Bab 1 - Makilah aku

8.7K 330 6
                                    

Suasana di rumah itu sungguh riuh-rendah. Di mana-mana sahaja ada berborak sakan. Tidak lupa juga kanak-kanak yang bising bermain kesana kemari.

Zahra hanya memerhatikan sahaja kanak-kanak yang sedang bermain itu. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman nipis. Bukankah anak kecil itu penyeri rumah tangga?

Bila difikirkan semula, dia mana ada anak. Isteri 5 tahun lah sangat.

"Eh, Zahra! Mengelamun apa?" tegur Humeera. Zahra tersentak lalu memandang kakak iparnya itu. Baru tersedar dari termenung lah katakan.

Zahra membalas dengan senyuman, "Tak ada apa lah. Cuma tengok budak-budak bermain. Tercuit hati saya tengok mereka"

Zahra kembali melihat kanak-kanak bermain sesama sendiri. Tidak kira lelaki atau perempuan. Mereka bermain tanpa kenal erti penat atau lapar. Ini lah yang seronok menjadi kanak-kanak. Tidak kisah akan perasaan mahupun pendapat buruk orang lain. Mereka hanya tahu untuk berseronok sahaja.

Humeera mengangguk tanda setuju, "Tak sah kalau tak ada bunyi budak-budak ni main. Tengok si Harith tu. Bukan main hyper lagi jumpa sepupu dia" Zahra melihat anak kakak iparnya yang terjatuh dari berlari tetapi bangun semula. Kalau tengok banyak kali pun tetap kelakar. Betapa kuatnya lah budak tu main. Sampai sakit pun dah tak sedar dah.

Sedang mereka leka melihat adegan kanak-kanak itu, seseorang menegur mereka dengan nada mengejek, "Sebab kau tu tak ada anak".

Ejekan itu lebih ditujukan kepada Zahra. Dia kan tiada anak lagi. Kalau dikatakan kepada Humeera, jadi Harith tu bukan anak dia ke?

"Mak cik Ika, apa cakap macam tu?" Humeera membela Zahra. Manakala, Zahra hanya diam tak terkutik. Sudah lali dengan cacian yang ditujukan olehnya. Memang tak serik-serik betul. Apa lah salahnya sehingga dimaki sebegitu? Dia cuma tiada anak sahaja.

"Betul lah apa aku kata. Suami kau tu entah tak balik pergi cari bini baru. Mereput lah kau duduk sini seorang-seorang". Semakin pedas ejekan Ika itu membuatkan Humeera tidak senang duduk. Lagi pula berkata tentang adiknya iaitu Asyari. Kakak mana tidak naik angin?

"Mak cik Ika, Asyari pergi Rosepore tu sebab kerja. Tak baik tau tuduh-tuduh macam tu" Humeera teguh membela Zahra. Entah kenapa Zahra yang dikutuk, Humeera pula yang rasa panas.

"Huh, kau backup lah budak ni, Meera. Dah lah tak pandai jaga suami. Baik tak payah berlaki macam tu" Ika berkata sebelum melangkah pergi dari dapur itu.

Niatnya tadi ingin mengambil air untuk suaminya. Ternampak pula Zahra. Memang nak sangat dikutuknya. Biar dia tahu, alam perkahwinan ni bukan boleh bawa main.

Sejak dari hari pertama Zahra diikatkan dengan Asyari, kebanyakan keluarga belah suaminya itu tidak suka akan Zahra. Pertama kerana kes cemburu sepupu kebanyakannya ialah gadis. Cemburu kerana tidak dapat dijodohkan dengan jejaka idaman wanita itu. Bayangkan sahajalah, Asyari itu seperti hero di dalam semua novel. Kacak, sasa dan kaya. Siapa yang tak nak?

Kedua, tidak puas hati di kalangan ibu-ibu saudara mahupun sepupu kepada ibu bapa Asyari. Ini kerana keluarga Asyari mempunyai aset besar di Zenmark. Boleh dikatakan mereka mempunyai harta yang banyak. Jika anak mereka dijodohkan dengan Asyari, secara automatik harta keluarga mereka juga akan dibahagikan kepada anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mereka mendapat faedah dari harta itu.

Jadi kiranya Zahra ni antara gadis bertuah. Kalau boleh dia tidak mahu dijodohkan dengan Asyari kerana mendapat tahu bahawa lelaki itu jenis yang pentingkan kerja.

Humeera hanya menggelengkan kepala dengan perangai kebudakan-budakan ibu saudaranya itu. Ibu kandungnya tidak pula berhati busuk seperti itu. Ika tu hanya ibu saudara saja tapi dah pandai memperlekehkan orang. Ingat diri tu bagus sangat?!

"Jangan ambil hati sangat ya, Zahra. Mak cik Ika tu entah angin apa nak mengata buruk pasal Zahra".

"Tak apa lah, Kak Meera. Zahra dah biasa" Zahra cuba berlagak biasa walhal hati kena cucuk tu, Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya ia.

"Sabar, okay".

Zahra membalas dengan mengangguk.

"Asyari ada telefon Zahra tak?" Humeera meneruskan perbualan mereka seperti biasa walhal baru sahaja ribut datang dari mana entah.

Zahra menggeleng lalu berkata, "Tak" ada juga terselit nada sedih di situ tetapi ditutup nada tersebut. Lagipun dia dah biasa. Ya ke?

"Budak tu memang lah. Kalau tak nak kahwin, kenapa setuju nak kahwin dulu? Kasihan Zahra ni hah" Humeera juga kecewa dengan perangai adiknya itu. Kalau dah workholic tu baik tak payah kahwin je. Tak faham betul lah dengan perangai mamat tu.

"Zahra tak kisah lah, Kak Meera. Lagipun Zahra kena faham, Asyari tu sibuk"

"Sesibuk dia pun, dia kena hubungi Zahra. Sekurang-kurangnya tanya khabar ke, dah makan ke atau buat apa. Tak kan soalan macam tu susah sangat nak luahkan" Soalan tersebut wajib ada antara suami dan isteri. Akan tetapi, kes Zahra dan Asyari ni lain sikit.

Macam mana nak tanya kalau Asyari tak simpan nombor telefonnya? Zahra tidak pernah tanya kepada Asyari. Nasib baik Humeera ada beri, kalau tak sampai abad ke-22 pun tak akan dapat punya.

Lagipun kali terakhir mereka berdua bersua muka pada malam pertama perkahwinan mereka. Itupun tak buat malam pertama tu sebab malam itu juga Asyari berlepas ke Rosepore kerana hal kerjanya. Selepas itu, Asyari tak pernah balik ke Zenmark semula. Tinggal lah Zahra seorang diri.

Zahra hanya mengangkat bahu tanda tiada jawapan untuk itu lalu sambung berkata, "Tapi Zahra tetap akan tunggu panggilan tu. One fine day" Dia pun tersenyum lalu Ita membalas senyuman itu sambil menepuk bahu Zahra.

Humeera kagum dengan ketabahan Zahra. Kalau Humeera jadi Zahra, peduli apa dengan Asyari tu. Pergi mampus!

Perjalanan Kasih KitaWhere stories live. Discover now