Part 20 : Perasaan Tersepit

6K 118 8
                                    

Sejak seminggu lepas bergaduh dengan Haris, kedua-dua tidak menegur sesama diri walaupun di pejabat ataupun di luar. Mereka seolah-olah seperti tidak kenal sesama diri walaupun mereka tahu bahawa ada ikatan pada diri masing-masing sebagai tunang. Lina dan Arissa yang merangkap setiausaha mereka sangat tersepit di antara mereka berdua. Ini kerana mereka menjadikan Lina dan Arissa sebagai mesej penghantar masing-masing. Siapalah yang tidak tersepit dan tertekan jika Bos masing-masing bersikap begitu?

"Lina... Hantar file ni kepada Encik Haris. Pastikan dia approve and bagi balik kat you on the spot. Segala yang ingin I bagitau dah tulis dalam post-it notes. So, you tak yah nak risau segala apa yang ada dalam fikiran you sekarang." File yang disebutkan terus bertukar tangan ke Lina. Emilia yang sibuk meneliti file-file Sales Contract dan Payment Voucher tidak tersangka Lina masih berdiri di depannya.

"Allah! Lina! Kenapa you berdiri di sini tanpa bercakap? Terkejut saya tau. Ingatkan awak dah keluar dari bilik saya. Ada apa-apa lagi ke?" Emilia seperti biasa mengurut dadanya apabila terkena kejutan. Emilia memang sering kali mudah terkejut. Kalau berterusan begitu, sudah pasti dia kena admit ke hospital. Sudah banyak kali, Emilia memberitahu diri sendiri supaya tidak mudah terkejut dan melatah tetapi bukan mudah untuk dia berubah dalam sekelip matanya.

"Maaf Bos... Bukan sengaja ini... File yang Bos bagi I ni?"

"Kenapa dengan file yang I bagi tu? Ada apa-apa masalah ke?"

"Bos... File ini kan P&C. Nanti apa kata Bos Besar kalau saya yang hantar pada dia? Setahu saya, Haris pernah bagitau bahawa file ini tidak boleh disentuh oleh semua pekerja kecuali Bos dan dia sahaja kan?" jawab Lina dengan perasaan yang risau. Siapalah tahu nanti dia yang akan dimarahi oleh Haris apabila dia yang menghantar file Tender dan Bajet untuk projek Uptown Resort dan bukan Emilia. Mood Haris sejak bergaduh dengan Emilia semakin tidak baik bahkan kadang-kadang Arissa pernah memberitahu dia bahawa ada pekerja yang kena marahannya atas perkara-perkara yang kecil sahaja.

"Just bagi dia sahaja dan bagitau dia that saya sibuk sekarang. Tak ada masa nak jumpa dengan dia. Lagipun, Encik Haris yang kata urgent kan? So, just sampaikan pesanan pada dia sahaja. Kalau dia marah you, bagitau saya. Taulah macam mana I nak basuhkan dia nanti..."

"Baiklah... Kalau Bos dah cakap begitu, saya hantar file ini pada Haris. Harap-harap semua berjalan dengan lancar."

*********************************************************    

Sesampainya Lina ke tingkat 28 iaitu ruang dan bilik yang menempatkan CEO HI Holdings itu, Lina boleh mendengar bunyi bising dari pintu di mana dia berdiri sekarang sehingga ke bilik Haris. Bilik di situ sangat bising seolah-olah ada pekerja yang kena semburan dari Haris.

'Ya Allah Ya Tuhanku... Permudahkan hambaMu ini untuk menghantar file ini pada Haris nanti dengan lancar... Tenangkanlah hati hambaMu yang berada di dalam bilik itu juga.' Lina yang berjalan ke arah pintu bilik Hari situ semakin resah. Jangan-jangan dia juga kena semburan dari Haris. Naya nanti kalau Bos dia tahu.

"Arissa... Haris ada ke? Nak hantar file Uptown Resort ini pada dia." Terketar-ketar tangan Lina sambil memegang file Uptown Resort itu.

"Oh Lina... Ada... Dia kat dalam bilik itu tapi Hilman sedang berjumpa dengannya sekarang. Kena tunggu sebentar ini. Urgent ke file itu?" tanya Arissa dengan muka yang pelik. Siapa yang tidak pelik apabila terlihat tangan Lina yang terketar-ketar itu. Macam dia telah membuat kesalahan yang besar pulak.

"Err... Okey... Lambat lagi ke? Tadi saya terdengar suara marahan dari bilik Haris kan? Mood dia tak baik ke sekarang?"

"Lambat atau cepat saya tak pasti, Lina. Yang pasti Hilman dah ada di dalam bilik Haris nak dekat sejam dah. Mood dia seperti biasa cepat naik marah kebelakangan ini dan kalau ada pekerja yang membuat kesalahan kecil pun kena semburan daripadanya. Macam semalam, Azman tersalah bagi report tentang promosi projek Alam Puteri itu terus Haris marah dia. Saya pun pelik dengan sikap Haris sekarang." Jawab Arissa sambil mengeluh kecil apabila berfikir tentang mood Haris itu.

"Allah! Kalau macam ini, sudah pasti saya akan kena semburan dari Haris ini. Macam mana ini, Arissa? Saya tak nak lah kena marahan daripada Haris. Nanti tak tahan, macam mana?"

