Buk!! Pintu bilik pejabat Haris dibuka secara kuat dan kasar dari luar pintu biliknya. Siapa lagi kalau bukan sepupu rapatnya, Khairi. Air muka Khairi yang sedang menahan marah dapat dilihat dengan jelas sekali. Mukanya yang kemerahan itu jelas menunjukkan betapa marahnya pada Haris sekarang.
"Haris Iskandar!! Kau dah gila ke apa??!! Kau sedar tak apa dan siapa yang kau sedang bercakap tadi??!! Nadia ialah tunang dan bakal isteri kau tu!! Kau boleh pulak menghina dan melukakan hati dia begitu sekali di depan semua staff kau. Kau langsung tidak menjaga air muka dan perasaannya. Mana belas ihsan kau, hah??"
"Aku gila?? Aku masih waras lagi!! Aku cuma cakap perkara yang benar sahaja. Ada tak dia berfikir status dia sekarang ialah apa?? Dia dah jadi tunang aku tau!! Boleh pulak dia duduk berduaan dengan kau di dalam bilik itu. Tadi, kalau aku tak turun, mesti gossip akan tersebar di dalam Company aku tentang hubungan 'istimewa' kau berdua. Nanti, siapa yang dapat malu?? Aku tau!! Aku cuma sedarkan dia dan jalankan tanggungjawab aku sebagai tunang dia sahaja. Salah ke?? Lagipun, dia pun tak kisah kalau semua staff tau perkara sebenar, kan? So, aku tolonglah memudahkan kerja dia. Tak yahlah dia bersusah payah nak berlakon di depan semua orang lagi kan. Itu juga kehendak dia kan?" Nada Haris pada masa itu sungguh angkuh, sinis dan menjengkelkan telinga panas Khairi.
"Waras kau cakap!! Kalau kau waras, kau takkan bercakap begitu!! Kalau kau waras, kau takkan syaki aku dan Nadia. Aku dan Nadia tak ada apa-apa hubungan selain daripada kawan dan juga tunang sepupu aku sahaja. Kami masih tau batasan masing-masing. Lagi satu, kau ingat kau seorang sahaja yang akan dapat malu ke kalau gossip tu tersebar keluar?? Kau memang pentingkan diri sendiri, Haris!! Kau langsung tak fikir dan jaga maruah dan perasaan Nadia. Kau ingat kau layak ke berdampingi di sisi Nadia?? Sebenarnya yang tak layak ialah kau!! Bukan Nadia!! Dari segi kecantikkan, kesopanan, keayuan, kedudukan dan statusnya, dia lagi layak untuk lelaki lain dan bukan kau!! Lagi satu, kalau Nadia tak kisah perkara pertunangan kau dan dia tersebar keluar, dia takkan berasa terluka tadi!! Kau semakin melampau, Haris!! Aku seolah-olah rasa yang aku semakin tak kenal kau lagi!! Kau dah berubah!! Kau bukan Haris yang aku kenal dulu." Khairi yang sedang menahan marahnya segera beristighar dalam hatinya supaya bertenang. Gengaman jarinya sejak tadi dikepal dengan rapat dan ketat supaya tidak melayang ke arah muka hensem Haris itu.
"Khairi Imran!! Sekarang siapa sepupu kau?? Kau sepatutnya berpihak pada aku dan bukan Minah Sengal tu!! Aku tak pernah berubah apa-apa pun. Yang berubah ialah kau!! Dari tadi kau asyik memihak Minah Sengal tu. Kenapa?? Kau sebenarnya dah jatuh cinta pada dia, kan?? Aku pernah bagi amaran pada kau!! Kau boleh pilih dan jatuh cinta pada mana-mana perempuan yang kau nak kecuali dia!! Aku tak akan sesekali melepaskan dia pada kau. Kau tau kan!!"
" Kau!!! Kenapa kau boleh menjadi begitu kejam sekali?? Mana naluri hati murni kau tu?? Kalau kau tak suka dan cinta akan Nadia, lepaskan dia kepada lelaki yang boleh menjaga dan mencintai dia. Kau tau tak, berdosa kau buat gitu pada dia. Kau memang tak ada belas ihsan langsung pada Nadia. Lagi satu, kau memang betul. Aku sememangnya sudah jatuh cinta pada Nadia tapi aku hanya boleh pendam dalam hatiku sahaja. Kenapa?? Sebab aku tau Nadia ialah hak milik kau. Sebab tu, aku tak nak berebut dengan kau yang sebagai sepupu yang paling rapat dengan aku!! Kalau aku tak memikirkan hubungan kekeluargaan kita, dah lama aku bertindak untuk berebut dengan kau!! Kau ingat kau ada lagi peluang ke untuk bercakap dengan aku tentang hak milik kau sekarang kalau aku sudah bertindak. Sebagai sepupu kau, aku hanya nak nasihat kau ni sahaja. Rendahkanlah ego kau tu, Haris. Nanti ego yang kau junjung hingga ke langit itu lah yang membuatkan kau menyesal dan menyeksakan jiwa dan perasaan kau di kemudian hari. Masa tu, peluang yang kau inginkan sudah terlepas dan tidak akan wujud lagi."
Khairi terus melangkah keluar dari bilik pejabat Haris sejurus dia selesai bercakap dengannya. Khairi tidak ingin melanjutkan perbalahan dengan Haris lagi kerana walau bagaimanapun dia cuba menasihatinya, Haris memang tidak akan mendengar. Haris dengan egonya memang tidak dapat dipisahkan.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Milikku Akhirnya
RomanceEmilia... Dia yang dulu kubenci telah menambat di hatiku sekarang.. Ego Haris Iskandar bin Tan Sri Hafiz Imran, Bos Emilia akhirnya tewas juga pada Nadia Kamiela @ Emilia. Sejauh mana kau larikan diri daripadaku akan milikku juga.. desis di hati Har...