10. Isteri 'semangat terbaik'

167 20 0
                                    


Warning !! [Cerita ini adalah rekaan semata - mata tiada kaitan di kehidupan nyata. ]

Selamat membaca Semuaa...




Jungkook meregangkan badannya terasa kebas itu. Jam nak masuk pukul 12 namun pekerjaan miliknya belum juga habis. Seragam yang awalnya kemas kini terlihat tidak terurus.

'Fuhh dah lambat sangat dah ni.'Guman Jungkook seraya bergegas bangkit. Fail ² yang berselerakan diatas mejanya itu dikemas rapi. Dia segera keluar dari pejabatnya dan juga balai polis.

Kakinya diseret ke tempat letak kereta dan keretanya terus melaju diatas jalan raya. 1 jam lebih berada di atas jalan raya akhirnya dia sampai ke rumahnya. Dengan langkah lelah dia melangkah masuk kedalam rumah.

Jungkook mengelus dadanya tatkala sampai didalam biliknya dan melihat yuju masih terjaga."Sayang awak belum tidur lagi"

Yuju mendekati Jungkook lalu memeluk tubuh suaminya itu.

"Saya tunggu awak balik, saya risau awak kenapa-napa" kata Yuju

"Maaf oppa banyak kerja hari ini, sampai tak sedar jam dah nak dekat pukul dua belas." Jelas Jungkook.

"Oppa mesti penatkan? Nak saya siapkan air hangat tak"

"Hmm penat tapi sekarang dah hilang bila oppa tengok wajah cantik sayang" Ucap Jungkook setengah bergurau. Yuju terkekeh dan memakin mengeratkan pelukan mereka.

"Nak saya siapkan air hangat tak?" Tanya Yuju lagi.

"Tak payahlah, oppa nak mandi air biasa je."

"Oke. Oppa dah makan belum?"

"Hmm belum lagi" Ujar Jungkook sambil mengusap surai milik isterinya.

" Tadi Mama ada masak makanan kesukaan oppa, nanti Yuju panaskan. Oppa pergilah mandi."

Yuju melepaskan pelukan mereka dan membiarkan Jungkook masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Dia juga turun kedapur untuk memanaskan makanan yang mama Jeon masak tadi.

Selang beberapa minit jungkook turun dengan keadaan yang lebih segar, lelaki itu memakai pijama tidur yang sudah sediakan sebelumnya.

"Oppa sini!" panggil yuju apabila melihat Jungkook berjalan kearahnya. Wanita cantik itu menarik tangan Jungkook dan menyuruh lelaki itu duduk sementara dia menyedok nasi ke pinggan sang suami.

"Terima kasih sayang" Ucap Jungkook. Jujur sahaja mendapat layanan seperti ini dari sang isteri rasa lelah dan penat pelahan menghilang.

"Sama- sama suamiku, dah baca doa makan dulu." Ujar yuju setelah itu mereka mulai makan makanan terhidang di meja, Yuju yang tadi dah makan pun turut makan demi menemani suami tercinta.

Dalam hati Yuju banyak bersyukur pada Tuhan kerana telah memberikan ia jodoh sebaik Jungkook.

Walaupun Jungkook sibuk tetapi lelaki kacak itu masih mencuri waktu untuk memberi kasih sayang dan cinta kepada dirinya dan juga calon anak mereka

.
.
.

Keesokan harinya waktu berjalan seperti semula, Jungkook pagi hari lagi sudah berangkat ke tempat kerja nya manakala Yuju membantu sang mentua membersihkan halaman rumah walaupun pada awal nya Puan Jeon melarang menantunya untuk ikut membantu.

" Yuyu sudah lah sayang, jangan angkat pasu tu berat." Larang Puan Jeon.

" Its okey mama ringan je ni, lagi pun kata doktor kandungan Yuju kuat. " Balas Yuju, dia memindahkan pasu bunga bersaiz sedang itu ketempat yang Puan Jeon inginkan

MCIME 1@2 (Ff Jungkook)Where stories live. Discover now