pulak.
"Haris tu lah... Geram dan sakit hati Emilia ni. Ada ke dia cakap Emilia berpakaian serupa nenek kebayan. Agak-agaklah sikit bila nak tegur orang. Emilia yang cantik dan comel seperti nenek kebayan ke? Hmmphh..." gumam Emilia sambil makan karipap pulak. Walaupun sakit hatinya, tetapi perutnya mesti diisi.
"Hahaha... Haris cakap macam tu kat Emilia?? Wow, berani betul dia. Tak sabar nak menantikan perkahwinan korang ni. Mesti gempak ni. Hahahaha..." Usikan Angah membuat semua yang berada di meja makan ketawa. Hanya Emilia seorang sahaja yang bermuka masam.
'Siap kau, Haris pada malam ni. Taulah aku nak buat apa dengan kau? Pandai aje kau label aku nenek kebayan.'
*********************************************************
Emilia tergelak apabila melihat air muka Haris yang masam sepanjang mereka di dalam kereta. Siapalah yang tidak masam apabila Emilia merosakkan plan dia pada malam ini.
'Ada ke Emilia ni buat begitu pada saya? Geram betul dengan dia. Entah-entah dia nak balas dendam pada saya. Arghh... Stress betul saya ni.'
"Awak... Kenapa diam aje? Bukan ke awak ada banyak benda nak cakap ni?" tanya Emilia apabila Haris berdiam diri sahaja sejak dari rumahnya.
"Tak ada benda yang nak cakap pun. Dah orang spoil mood dan plan saya. Nak cakap apa lagi." Gumam Haris secara perlahan seakan-akan dia sedang bercakap seorang diri di dalam kereta.
"Awak marah ke saya ajak Arissa sekali?" soal Emilia. Dia tahu Haris mesti kecil hati dengan dia sekarang. Perubahan air muka Haris sangat ketara apabila Emilia memberitahunya Arissa akan menemankan pada malam ini.
"Taklah... Manalah saya berani marah kat awak kan? Nanti Arissa pulak jadi susah hati kalau dia terasa menjadi orang tengah pada malam ni." Sindir Haris pada Emilia. Arissa yang duduk di belakang berasa tidak selesa. Dia cukup memahami sikap Bosnya yang tidak suka orang asing mencampuri hal peribadinya. Tetapi apa yang dia buat sekarang telah membangkitkan kegeraman Bosnya.
"Kalau tak suka, just cakap jelah. Takyah nak sindir-sindir saya."
"Kalau awak terasa, then baguslah tu. Awak taukan betapa susahnya saya nak ajak awak keluar pada malam ni. Ingat senang ke, saya nak mulakan langkah pertama ni. Awak ni suka sangat ambil perkara ni sambil lewa aje." Tegur Haris walaupun dia tahu Arissa yang akan menjadi bahan pergaduhan mereka.
"Awak!!! Saya buat macam tu pun sebab saya tak nak orang lain nampak kita berdua yang bukan halal lagi tengah berdating di restoran nanti. Awak tu orang bernama tau. Jagalah sikit tingkah laku tu. Nanti jatuh maruah awak macam mana? Suka ke kalau reporter-reporter menulis benda yang bukan-bukan?" tanya Emilia lagi.
"Kita bukan di tempat sunyi pun. Ada ramai orang di restoran tu kan. Macam mana reporter-reporter tu nak tulis yang bukan-bukan? Cakap ajelah awak tak sudi nak keluar dengan saya. Sebab tu ajak Arissa sekali ni."
"Aw..." Emilia yang ingin meneruskan perbalahan telah berhenti apabila Arissa bercampur tangan dalam perang dingin mereka.
"Babe... Haris... Saya minta maaf kalau kewujudan saya ni merosakkan mood korang. Nanti sampai sana, saya akan pergi dari situ. Saya pun faham apa yang Haris maksudkan. Mula-mula apabila Emilia mengajak saya, ada sedikit rasa kekok. Maklumlah saya kena jadi orang tengah di antara korang berdua ni. Siapalah yang tidak rasa kan?"
"Arissa... Saya tidak bermaksud demikian. Saya bukan geram disebabkan awak ikut sekali. Tapi disebabkan Emilia ni." Jawab Haris dengan cepat. Dia tidak ingin Arissa berasa kecil hati dengannya.
"Babe... Sorry... Bukan kau yang bersalah ni. Saya yang bersalah pada kau. Tak jaga perasaan kau pulak." Emilia berasa bersalah apabila Arissa bercakap begitu. Terlupa juga seketika apabila Arissa berada di dalam kereta Haris.
"So, korang dah stop ke perang dingin tu? Nak saya terus jadi orang tengah lagi ke? Kalau tak, nanti saya suruh Farhan ambilkan saya kat sana?" Kening Arissa terangkat-angkat sambil senyum ke arah mereka yang berdiam sejak Arissa meluahkan perasaannya. Arissa sebenarnya cuba meleraikan pergaduhan mereka. Dia tidak ingin hubungan mereka yang semakin baik kembali menjadi dingin dan beku.
Emilia dan Haris berpandangan sesama diri. Mata mereka yang bertembung seketika telah mewujudkan sebuah perasaan yang pelik. Tidak pernah Emilia mempunyai perasaan begitu walaupun dengan Rayyan sekali. Begitu juga dengan Haris. Hatinya berasa nyaman dan jantungnya mula berdebar. Apakah mereka telah jatuh cinta pada masa itu?
Arissa yang berada di tempat duduk belakang senyum gembira apabila terlihat dua hamba Allah yang sedang memandang sesama diri dengan perasaan mula jatuh cinta. Doanya pada kedua-dua supaya kekal bersama hingga ke Jannah. Amin...
*********************************************************

KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Milikku Akhirnya
RomanceEmilia... Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang.. Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia. Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...