Emilia...
Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang..
Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia.
Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...
Majlis pertunanganku berjalan dengan lancar sekali. Walaupun majlis tersebut tidak begitu besar atas permintaanku, namun ramai orang menghadirinya untuk meraikan hari gembira ini. Terlihat air muka setiap tetamu yang berada di ruang yang disediakan itu dengan perasaan gembira dan teruja. Hanyaku sahaja yang berasa sakit hati dan perit pada masa itu. Hanya Allah sahaja yang faham akan perasaanku apabila Mummy aka Puan Sri Aisyah menyarungkan cincin pada jari manisku. Nasib baik, Haris aka Si Mamat Menyampah itu tidak menghadiri majlis pertunangan itu. Mummy memberitahu bahawa dia terpaksa menghadiri satu meeting yang urgent.
"Emilia!!! Omg!!! Tahniah!!! Tak sangkaku, you adalah orang pertama dalam geng kita yang bertunang dulu... Masih dalam ingatanku lagi apabila you memberitahu tentang kecurangan Rayyan... Tup-tup, you bertunang pulak... I'm so happy for you, Emilia... Akhirnya you boleh mengecapi kebahagiaan yang you nak..." Terus Zue memelukku apabila selesai acara menyarung cincin ke jari manisku. Pelukan yang kemas dan juga emosi teruja dan gembira oleh Zue itu menyebabkan hatiku sungguh hiba.
'Kalaulah Zue tau bahawa hatiku sekarang adalah perit dan hiba... Bahagia ke kehidupan I selepas ni?? Kalaulah Zue tau cerita sebenar, agak-agak dia boleh gembira dan teruja lagi tak??' desis di hatiku yang semakin tidak selesa.
Majlis pertunanganku yang sederhana tetapi nampak mewah sedikit pun tidak membahagiakan dan menggembirakanku. Aku sekadar memberi senyuman ringkas kepada setiap tetamu yang menghadiri di majlis itu. Mama dan Mummy aka mak mertuaku begitu gembira apabila acara penyarungan cincin tersebut. Tidak ku sangka mereka menangis kerana terlampau gembira apabila harapan mereka menjodohkan kedua-dua anak mereka tercapai.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
"Tahniah, Emilia!!! Sekarang dah jadi tunang Haris so kenalah pandai-pandai jaga maruah diri dan juga Haris ye... Jangan bertindak mengikut perasaan diri je... Kena fikir juga maruah Haris sebagai tunang dan bakal suami Emilia tu... Mama berdoa agar kalian bahagia hingga ke Jannah ye... Impian Mama pun sudah termakbul dan jikalau terjadi apa-apa pada Mama dan Papa, taklah kami berasa terkilan dan menyesal pulak... At least ada Haris tolong jagakan Emilia bagi pihak kami..." Mama memelukku dengan erat dan ketat sehingga sukar untukku bernafas. Suara Mama yang serak sedikit kerana esakannya turut menyentuh hatiku. Sesiapa yang berada di sekeliling kami pun turut terasa hiba setelah mendengar luahan Mama.
"Mama... Emilia tak suka Mama bercakap demikian... Emilia sentiasa berdoa Mama dan Papa sihat sejahtera dan panjang umur... Emilia sentiasa akan berada di sisi Mama dan Papa seperti dulu... Takkan ada apa-apa perubahan pun walau Emilia berumah tangga sekali..." sebak hatiku apabila mendengar suara sayu Mama. Walaupun aku berasa sedih dan hiba akan pertunanganku namun hatiku yang keras terus menjadi lembut. Mama yang melahirkanku selama 9 bulan dan menjagaku selama 29 tahun ni amat kuhargai dan inginku berbakti kepadanya selagi aku boleh.
"Janganlah bersedih lagi, Sarah... Emilia bukannya bertunang jauh pun... Haris tu masih kat Malaysia lagi... Lainlah kalau mereka menetap di London atau Sydney ke... Sedih tau apabila mendengar luahan hati you... Lagipun Emilia kan akan selalu menjenguk you... Bukannya you kehilangan anak kesayangan you pun malah tambah seorang lagi tau... Kalau rasa insecure sangat, bolehlah kita mempercepatkan majlis depa seterusnya..." luah Mummy apabila sedih melihat suasana emosi antara kawan baik dia dengan anak kesayangannya.