Part 27 : Terjatuh

4.7K 108 5
                                    

Semasa dalam bilik meeting, Haris tidak menumpukan sepenuh perhatiannya dalam perbincangan. Dia lebih terhanyut dalam dunia dia sendiri. Tersengih-sengih dia, apabila teringatkan kejadian yang berlaku sejak hubungan dia dengan Cik Tunang Tersayang mula berbaik. Tanpa Haris sedar, mata-mata di dalam ruang meeting itu sedang memandang mimik mukanya yang tersengih-sengih umpama sekilo gula tumpah ke dalam kopinya.

'Dah kenapa Haris ni? Duk tenung-tenung Nadia sahaja sejak tadi aku bentang proposal ni. Aku yang sedang berdiri ni tidak pulak dia lihat.' Monolog Azman di dalam hatinya.

Azman yang sedang membentang proposal itu tidak jadi hendak meneruskannya lagi. Kelakuan Haris yang lain daripada biasa membuatkan Azman berasa pelik.

"So, Haris. What do you think about Azman's proposal?" Tegur Arissa yang pelik melihat Haris duduk dalam keadaan statik dan matanya tidak berkelip-kelip memandang Emilia yang duduk bertentangan dengannya.

"Err... Haris, you okey ke?" Teragak-agak Emilia menyoal apabila tiada respond oleh Haris apabila soalan Arissa diabaikan.

Haris yang seakan tenggelam dengan dunia sendiri tiba-tiba terkejut apabila mendengar suara lembut Emilia yang seakan-akan berbisik di cuping telinganya. Dengan spontan, dia berdehem untuk menghilangkan rasa segan yang bertandang.

'Aduhai... Malunya aku. Tertangkap pulak sedang mengelamun ini.' Haris mengetuk perlahan dahinya dengan pen. Arisa yang duduk bersebelahannya hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai Haris.

"Ehem... I'm fine... Well, proposal Azman so far okey saje. Teruskan pembentangan tu. I tengah dengar ni."

'Aduh... Haris... Haris... Stop daydreaming. Kan dah kena tangkap tu. Taulah Emilia kat depan tu, tapi sekarang dalam meeting ni. Fokus tu!!'

*********************************************************

Sebaik habis sahaja meeting, Haris terus bangun dan ingin melangkah keluar dari situ. Emilia yang tidak berpuas hati terhadap kes semalam bergegas mengemaskan barangnya dan berlari-lari anak untuk mengejar langkah pemuda itu. Pada masa yang sama Emilia yang mengenakan kasut bertumit tinggi agak sukar untuk mengejar langkah Haris yang berkaki panjang itu.

"Haris!!! Haris!!! Tunggu seke... Eh... Eh... Arghhh!!"

Malang tidak berbau, kaki Emilia tersandung ke karpet dan sekaligus menyebabkan dirinya hampir menyembah ke lantai. Haris yang spontan berpaling apabila terdengar panggilan Emilia terhadapnya. Dia kaget melihat Emilia yang pada bila-bila masa sahaja akan terjatuh ke atas lantai.

"Emilia!!! Watch out!!!"

Sambil menjerit, Haris meluru ke arah Emilia tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya dan terus menyambut tubuh kecil molek Emilia daripada mencium ke atas lantai.

"Arghhh!! Aduh..." Haris mengerang kesakitan apabila tubuh Emilia terhempap ke atas badannya.

'Berat juga badan Cik Tunang ni. Ingatkan ringan saje.' Haris mengomel dalam hatinya.

"Emilia... Emilia... Hey, bangun Sayang... Bangunlah. Semua tengah tengok kita ni." Pinta Haris dengan lembut.

Berlainan pulak dengan situasi Emilia. Semasa terjatuh tadi, Emilia terus memejam rapat matanya. Dia seakan-akan menantikan tubuhnya jatuh tersembah ke lantai namun dia berasa pelik.

"Sejak bila lantai ofis menjadi lembut pulak? Management dah tukar kepada karpet mahal ke? Sedap pulak landing ke atas karpet ni..." Guman Emilia dengan perlahan.

