Satu tahun kemudian..
Yuju memandang wajah Jungkook yang sedang mengelamun itu. Wajah tampan Jungkook diamati lama oleh yuju. Dia melabuh punggung disebelah lelaki itu. Dia tahu dia sudah terlambat untuk berjumpa dengan lelaki itu ditaman ini. Dia bukan sengaja tetapi urusan kolejnya baru sahaja selesai tadi. Sampai sahaja dia nampak Jungkook sudah termenung jauh.
" Jungkook !!" Panggil Yuju. Dia sudah berkira mahu menyedarkan lelaki itu dari mengelamun atau tidak.
"Hye awak!! Mengelamun apa" panggil nya lagi sekali, kali ni dia sudah menampar lembut pipi milik Jungkook.
" Ehh Sayang! Bila awak sampai?" Tanya Jungkook dengan wajah terpinga pinga. Tangan kanan nya mengosok belakang leher nya.
" Baru je tadi. Awak berangan apa nie? Teringat awek lain ke?" Duga Yuju dengan wajah kelat. Kedua belah tangan disilangkan tanpa merajuk.
" Hahaha.. mana ada lah sayang. Saya teringat balik masa kita jumpa eomma appa kita tu je." Tipu Jungkook, dia sebenarnya sedang terfikirkan sesuatu. Dia memandang Yuju yang berdiri itu. Jemari milik yuju ditarik dan dimulus lembut.
" Okk saya percaya. Kalau awak berangan orang lain siap awak." Tegas Yuju.
" Baiklah sayang. Jangan risau hati saya dekat awak je" Balas Jungkook. Hidung yuju dipicit kuat sehingga kelihatan merah seperti badut dikerjakan.
" Sakit laa awak. Jangan laa main hidung saya. Saya sensitif tau kalau bab hidung ni." Yuju mengingai lalu satu cubitan maut hinggap di perut Jungkook.
"Auuu sakit laa awak. Tak sayang saya ke main cubit cubit nie" Ajuk Jungkook. Wajah Jungkook sengaja dibuat buat tanda merajuk pada gadis itu.
"Eleh mengada. Sikit pun merajuk.Dulu tak macam ni pun. Gedik! "
"Mana ada. Saya nak manja dengan awak je lah. " Kata Jungkook. Kepalanya sengaja dilentokkan pada bahu bakal isterinya itu. Senyuman manis dihadiahkan buat yuju.
"Auww, janganlah cairkan hati saya." Pipi gebu milik Yuju sudah merona merah menahan rasa malu. Wajahnya ditutup menggunakan kedua tangannya.
" Eleh eleh acah acah malu pula dia nie. Awak suka kan saya manja manja macam ni. " Usik Jungkook. Tangan kanannya mencuit cuit pinggang gadis itu.
" Shireo! Bila masa entah. Tak ada makna nya saya nak manja dengan serigala jadian. Silap haribulan habis saya dikerjakan awak." Kutuk yuju. Tangan jungkook yang mencuit yuju itu ditampar oleh Yuju. Dia cuba untuk jual mahal. Tiada lagi tawaran hebat.
Yuju bangkit dari kerusi diduduki mereka. Jungkook sudah gelabah. Apa yang dia buat hingga yuju bersikap seperti itu. Tak mungkin berita yang dia dengar itu betul. Tak akan lah yuju sanggup duakan dia dan curang dengan laki lain.
" Hye awak nak ke mana tu. Jangan kata nak jumpa lelaki yang kita terserempak hari tu. Tak pernah buat perangai hari nie buat perangai awak pula" Dingin Jungkook tiba tiba sahaja. Tangan yuju ditarik kasar memandang nya. Panas hatinya bila teringat akan berita itu. Niat dia ke sini untuk melepaskan rindu.
" Auww, sakit laa. Apa yang awak merepek nie Jungkook. Saya cuma nak jual mahal dengan awak je hari ni tapi tak sangka pula awak tuduh saya bukan bukan." Dahi Yuju berkerut dengan tuduhan yang dilemparkan Jungkook. Dia hanya main main sahaja tadi, tidak sangka pula yang Jungkook akan ambik serius tentang itu.
Perangai Jungkook sekarang makin lama makin menjadi. Kuat cemburu. Sedang lagi beberapa minggu sahaja lagi mereka bakal menjadi suami isteri.
" Awak kata saya tuduh bukan bukan pula. Awak tahu kan saya tak suka awak keluar dengan lelaki lain. Tapi awak keluar juga kan, awak ingat saya tak tahu ke pasal awak keluar makan dengan lelaki yang kat butik pengantin hari tu." Nafas Jungkook sudah turun naik. Mukanya mula memerah 😡menahan amarah.
"Damm you Jeon Jungkook. Sampai hati kan awak tuduh saya curang. Sudah lah dengan perangai panas baran awak tu. Saya ingat awak berubah. Tapi sama je." Yuju cuba mengawal intonasi suara agar tidak terkasar. Apa apa pun Jungkook tetap bakal suami dia.
