Mingyu hanya meneliti telatah adiknya itu. Dari tadi adiknya itu tersengih sengih macam orang gila sahaja. Entah apa yang bermain difikiran anak muda itu tidak pasti.
" Dik engkau buat apa tu? Dari tadi aku tengok engkau tersengih sengih ada apa apa ke? " soalnya lalu melabuh duduk di sebelah adiknya itu.
Matanya mencuri pandang skrin telefon adiknya terdapat satu gambar yang menarik perhatiannya. Gambar gadis sedang tersenyum. Bagai pernah melihat sahaja wajah itu.
" Amboi hyung main stalk fon orang yee. Jangan pandang nanti kau cair. " Tegur jungkook sambil tersengih nakal. Dia tahu abang nya itu bukan suka sangat bersosial sepertinya.
" Awek dalam gambar nie aku pernah tolang dia. Aku rasa macam jatuh hati pula hehe. Engkau kenal dia ke?" luah mingyu matanya tidak lari dari memandang skrin fon milik jungkook.
" Aah. Chingu aku. Kenapa? Engkau suka dia ke? " Tanya jungkook berbaur rasa cemburu. Dia memandang wajah abangnya itu. Jika benarlah abang dia mempunyai hati pada gadis itu dia terpaksa mengalah. Dia sanggup demi abangnya itu.
" Eh mana ada laa haha. Apalah adik nie. Hyung gurau jee. Kau kenal kan abang kau macam mana."
Jungkook sudah arif dengan abang itu. Dia tahu abangnya itu mula menyukai gadis itu. Dia harus cari jalan satukan abangnya dengan yuju walaupun terpaksa menderita. Dia tidak mahu kehilangan abangnya yang satu ini.
" Haha, tapi kalu engkau suka dia. Aku boleh tolang hyung" pelawa jungkook. Berubah riak wajah mingyu. Ceria.
" Betul ke? Gumawo adik. Engkau memang adik terbaik laa. "
" No hal bro. Untuk kau aku sanggup. " balas jungkook sedih dihatinya cuba disorok.
Tubuh bidang jungkook dipeluk seketika oleh mingyu. Ini pertama kali dia melihat hyungnya segembira ini sejak dari kemalangan beberapa tahun dulu.
Mingyu banyak berubah sejak kemalangan, abangnya itu lebih kerap menyendiri dan terlalu fokus pada belajaranya sahaja. Jungkook risau kalau abangnya itu hilang dirinya yang dulu. Dia sanggup buat apa sahaja demi kembali hyungnya pada sifat asal .
YOU ARE READING
MCIME 1@2 (Ff Jungkook)
FanfictionBaru sahaja gadis bernama Choi Yuju pindah ke sekolah baru, dia sudah di ganggu oleh seorang lelaki nakal . Dia adalah Jeon Jungkook , lelaki itu juga yang mencuri frist kiss nya. Lelaki itu juga ialah teman masa kecil Yuju. Lelaki itu juga yang...