7

695 22 3
                                    

"Malam ni, saya tak nak tengok kamu semua berkeliaran. Tak kisah lah kat kawasan khemah ke, kawasan dewan ke, yang penting malam ni semua kena masuk tidur sebelum pukul 11. Faham?"

"Apa citer pukul 11? Awal lagi kot," bantah KJ.

Dia memang tak pernah nak ikut cakap Cikgu Roslan. Gibbs pun sama. Alamatnya, aku dan Troll kena ikut lah diorang dua langgar peraturan. Tapi malam ni tak kot.

Semua pelajar diam mendengar pengumuman Cikgu Roslan. Lawatan ni disertai oleh semua tingkatan. Tapi tak ramai pun. Ada dalam seratus lebih macam tu.

"Guys, jom plan something," sambung KJ.

Oops. KJ ada agenda dia. Mulalah tu.

"Kau nak buat apa lagi, J? Dah dah lah tu."

Gibbs bersuara.

"Aku dah penat. Aku nak tidur."

Giliran Troll pulak memberi kata-kata.

"Apa yang kau buat penat sangat tu? Cuba citer sikit?"

KJ mendekatkan telinga ke muka Troll. Konon nak dengar apa yang membuatkan Troll penat sampai tak nak join dia buat hal. Biasanya kalau KJ buat hal, kitorang kena join sekali. Lain lah kalau dia diupah, dia akan handle sorang-sorang.

"KJ, kau tak penat ke hah? Pagi tadi kita gerak pukul 1, sampai pukul 2, pastu pergi beriadah, lepas beriadah kena join ekspedisi cari batu emas, pastu pergi tolong cikgu angkat khemah, pastu dirikan khemah, pastu baru kita dapat enjoy mandi kat air terjun. Aku pun penat explain ni."

Troll membalas panjang lebar. Sekaligus menjawab persoalan kenapa Troll boleh penat sebab aku tak rasa penat. Mungkin aku seronok hari ni sampai tak terasa penat dia.

KJ gelak tapi dikawal sedikit sebab takut cikgu-cikgu dengar. Kang tak pasal-pasal kena bangun pastu share apa sebab dia gelak. Biasanya geng kitorang kena denda macam tu tiap kali bercakap waktu cikgu-cikgu tengah bercakap kat depan.

Usai perjumpaan, semua gerak pergi khemah masing-masing. Satu khemah dua orang. Penghuni khemah macam biasa, ikut roommate.

"Weyh, siapa ambik bantal aku!"

Jeritan KJ dapat didengari dari khemah sebelah. Aku tengah menyusun apa yang patut dalam khemah. Nak bagi ruang untuk tidur. Troll tak masuk-masuk lagi. Tadi dia kata nak ambik selimut extra. Aku dah offer share selimut tapi dia tak nak. Geli katanya.

Zip khemah aku dibuka. Aku menoleh ke arah zip.

Gibbs.

"Hey, mate. Malam ni, aku tidur dengan kau."

Aik?

"Kau dah cakap dengan KJ belum? Nanti tak pasal-pasal dia marah karang aku ambik tentmate dia."

Gibbs ketawa kecil sambil melabuhkan punggung sebelah aku. Terhibur kot sebab perkataan tentmate yang aku baru cakap tadi. Aku reka sendiri. Tak tahulah wujud ke tak perkataan tu.

"Lek lah, dia tu pun nak tidur tenang-tenang gak. Kau tahu kan aku macam mana. Kalau aku tidur dengan orang, automatically aku akan peluk orang tu. Sebab tu lah aku ada bantal peluk sendiri kat bilik," ujar Gibbs.

Aku menggeleng. Macam-macam kerenah betul lah kawan-kawan aku ni.
Nak tak nak kena lah layan kan?

"Baringlah. Kau buat apa membatu kat situ, Ray? Aku tahulah tadi kau cakap dengan batu, tapi takyah lah sampai nak jadi batu," sindir Gibbs.

Oh, dah pandai majal aku eh? Gigit karang!

Aku pun melemahkan diri sebelah Gibbs. Ruang dalam khemah takdelah besar sangat tapi muat-muat untuk aku melunjurkan kaki. Maksudnya, aku taklah tinggi sangat kan. Tapi memang aku tak tinggi pun. Average je. Gibbs pun lagi rendah daripada aku.

"You know, sometimes I do feel guilty."

Aku menjongketkan kening ke arah Gibbs. Dia takkan nampak sebab gelap. Lampu dari luar yang membuatkan cahaya dalam khemah samar-samar.

"Guilty because of?"

Gibbs menarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya kembali. Membuatkan oksigen dalam khemah bertukar menjadi karbon dioksida yang hangat. Secara langsung menjadi oksigen yang aku akan sedut.

"Because of the things we do."

"Kau tak pernah rasa bersalah. Asal tetiba kau nak mention pasal benda ni pulak?"

Gibbs mengeluh.

"We've ruined people's dignity."

"No, they ruined it themselves. Diorang rela hati."

Gibbs diam. Tiap kali aku membalas beberapa ayat-ayat yang serius, mesti dia akan diam. Tak melawan balik. Sama jugak dengan Troll dan KJ. Diorang pun dengar je.

Sedihnya tak dapat tengok muka Gibbs dengan jelas. Aku teringin jugak nak tengok dia tidur. Bukan tak pernah, tapi aku tak pernah lagi tengok close up Gibbs time tidur. Mesti hensem gila.

Bila je Gibbs ni tak hensem? Cuba bagitahu.

Tanpa sedar, atmosfera Gibbs dan aku jadi sunyi sebab Gibbs dah tidur. Walaupun aku tak nampak, tapi aku dapat rasakan yang dia dah tidur. Aku pun cuba untuk melelapkan mat—

"Sejuk doh."

Eh? Tak tido lagi?

"Hah, sejuk?"

Aku tak berfikir panjang untuk besarkan bentangan selimut supaya Gibbs pun dapat. Aku bangga sebab kitorang dah selalu share selimut.

"Thanks buddy," balas Gibbs sambil mengalihkan badan ke sebelah kiri. Membelakangi aku.

Buddy je, Gibbs?

Of all the things we did together? Kau anggap aku sekadar kawan je?

Can't we be more than that?

-

yes! double update 👏🏻

so far did you like it? so so happy bila dapat tahu gantung dah keluar kat indonesia. tinggal tunggu masa je nak kluar kat malaysia. harap2 korang takkan berhenti support gantung!

fyi, this fanfic was written a while ago even before gantung dah release. i dont publish kesemua chapters sbb nnti bgi spoiler kpd all the readers. all of the similarities yg korang baca dan nampak, semuanya purely coincidence.

i was a lil bit suprised bila ada beberapa scene dlm fanfic ni, ada persamaan dgn series dia jugak. ive been blessed. 🙏🏻

siapa yg perasan persamaan dia sila comment kat sini ye!

if you guys love this story, dont forget to vote for each chapter and spam some beautiful comments, okay!

The Ultimate Tale of Unrequited Love • gibbsrayWhere stories live. Discover now