_Yuju pov_
Sejak dua menjak ni. Mamat bunny ni asyik berkelakuan aneh jee. Peluk aku laa. Cium bau aku laa. Ganggu aku laa. Memang pelik lah.
Iye aku rasa macam nak tampar je muka licin mamat tu. Masa aku syok kat dia, dia kata aku sampah. Now aku dah nak kahwin kutip balik aku.
Aku tension betul dengan dia ni. Dia ingat dia boleh la ambik hati aku ni balik. Hello nie aku laa choi yuju.
Okk now mamat annoying ni ada kat depan mata aku sambil tersengih sampai nampak gigi bunny dia tu.
"Awak nak apa lagi. Saya banyak kerja nie jadi awak boleh dipersilakan pergi."
Halau aku. Makin lama aku dengan dia semakin sakit hati aku. Makin remuk jiwa aku nie.
"Aku just nak teman bakal kakak ipar aku je. Tak boleh ke?"
"Ishh. Ikut suka awak lah."
"Gud, macam ni lah sayang aku."
Rambut aku digosok kasar oleh nya. Habis serabai teruk rambut aku.
" Hish apa nie. Tepi lah. Jangan disebabkan awak saya tak dapat nak pergi bercuti pula."
"Ouhh ye ke? Jadi kau pun pergi juga lah busan nanti tu ye."
" So? Kalau saya pergi kenapa. Apa kait nya dengan awak."
Aku mula rimas dengan dia nie. Bukan apa jantung aku ni asyik nak loncat keluar je.
"Ada kaitan lah gan aku sebab aku kena jaga kau."
"Haha... so funny jungkook. Jangan buat lawak laa."
Pandangan menyampah aku beri pada jungkook. Dia pula hanya buat muka selamba badak dia tu.
"Aku tak buat lawak. Aku serius. "
Aku telan air liur yang terasa kelat. Muka evil jungkook sedikit sebanyak menakutkan aku.
_Skip_
"Hish awak dah kenapa hah? Kita nak final exam dah tau tak?. Awak yela kingka sekolah ni. Boleh la suka hati awak nak ponteng. Kingka pemalas. Saya tak nak ikut awak laaa. Turunkan saya sekarang."
Aku mula membebel, suka hati dia je culik aku. Dan suka hati dia keluar sekolah tanpa kebenaran.
"Baik kau diam, sebelum mulut kau tu aku kunci."
" Neol michieso ! Buat la itu pun kalau awak berani."
"Huh kau cabar aku yee."
"Mana ada? Saya cakap berdasarkan kenyataan. "
Perli aku. Aku sudah berpeluk tubuh. Kemana lah dia nak bawa aku ni. Ke dia nak jual aku kat mama ayam.
"Apa kenyataan? Kau nak kata aku pengecut la sekarang ni."
"Siapa makan cili dia rasa pedas nya. Jadi betul la awak pengecut."
Aku sudah tergelak jahat. Sengaja aku menguji tahap kesabaran dia. Jungkook sudah menjeling tajam kearah ku.
"Hey nie Jeon Jung kook laa aka mamat paling comel dalam high school ni."
" so apa kaitan nya dengan sekarang nie. Awak cuba tukar topik ke jeon jungkook."
Dia belum menghabiskan ayat dia aku sudah mencelah. Sengaja aku mencari pasal dengan Mr. Kingka ni, bukan selalu pun.
"Kau boleh tak kasi aku habis kan ayat aku dulu. Kau makin berani ye sekarang."
YOU ARE READING
MCIME 1@2 (Ff Jungkook)
FanfictionBaru sahaja gadis bernama Choi Yuju pindah ke sekolah baru, dia sudah di ganggu oleh seorang lelaki nakal . Dia adalah Jeon Jungkook , lelaki itu juga yang mencuri frist kiss nya. Lelaki itu juga ialah teman masa kecil Yuju. Lelaki itu juga yang...