4

769 17 3
                                    

Aku berlari ke asrama untuk pastikan yang Gibbs ada dalam bilik dia. Bukan aku tak percaya KJ, tapi kadang-kadang Gibbs ni tak reti duduk diam. Petang-petang ada je dia nak merayau. Mana tahu dia pergi skodeng awek-awek ke.

Pintu bilik Gibbs dan KJ tak berkunci. Aku cepat-cepat bukak.

Dammit.

Gibbs takde.

Gibbs fucking takde.

Mana dia pergi sial!

Aku dengar bunyi flush dari toilet. Nafas aku yang tercungap-cungap cepat-cepat aku control. Sebaik sahaja pintu toilet dibuka, figura Gibbs keluar dalam keadaan...keadaan yang selamat.

And with that instant, jantung aku perlahan-lahan berdegup. Daripada tadi yang laju kepada degupan yang lebih menenangkan.

Have you ever felt like you're about to lose somebody? Have you ever felt like your heart was about to shatter into pieces?

Because that's what I felt five minutes ago.

Damn, Gibbs. Apa yang kau dah buat pada aku?

Gibbs terkejut bila aku ada depan mata dia. Aku pun terkejut jugak sebenarnya.

"Kau okay tak ni? Macam baru nampak hantu je."

Gibbs melabuhkan punggung atas katil dia. Aku menelan air liur. Hesitate sama ada aku perlu bagitahu atau tak pasal Sofil tadi.

Masalahnya dia try nak ugut aku. Aku takut sebenarnya berdepan dengan dia sorang-sorang. Aku tahu aku akan tewas. Sofil badan dia tough. Tak mungkin lah aku boleh kalahkan dia dengan badan aku yang biasa-biasa je ni.

Tapi at the same time, aku tak nak libatkan Gibbs, Troll dan KJ. KJ pun dah mention awal-awal yang dia tak nak join sekali sebab bukan salah dia. Troll pun sama. Benda ni hanya aku dan Gibbs yang perlu tanggun—

"Woi! Kau nak duduk ke nak tercegat kat situ?"

Sergahan Gibbs menghentikan lamunan aku. Berapa lama dah aku berdiri kat sini?

"Um, Gibbs..."

"Yes?"

Aku tak pandang Gibbs. Tapi aku tahu dia tengah baring atas katil sambil main phone.

Suasana senyap balik. Aku tak bercakap sepatah pun perkataan lepas 'yes' Gibbs.

"Ray! Kau nak cakap apa?"

"Aku... sebenarny—"

"Sejak bila kau loading ni? Cakap je la."

Gibbs yang tadi baring, sekarang dah duduk bersebelahan dengan aku. Aku tak pandang dia tapi aku tahu muka dia serius.

"Aku lapar."

"Eleh tu je?"

Kepala aku secara automatik mengangguk walaupun itu bukan jawapan yang sebenar.

Sorry Gibbs.

I lied. I had to.

"Kau lapar pastu kau mengadu kat aku? Kau makan tengah hari tak tadi?"

Aku mengangguk. Kali ni tak tipu sebab aku memang makan lunch pun tadi kat kafeteria.

Gibbs pun tahu aku jenis pemakan. So tak peliklah lah kalau aku kejap-kejap lapar.

"Tunggu je lah sampai pukul 6. Pastu kita gerak sama-sama gi makan."

"Kalau aku stay sini sampai pukul 6, boleh tak?"

Gibbs berkerut.

"Kau tak nak gi mandi dulu ke?"

"Aku mandi kat sini je la. Kau ada baju spare kan?"

Gibbs berkerut lagi. Mampus lah aku kena tanya macam-macam dek perangai aku yang agak pelik hari ni.

"Kau ni dah kenapa Ray? Demam ke?"

Tangan kanan Gibbs menyentuh dahi aku yang tak panas. Memastikan kalau aku betul-betul demam.

Goosebumps all over me.

"Tak demam pun. Mengada ah kau ni. Bilik kau sebelah je. Pergilah mandi dulu kot ye pun. Pakai baju kau sendiri."

