Part 4: satu kelas dengan Jungkook.

764 88 3
                                    

Warning: Ini hanyalah fanfic dan tiada kaitan dengan kehidupan nyata.

Sebaik sahaja tamat waktu mata pelajaran math,yuju terus bergegas ke bilik teater kerana sebentar lagi akan bermula mata pelajaran muzikal. Masuk sahaja dia terus duduk di tempat kosong.

"Fuhh, nasib cikgu tak sampai lagi. Kenapa Yerin ada urusan pula. Dahlah aku tak kenal siapa- siapa lagi."Ucap yuju pada dirinya. Semalam semasa dia masuk ke kelas barunya, dia melihat Yerin menghampiri nya. Dia tak sangka dia akan dapat satu kelas dengan gadis yang menolongnya kemarin.

“ Kenapa macam sunyi je? Aku salah tengok jadual ke? Tak mungkin kut, aku kan dah semak dua tiga kali tadi tak mungkin aku salah jadual.” Lagi- lagi dia bercakap sorang diri. Nasib baik tak ada orang lain jika tidak dia akan dicap sebagai orang gila.

Tak lama ada seorang lelaki masuk ke bilik itu dan mendekatinya yang tidak perasan akan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu mengeluarkan seringai.

Tak sangka aku jumpa kau kat sini, Choi Yuju " Sapa lelaki itu dengan nada sinisnya ,Yuju menoleh dan membulatkan matanya melihat orang itu dan ternyata orang itu jungkook.

Jungki? Kenapa awak boleh ada kat sini? Bukan awak kelas lain ke?” Soal Yuju, gadis itu pasang wajah hairan.

Jungkook terkekeh lalu melabuh duduk di sebelah Yuju, tangan Jungkook mengetuk meja di depan sambil mata tajam itu terus memerhati wajah Yuju.

“ Kita memang satu kelas, kau lupa ke semalam aku dah cakap kan kita satu kelas?”

“ Ouh yeke? Saya tak ingat pun? Tapi semalam awak tak masuk kelas pun? ” Soal Yuju penasaran.

“ Kau nyanyuk ya? Jelas-jelas semalam aku dah kata kita satu kelas. ” Ucap Jungkook. Dia menatap Yuju lama sebelum “ Lagi pula kelas kita bukan dekat sini. Buat apa kau datang?”

Mata Yuju membulat besar “Hah?”

“ Kau pekak ya? Dah lah nyanyuk, pekak pula tu” Kutuk Jungkook.

Yuju yang mendengar itu mencebik lalu bertanya “ Saya tak pekak ya. Saya tak faham maksud awak je.”

“ Jadi maksud kau, kau tu dungu lah ye? “

“ Hey mana ada! Kan saya dah cakap saya tak faham! “ Protes Yuju.

Jungkook ketawa mengejek, “ Sudahlah baik aku pergi dari sini, kau duduk lah sendiri dekat sini.” Ucap Jungkook dan bangkit ingin pergi namun tangan nya ditarik oleh Yuju.

Jungkook memandang tangannya yang dipegang yuju kemudian menatap Yuju tajam “ Kau nak apa? Aku ada hal lain nak buat. ”

“ Takkan awak nak tinggal saya sendirian. Saya kan tak tahu kat mana kelas tu. Awak teman lah saya ya.” Ucap Yuju memohon, dia masih memegang lengan Jungkook.

Jungkook menghela nafas sejenak. Dia sebenar nya malas nak masuk kelas tapi bila difikirkan lagi, kesian pula dia pada budak baru ni.

“ Boleh yaa?” Pinta Yuju dengan wajah memohon.

Jungkook nampak berfikir. Ting! Sebuah idea nakal muncul begitu sahaja,  saat inilah dia membalas perbuatan gadis itu padanya semalam. Dia memandang Yuju sambil tersenyum nakal.

“ Kenapa awak pandang saya macam tu?” Tanya Yuju takut. Dia melepaskan tangan Jungkook yang dia pegang.

Jungkook berdeham “ Tadi kau minta aku teman kau kan? ” Tanya Jungkook lalu di balas anggukan Yuju.

MCIME 1@2 (Ff Jungkook)Where stories live. Discover now