Kes aku yang sikit lagi kena rape dengan Sofil dah nak dekat seminggu. Nobody speaks a word about it. Bak Gibbs, Troll mahupun KJ. Diorang macam tahu-tahu je yang aku tengah trauma dan tak nak bercakap pun pasal benda tu.
Student yang lain macam biasa lah. Benda-benda teruk yang terjadi kat sekolah memang susah nak sampai kat mulut orang. Memandangkan geng aku tak menceritakan kepada sesiapa dan mungkin Sofil pun berdiam diri sebab he's the blame.
Krew-krew aku sibuk mengemas prop-prop yang digunakan untuk mini teater yang baru je selesai sempena sambutan Tahun Baru Cina. Aku dari sudut auditorium tengok je sebab aku kan presiden.
Tiba-tiba ada orang menyentuh bahu aku. Aku cepat-cepat menoleh. Trauma aku masih ada lagi okay.
Oh, Gibbs rupanya...
"It was amazing, bro!"
"Apa yang amazing?"
"Ala, show tadi lah."
"Oh."
Aku mengangguk.
"I thought you're over it, Ray."
Mata Gibbs merenung aku dalam-dalam. Aku faham dengan maksud Gibbs.
Tipulah kalau aku cakap aku dah okay sepenuhnya pasal tragedi haritu.
"Aku okay lah."
"Your lips can lie but your eyes can't hide."
Ceh! Dah pandai berpantun-pantun pulak dah Gibbs ni.
Aku tak bersuara apa-apa. Gibbs mengeluh.
"You knew right? Even before he came up to your room."
Macam mana mamat ni boleh tahu ni. Alamak!
Aku mengerutkan dahi seolah-olah tak faham dengan soalan yang Gibbs utarakan sebentar tadi.
"Oh, come on. Don't gimme that look, Raymond. Aku tahu yang kau dengan Sofil ada bertembung lagi kan? Sebelum kau hampir kena rape. Kenapa kau tak bagitahu kitorang?"
"Mana lah aku tahu Sofil tu nak datang. Gibbs, buat apa aku masuk bilik kalau aku tahu dia dalam tu. I'm not that stupid, okay."
"No wonder you acted weird that day. You wanted to stay in my room because you knew—you knew Sofil was coming."
Aduh, Gibbs ni. Sejak bila dia pandai berteori ni?
"Aku... ak—"
Tak semena-mena aku kaku. Tak tahu nak jawab apa.
"If you told us earlier Ray, we could have saved you."
Tak boleh, Gibbs. Tetap tak boleh. Ni bukan pasal aku. Ni pasal kau.
"Dah lah benda dah berlalu. Aku tak nak ingat balik."
Gibbs menarik nafas panjang. Gibbs nak beredar dari situ tapi dia duduk balik.
Aku memandang Gibbs dengan reaksi hairan.
"I am not giving him a second chance."
Aku melemparkan senyuman tawar. Tapi jauh dalam lubuk hati tengah berbunga dek keprihatinan Gibbs terhadap aku yang tak berbelah bagi. Dia terlalu over-protective bila ada benda yang kena-mengena dengan aku.
Janganlah buat aku macam ni, Gibbs.
Bukannya kita dapat bersama-sama pun nanti.
"By the way, aku dengar kelab teater kau ada buat lawatan."
YOU ARE READING
The Ultimate Tale of Unrequited Love • gibbsray
FanfictionTo read this story, you first have to read Fixi's Gantung and Gantung 2 by Nadia Khan so you can understand how the storyline works. This story however, revolves around Ray and Gibbs past relationship before Gibbs' death in Gantung. Happy reading!