" Jadi awak nak salahkan saya lah. Heyy saya tak akan tuduh awak kalau tak ada bukti. Semua nya dah jelas awak memang curang dengan saya kan cakap je la." Jungkook mula meninggikan suara nya. Tangan yuju dicengkam kuat olehnya. Telefon miliknya dibuka dan applikasi line di buka oleh nya. Beberapa keping gambar ditunjuk kan pada yuju.
" Aapa ssemua nnie?" Tanya yuju keliru dengan apa yang dilihat. Gambar yang ditunjuk oleh Jungkook sebentar tadi adalah gambar dia dan seorang lelaki tapi itu semua tidak benar sama sekali. Ini pasti ada seseorang yang mahu mengenakan mereka berdua. Dan Jungkook pula percaya bulat bulat akan berita palsu itu.
" Dah puas hati kau. Nak mengaku ke tidak?" Sinis Jungkook tiada perasaan. Hilang terus sifat manjanya tadi. Yuju menggeleng. Dia sudah mengigil ketakutan melihat wajah bengis milik Jungkook.
" Kau ikut aku sekarang.? Tak mengaku lagi kau. Kau memang sengaja nak bagi evil aku datang balik." Jungkook sudah mengheret yuju untuk mengikuti langkahnya. Sampai sahaja dia parking dia terus membawa gadis itu ke kereta nya.
" Jungkook apa awak nak buat ni? Tolong laa. Percaya saya." Rayu Yuju. Dia berharap sangat Jungkook percaya akan kata katanya. Namun lansung tidak berkesan.
" Masuk cepat" Jungkook menghumbannya ke dalam kereta tempat disebelah pemandu. Manakala Jungkook pula ke tempat duduk pemandu.
" Awak nak bawa saya ke mana nie? Jungkook saya tak salah lah. Kenapa awak tak percaya kan saya Hah?" Kata yuju dia membalas pandangan tajam Jungkook. Dia perlu tegakkan keadilan. Dia tidak bersalah. Kenapa susah sangat Jungkook nak percaya kata kata dia.
" Bagi aku satu sebab kenapa aku kena percaya kat kau? Bukti dah ada! Apa lagi kau nak?" Kata kata Jungkook bagai menikam nikam jantungnya. Pedih yang teramat. Satu satu nya lelaki yang dia sayang dia percaya akan katanya. Air mata yang jatuh di kesat kasar. Tidak mahu nampak lemah di depan Jungkook.
" Sebab saya sayang awak seorang je. Kalau awak tak percaya kita batal kan je perkahwinan kita nie.? Itu yang awak nak kan" makin laju pula air mutiara itu turun membasahi pipinya. Dia sudah mengalih pandangan dari terus melihat Jungkook. Disaat hari bahagia hampir tiba hubungan mereka pula jadi huru hara. Adakah ini sesuatu petanda yang mereka tidak boleh bersama.
" Senang nya kau cakap? Lepas tu boleh la kan, kau berpoya poya dengan laki tu kan" Tajam sekali kata kata Jungkook.Lansung tidak memikirkan perasaan gadis itu.
" Ye memang pun senang sikit saya nak berpoya poya dengan laki tu. Puas hati awak. Saya nak kahwin dengan awak sebab nak balas dendam je dengan apa awak buat dekat saya. Saya pura pura sayangkan awak selama nie. Puas dah ke? Jadi lepaskan lah saya." Jerkah yuju tidak semena mena pipi gebunya menerima tamparan daripada Jungkook. Rasa nya awak perit seperit hatinya yang terluka. Dia dapat rasakan ini sahaja pengakhiran hubungan dia dan jungkook.
" I hate u. Kita putus. Awak jangan pernah cari saya lagi Jeon Jungkook." Tangan kanan nya memegang pipi nya yang sakit. Dengan perasaan yang bercampur baur itu di berlari keluar dari kereta itu.
" Danmm.. Arghhhh! Tak guna betul laaa." Jungkook mula naik angin. Dia menghempas kuat streng kereta itu berkali kali. Fikiran dia kusut. Apa yang dia dah buat nie. Kenapa tangan dia melekat dekat yuju tadi.
" choi Yu ju !!!!."
****The endddd****
Ehhh jangan ingat cita dah habis tau ada lagi lah belum habis lagi. Rilex laaa komen pun xde lagi... kita tunggu dulu kita tengok sapa nak tau apa yang berlaku pada diorang sebenarnya... ate nak tahu ke idok...😏selalu perhatikan laa yeee. Hehe sis memang nakal pun😝
Bersambung...
YOU ARE READING
MCIME 1@2 (Ff Jungkook)
FanfictionBaru sahaja gadis bernama Choi Yuju pindah ke sekolah baru, dia sudah di ganggu oleh seorang lelaki nakal . Dia adalah Jeon Jungkook , lelaki itu juga yang mencuri frist kiss nya. Lelaki itu juga ialah teman masa kecil Yuju. Lelaki itu juga yang...