"Macam mana Lina tahu Haris akan marah you? Lina ada buat kesalahan apa-apa ke? Setahu saya, Lina tak ada sebarang kerja dengan Haris pun. So, macam mana dia nak marah awak? Lagipun, Emilia kan Bos you. I percaya kalau staf dia kena marah dan ditindas, mesti dia akan lindungi staf dia kecuali staf dia telah membuat kesalahan yang besar."

"Sigh... Arissa, kalau you nak tahu, I pasti nanti I akan kena marah oleh Haris. File Uptown Resort ini ialah P&C tau. Haris pernah berpesan bahawa file ini hanya boleh disentuh oleh dia dan Bos saya sahaja. Tapi sekarang, Bos saya suruh saya hantar file ini pada Haris. So, macam mana I tak kena semburan nanti?"

"Biar betul, Emilia itu? Dah tau P&C dan tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali mereka berdua, Emilia tu buat hal pulak. Pelik lah mereka berdua itu sejak bertunang ini. Orang lain bertunang sweet je tapi mereka berdua pulak macam orang asing pulak. Seorang ke kiri dan seorang ke kanan. Masing-masing buat kerja sendiri sahaja." tutur Arissa sambil mengeleng-geleng kepalanya apabila memikirkan hubungan renggang mereka berdua.

"You pun perasaan kan hubungan mereka berdua tu? I pun pelik dengan mereka. Takkan sampai begitu sekali walaupun kena paksa tunang tu. Harap-harap mereka akan berdamai dan bermesra seperti pasangan yang lain. Lagipun sebenarnya mereka sangat padan kalau berdiri di sebelah antara satu sama lain. Cuma ego tu yang membutakan hati mereka masing-masing. Tak sangka Haris tu keras kepala jugak kan. Ingatkan Bos saya seorang je yang keras kepala. Nampaknya yang susah dan tersepit di antara mereka berdua ialah kita kan." Keluhan kecil terkeluar dari mulut Lina sambil redha sahaja dengan sikap Bos dan Bos Besar mereka itu.

"Hilman... Awak okey ke tak ni?? Masam sahaja muka you tu?" tanya Arissa apabila ternampak Hilman keluar dari bilik Haris.

"Tak okey pun kena okey lah ni... Perkara kecil dah jadi seperti perkara besar bagi dia pulak. Dulu saya pernah buat kesalahan yang lebih besar daripada ini tau. Haris tak juga sembur saya seperti sekarang. Macam datang bulan seperti korang perempuan ini pulak." Luah perasaan geram dan tidak puas hatinya kepada Arissa dan Lina. Siapalah yang tidak marah apabila terkena marahan oleh Bos Besar mereka dengan hal-hal kecil seperti lupa hendak menyelit sebut harga dan proposal tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh HI Holdings untuk projek perumahan Damai Indah itu.

"Sabarlah, awak. Kebelakangan ini, memang mood dia tak berapa baik. Saya pun tak pasti kenapa dia macam itu. Lagipun, awak juga bersalah kan. Sebut harga dan proposal untuk projek Damai Indah itu pun boleh awak terlupa selitkan dalam file itu. Sudah pasti dia akan marah kan. Cuba bayangkan kalau awak berada di syarikat client kita dan lupa bawa sebut harga dan proposal yang penting itu? Sudah pasti, kita akan kehilangan tender untuk projek itu kan? Haris cuma nak awak jadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan cermat dalam kerja awak sahaja. So, janganlah ambil hati apa yang dia cakap tadi. Jadikan ia sebagai pengajaran untuk awak di kemudian hari." Panjang lebar penjelasan Arissa apabila terlihat ketidakpuasan hati Hilman sekarang.

"Yalar... Yalar... Taulah salah saya juga tapi tak yah lah sembur saya selama sejam setengah itu dalam bilik. Parah tau telinga saya tadi. Ni saya nak tanya sikit. Arissa dengan Bos ada apa-apa ke? Selalu juga back-up Bos tu apabila kami berasa tidak puas hati dengannya. Kalau ada, bagitaulah kita. Nanti-nanti terluka hati Arissa pulak kalau kita bercakap tentang keburukan Haris itu."

"Hilman!! Jangan cakap yang bukan-bukan. Saya dengan Haris tak ada apa-apa hubungan pun. Lagipun dia dah bertu..."

"Arissa!! Cuba tengok kalau saya boleh masuk ke dalam bilik Haris ke tak? Urgent ni! Nanti kena marah pulak pada Bos saya nanti." Mata Lina terkelip-kelip sambil membuat isyarat pada Arissa bahawa dia nyaris-nyaris membocorkan rahsia tentang pertunangan di antara Haris dengan Emilia.

"Ohh... Ohh... Kejap! Kejap! Saya interkom Haris ini." Lega hati Arissa apabila tersedar akan keterlanjuran percakapannya dengan Hilman tadi. Nasib baik ada Lina yang menyampuk perbualan mereka tadi. Kalau tidak, mesti menjadi berita tergempar di dalam HI Holdings ini.

"Lina... Haris suruh awak masuk ke dalam."

*********************************************************

Kau Milikku AkhirnyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang