Emilia...
Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang..
Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia.
Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...
Sampainya di lobi, terpacak Haris di sudut receptionist sambil memandang skrin handphonenya. Berpakaian kemeja berlengan panjang yang berwarna biru tua berserta dengan slack yang berpadanan warnanya sungguh menawan kaum Hawa yang berlalu di situ. Dengan ketinggiannya dan muka yang bersih berserta dengan janggut yang nipis menambahkan lagi kehensemannya.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
'Emilia! Apa yang kau tengah mengarut ini. Sejak bila kau puji Mamat itu?! Dah buang tebiat ke kau ni?'
"Assalamualaikum, Haris."
"Waalaikumsalam... Ehh... Arissa pun join sekali ke lunch ni?" Haris memandang ke arah Emilia dan pada masa itu, mata mereka bertembung. Emilia terus mengalihkan pandangan matanya kerana berasa malu dan segan.
"Aha... Arissa dan Kha..." Sebelum Emilia sempat memberitahu, terdengar suara garau yang menyampuk perbualan mereka. Emilia menoleh ke arah belakang untuk melihat siapa gerangan tersebut.
"Assalamualaikum Sayangku." Khairi menahan gelaknya apabila melihat mata Emilia menjuling ke atas. Ketahuilah dia bahawa Emilia berasa menyampah dengan panggilan tersebut.
"Waalaikumsalam... Isshh Khairi!! Bila kamu sampai ini? Terkejut saya tau." Seperti biasa Emilia akan naik angin apabila disergah dan dikejutkan oleh sesiapa pun.
"Hehehe... Saya dah sampai dari awal tadi. Ingatkan korang nampak saya, tapi nampak orang lain pulak... Sedih saya tau..."
"Ehem... Ehem..." Terasa kerongkongnya pada masa itu kering dan Haris cuba membasahkannya sambil berdehem. Terasa panas hati apabila Khairi memanggil Sayangku. Siapa Sayangku itu? Kalau ditujukan kepada Arissa, hatinya tidaklah sepanas sekarang. Tapi mata Khairi memandang ke arah Emilia apabila memberi salam tadi.
"Ohh... Semua dah sampai so jom pegi makan sekarang. Saya dah lapar ini" Ajak Emilia apabila ternampak muka ketat Haris dan Khairi berlaga dan masing-masing menunjukkan sikap tidak berpuas hati.
"Semua? Jangan bagitau saya, dia juga join sekali?" Jari telunjuk Khairi terus menunjuk ke arah Haris sebaik Emilia mengajak mereka.
"Aha... Sorry... Saya lupa nak bagitau. Haris join kita makan."
"Kenapa? Tak boleh ke saya join? Emilia yang ajak saya makan so saya accept pelawaan itu. Lagipun, Emilia ialah tunang saya. So, tak salah kan?" Sengaja Haris menekankan perkataan tunang saya dengan jelas dan kuat supaya semua yang berada di situ dapat mendengar. Puas hati dia apabila muka Khairi berubah menjadi masam.
"Err... Let's go, guys..." Arissa mempelawa sekali lagi sebelum mereka berbalah dan menjadikan adegan itu semakin tegang. Pening kepala dengan lelaki berdua ini yang tidak matang.
Hubungan Khairi dan Haris masih dalam suam-suam. Mereka tidak lagi semesra dan serapat seperti dahulu. Insiden Haris menghina dan memarahi Emilia di depan khalayak ramai kelmarin masih hangat di hati Khairi lagi. Khairi tidak akan memaafkan Haris kali ini kalau Haris tidak meminta maaf kepada Emilia. Khairi ingin mengajar Haris supaya menghormati kaum Hawa terutama sekali wanita yang dilukai itu ialah tunang dan bakal suri rumahnya.
Sesudahnya pelayan restoran mengambil pesanan mereka, masing-masing berdiam diri. Suasana yang kekok itu tidak selesa di hati Emilia. Emilia yang bersikap ceria dan periang memang tidak betah dengan suasana tersebut lebih-lebih lagi bersama dengan kenalan rapatnya.
"Ehem... Ehem... Korang ni, makan lunch pun nak belek handphone ke? Boring tau kalau korang diam je." Emilia mula merungut apabila semua sibuk memandang ke handphone masing-masing.
"Alaa... Macamlah diri tu tak belek tadi. Saya balas mesej Umi ni je pun." Balas Arissa dengan nada tidak berpuas hati.
"Okey. Umi dah balik dari Paris ke? Rindu saya pada dia. Sampaikan salam saya kepada dia ye."
"Dah balik. Semalam baru sampai. Macamlah kamu tak tau Umi itu. Kerjanya yang sibuk boleh mengalahkan PM kita tau." Arissa gelak apabila membandingkan kerja Uminya dengan PM kita. Namun, jauh di sudut hati Arissa memang sedih. Uminya tidak seperti ibu orang lain yang sentiasa mempunyai masa terluang dengan anak-anak mereka. Arissa selalu berhubung dengan Uminya secara video call atau wassap mesej sahaja. Kerinduan pada Uminya kian menebal sejak Uminya sibuk bekerja di luar negara.
"Umi Arissa selalu kat Paris ke? Kerja sebagai apa?" Tanya Khairi secara terus-terang. Khairi sememangnya tidak tahu perihal Arissa dan Emilia dengan mendalam. Baginya semua adalah hal peribadi masing-masing.
"Umi saya memang selalu kat luar negara. Jarang berada di sini. Kalau ada pun, sekejap sahaja kat sini. Dia bekerja sebagai pereka designer." Senyuman kelat kelihatan apabila menceritakan tentang Uminya.
"Wow... Tak sangka saya. Patutlah Arissa pandai bergaya dan berhias diri ini. Rupa-rupanya genetik dari Uminya." Pujian Khairi sememangnya benar sekali. Arissa memang cantik dan pandai bergaya.
Pada ketika itu, Emilia berasa pelik dengan Haris. Sejak tadi, dia hanya menjadi pendengar sahaja. Bukan sikap sebenarnya. Dia selalu akan bercakap banyak apabila dalam keberadaan Khairi dan Arissa. Lainlah kalau orang itu ialah Emilia. Tetapi sejak tadi, dia berubah menjadi seseorang yang tidak dikenali oleh Emilia.
"Haris... Awak okey ke tak? Sejak tadi diam sahaja? Ataupun awak tak suka ke makan kat sini? Maklumlah restoran ini bukannya 5-star seperti kat hotel."
"Err... Saya okey je makan di sini. Saya pun bukannya selalu makan di restoran hotel. Mana-mana pun boleh asalkan selesa dan sedap. Awak suka makan di restoran mamak ye. Tadi nampak teruja sangat tu." Tergelak Haris apabila teringat akan keterujaan dan kecomelan yang terpamer di wajah Emilia tadi. Tidak dia sangka Emilia suka makan makanan mamak. Wujud lagi perempuan seperti Emilia. Setahu Haris, semua wanita yang dia kenal tidak akan jejak kaki mereka ke restoran mamak. Kotorlah, tak selesa, tak sedap dan low-class sering didengari oleh dia.
"Err... Sorry kalau memalukan awak. Saya tak sengaja ni." Emilia berasa malu apabila Haris berkata demikian. Terasa mukanya merah bahang sedikit. Perempuan apa seperti dia yang tidak tahu menjaga adab sopan lebih-lebih lagi di depan tunangnya.
"Is okey, Emilia. Saya tak kisah pun. In fact, saya suka kalau awak bersikap begitu. Tidaklah seperti perempuan di luar sana yang berlakon sopan dan baik semata-mata untuk menarik perhatian."
Hanya senyuman manis diberikan kepada Haris. Pada masa yang sama, Haris memandang ke wajahnya. Emilia berasa segan lalu menunduk kepala ke arah lantai. Emilia kelu pada ketika itu. Mukanya yang semakin merah amat ketara. Terasa ingin merendam di dalam baldi yang penuh dengan ais. Tidak pernah Haris memujinya. Inilah kali pertama sejak mereka berkenal sehingga kelmarin.
"Ehem... Ehem... Sejak bila korang rapat ni? Dah berdamai ke? Emilia... You still owe me, remember that?" Kening Arissa terangkat sedikit kerana tidak berpuas hati dengan Emilia yang sejak tadi tidak menjawab persoalannya.
"Err... All this while, kami okey je. Bila kita bergaduh?" Tanya Emilia secara polos.
"Bukan ke semalam kamu dengan Haris bergaduh besar? Takkan gosip kat ofis itu tidak benar? Bahkan status kamu sebagai tunang Haris pun diceritakan. Semua staf sama ada lelaki atau wanita sedih tau."
"Err... Semalam tu, just salah faham sahaja. Bukannya masalah besar pun. Lagipun status saya akan diketahui juga oleh semua orang kan. Kenapa mereka bersedih pulak? Pelik."
"Emilia... Kamu ni betul-betul lembab ke atau ignorance level tu tinggi sangat? Kamu berdua ini dah seperti calon pilihan untuk semua lelaki dan wanita solo tau."
"Arissa!! You..."
"I am sorry..."
Terbeliak mata-mata yang berada di meja itu apabila terdengar 3 patah perkataan itu. Mulut Emilia terlopong seketika. Emilia tidak jadi untuk meneruskan perbualannya. Anak matanya terus mencari kepastian dan juga keikhlasan yang terbias pada mata dia yang bertutur itu.
'Betulkah apa yang aku dengar ni?' Emilia berharap dia dapat mengulangi 3 patah perkataan yang sangat istimewa itu.