"Bangun, bangun!"Mata aku berat nak bukak.
Siapa lah yang kacau orang tidur ni!
"Eh, cepat bangun!"
Menggelabah aku bila ada orang pukul kat kaki. Tak tahu siapa sebab dia cepat-cepat berlalu pergi. Suara bising dari luar kedengaran. Gibbs masih mamai sebelah aku.
"Apahal ni?" tanya Gibbs.
Aku menjongketkan bahu.
Gibbs dan aku keluar dari khemah. Semua budak-budak tengah lari macam nampak hantu. Gibbs menghentikan seorang budak perempuan.
"Eh, ada apa ni?"
"Ha? Tak tahu... Cikgu Roslan kata kena kumpul kat dewan sebab ada budak kena rasuk."
Budak perempuan tu terus lari selepas menjawab pertanyaan Gibbs. Aku dan Gibbs berpandangan dan cepat-cepat menuju ke dewan.
Tak terpikir pulak nak ajak Troll dan KJ.
Sesampai je kat dewan, ada seorang budak perempuan tengah meroyan sebelah Cikgu Roslan dan cikgu-cikgu pengiring yang lain. Aku tak berapa nak cam budak perempuan tu form berapa. Nampak macam dah besar.
"Ray, duduk ah."
Gibbs menarik seluar aku. Dia dah duduk. Aku sorang je yang tengah berdiri.
Aku pandang sekeliling untuk mencari Troll dan KJ. Aku mengamati setiap sorang budak-budak lelaki tapi takde pun yang sama dengan bentuk fizikal Troll dan KJ.
Aku menoleh ke Gibbs. Macam biasa, Gibbs seolah-olah dah boleh agak yang aku tengah pandang dia.
"Gibbs, mana Troll ngan KJ? Diorang takde."
Gibbs melihat sekeliling.
"Adalah tu mana-mana..." ujarnya.
"Tak ada. Kalau ada mesti aku cam," balas aku.
Terkejut aku bila budak perempuan yang tengah histeria tu tiba-tiba menjerit. Semua budak dah buat bising. Ada yang nada mengejek. Aku dan Gibbs tetap diam.
Lepas solat Subuh, semua pelajar balik ke khemah masing-masing. Aku tak tahu pukul berapa diorang kejut pagi tadi disebabkan budak histeria tu tapi yang pasti sekarang matahari dah terbit. Kau bayangkan berapa lama kitorang berkumpul kat dewan. Tersengguk-sengguk sebab tak cukup tidur.
Aku menuju ke khemah Troll dan KJ yang terletak bersebelahan dengan khemah aku dan Gibbs.
Ceh.
Khemah aku dan Gibbs bhai.
Terdengar dari luar khemah Troll dan KJ suara orang ketawa terkekek-kekek.
Suara KJ.
"Korang dari tadi kat sini ke?"
Aku tiba-tiba sergah.
KJ terlompat dari tempat duduk dia.
"Kau ni, kot ye pun bagilah salam dulu."
Aku senyum tawar.
Budak ni dah kenapa? Aku kan non-muslim. Tapi KJ memang suka melawak. Lawak bodoh yang aku pun kadang-kadang takleh nak tahan sebab bodoh sangat.
Gibbs pun masuk ke dalam khemah Troll dan KJ lepas aku masuk.
"Asal tadi kat dewan korang takde? Korang pergi mana?" tanya Gibbs.
KJ masih gelak.
Aku dah macam boleh agak sesuatu.
YOU ARE READING
The Ultimate Tale of Unrequited Love • gibbsray
FanfictionTo read this story, you first have to read Fixi's Gantung and Gantung 2 by Nadia Khan so you can understand how the storyline works. This story however, revolves around Ray and Gibbs past relationship before Gibbs' death in Gantung. Happy reading!