Tak boleh. Aku tak boleh tinggalkan kau sorang-sorang Gibbs. Nanti Sofil...

"Hey, Ray! Aik? Gibbs pun ada? Berasmaradana ke korang..."

Suara KJ tiba-tiba appear out of nowhere.

"Mana Troll?"

Aku bertanya.

"Dah masuk bilik lah. Kau buat apa kat sini lagi? Pergilah mandi. Pukul 6 nak gi makan dah," balas KJ.

Aku menoleh ke arah Gibbs yang masih duduk sebelah aku.

"Entah, Ray ni. Tiba-tiba nak stay sini pulak. Takut sorang-sorang lah tu. Biasanya okay je."

KJ gelak. Mungkin tak familiar dengan perangai aku yang penakut. Aku takut dengan Sofil je. Aku tak takut duduk sorang-sorang sebab dari dulu aku memang loner.

Memandangkan KJ dah ada, Troll pun dah masuk bilik, ada bagusnya jugak aku masuk bilik. At least KJ ada kalau Sofil tiba-tiba datang.

"Okay lah. Aku balik bilik."

Kelibat Sofil tak kelihatan pun. Entah-entah dia takut. Acah-acah je try nak ugut aku. He's just proven himself as a coward.

Prep malam kat kelas. Tapi geng aku nak lepak kat Kedai Kopi Bintang. Bosan katanya sebab prep takleh nak borak sama-sama. Maklumlah lain-lain kelas.

Aku sebenarnya malas nak ikut tapi memandangkan situasi sekarang tak menentu, aku tak boleh berseorangan. Aku kena join diorang supaya diorang boleh defend aku kalau Sofil ada.

"Ray, kau asal diam je dari tadi? You scare the hell out of me, dude."

KJ menyapa aku. Semua tengah memfokuskan mata ke arah aku.

"Aku okay je la."

"Okay apa benda? Masalahnya kitorang tengah borak, kau tak respond apa-apa pun. Aku tahulah kau jenis yang tak banyak cakap tapi takdelah sampai membisu macam ni."

Troll menyambung panjang lebar.

"Korang borak pasal apa?" tanya aku.

"Borak pasal awek hotel KJ. Dia kata boek and we should try too."

Aku memalsukan gelak. Ala, gelak yang tak berapa nak gelak tu.

"So, bila boleh gi?"

Aku bertanya menunjukkan minat.

"Bila-bila je boleh. Minah ni on je. Lagi-lagi kalau dapat empat greek gods macam kita."

KJ membalas. Konfiden.

"Greek gods? Kau greek god? Kau kpop god bodo."

Semua tergelak mendengar sindiran Troll. Memang tak masuk akal jugak lah kalau KJ tu nak bergelar greek god. Muka ala-ala Korea tu memang jadi bahan lah.

Lebih kurang pukul 10, semua gerak balik ke asrama. Takut kalau-kalau Cikgu Roslan terserempak dengan kitorang, habislah kena denda cuci tandas sekolah.

Nasib baik masing-masing bawak motor. Troll pinjam motor Coach Fakhri kesayangan dia. Gibbs ada motor sendiri. KJ dan aku membonceng lah kan.

Troll tak naik asrama dengan kitorang sebab dia kena pulangkan motor kat Coach Fakhri. Aku, KJ dan Gibbs gerak naik atas.

KJ dan Gibbs berlari-lari anak nak masuk bilik. Aku tak tahu lah apa yang best sangat lumba-lumba ni. Buat penat je.

Terkejut jugak bila aku pusingkan tombol pintu bilik, tak berkunci.

Aik? Tadi Troll tak kunci pintu ke?

Aku melangkah masuk ke bilik. Memang bilik gelap sebab rutin kena tutup lampu sebelum keluar. Membazir. Bil utiliti parents yang bayar.

"Arghhh!"

Tak sempat aku nak tutup pintu, pintu terhempas sendiri. Aku pun dah terjatuh kat atas lantai.

The Ultimate Tale of Unrequited Love • gibbsrayWhere stories live. Discover now