Namun, angannya terhenti apabila dia dapat merasakan tangan kekar seseorang sedang menepuk pipinya dengan lembut. Tubuh badannya pulak dipeluk oleh seseorang yang berbadan sado.

'Tangan kekar siapa tu pulak? Rasa selesa pulak berada di atas badannya. Tan... Tan... Ba... Ba... Omg!! Aku terjatuh ke atas badan dia ke? Biar betul ni. Alah... Macam mana ni? Apa yang patut aku buat sekarang? Pura-pura pengsan? Ataupun aku nak bangun dan berlagak seperti biasa pulak. Apa yang akan dia fikir terhadap aku nanti? Malu lah aku.' Emilia mengomel dalam hatinya dan tengah berfikir penyelesaiannya. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berpura-pura tidak sedarkan dirinya.

'Arghh!!' Emilia hampir terjerit keluar apabila dia dapat merasakan tubuhnya dicempung oleh Haris. Namun, dia terpaksa menahankan dirinya.

Akibat tidak sedarkan dirinya lagi, Haris membuat keputusan untuk membawa Emilia ke biliknya walaupun pada mula-mulanya, dia berasa kekok untuk memegang pinggang Emilia. Daripada mereka menjadi bahan perbualan ada baiknya Haris segera beredar dari situ.

'Darurat ni, Haris. Tak ada salahnya kalau kau sentuh dia begitu.'

Haris segera meletakkan Emilia di atas sofa empuk biliknya. Diikuti oleh Arissa sejak tadi sehingga ke bilik Haris. Arissa juga cemas apabila melihat Emilia yang tidak sedar diri sejak tadi.

"Bangun, Sayang... Aduh..." Haris memicit dahinya. Dia berasa pening kerana tidak tahu bagaimana untuk menyedarkan Cik Tunangnya lagi.

"Arissa... Cuba kamu bangunkan Emilia ni. Kalau tak sedar lagi, apa kata kita merenjis air ke mukanya?" Haris bergerak ke sebelah sofa untuk memberi ruang kepada Arissa.

'Biar betul Haris ni. Nak renjis air ke muka aku. Aduh... Macam mana ni? Jangan-jangan Arissa ikut saje arahan Haris itu. Matilah aku nanti.' Emilia yang berpura-pura memejam matanya terdengar perbualan Haris. Gelabah pulak dia sekarang.

Semasa Arissa ingin mengejutkan, Emilia berpura-pura tersedar. Dia berlagak seolah-olah tidak ingat akan apa yang terjadi tadi.

"Ehh?? Kenapa saya berbaring kat sini? Bukan ke kita dalam meeting room tadi??" Sambil matanya berkelip-kelip memandang ke arah Haris dan Arissa untuk mendapat jawapan.

"Kau hampir jatuh dan terus pengsan tadi. Kau tak ingat ke? Kau okey ke tak, Babe?" tegur Arissa dengan nada risau.

"Aku... Aku... Okey... Okey sangat. Dahlah, aku ada banyak kerja ni. Aku keluar dulu."

Sepantas kilat, Emilia keluar dari bilik Haris. Dia risau kepura-puraannya dapat dihidu oleh Haris yang sejak tadi duduk bersebelahan tengah merenung ke arahnya. Emilia mula berasa gelabah pada saat itu. Ucapan terima kasih pun dia tidak sempat ucapkan kepada Haris.

Haris hanya tercengang melihat kelakuan Emilia yang luar biasa itu. Pening kepalanya untuk menghadam kelakuan perempuan ini.

"Kenapa dengan Emilia itu, Arissa? Dia okey ke tak ni? Pelik betul kelakuannya."

"Entahlah, Haris. I pun pening dengannya. Kalau tak ada apa-apa pesanan lagi, I keluar dulu ye, Haris." Arisa memohon untuk meminta dirinya. Dia mempunyai urusan yang lebih penting sekarang. Penjelasan Emilia yang menjadi prioritinya.

Selepas Arissa keluar dari biliknya, Haris menggosok perlahan-lahan dadanya yang sakit akibat dihempap oleh Emilia tadi.

"Urghhh..." Haris mendengus.

*********************************************************

Kau Milikku AkhirnyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang