Tyuzu's pov
Satu memo dilekatkan di atas meja aku. Ada jus tenaga sekali doh. Aku tersenyum. Aku tahu siapa yang suka sangat bagi.
Laju aku buka botol itu lalu ditenguk. Sedap.
Aku meneliti memo tersebut.
- Jangan lupa makan. Nanty sakit pula. -
" Haish!! Mingyu awak tak pernah berubah. Suka sangat care pasal saya."
Guman aku. Aku minum lagi air itu hingga separuh.
" Wah, hari hari dapat benda yang sama. Ahaha. Care betul dia pasal kau. Tapi kan beb aku dengar dia dah bertunang betul ke? "
Mendengar kata dia aku sekadar tersenyum pahit. Entah kenapa aku berasa sedih.
" Yak tyuzu! Aku tanya nie. Betul ke mamat hot kelas sebelah ni dah bertunang. "
" Aah. "
Jawab aku ringkas sakit pula hati aku ni. Sengaja aku buat buzy sikit.
"Wei kita borak nanti je la, aku sibuk ni. Homework banyak."
" Laa. Baru nak ajak gosip pasal budak laki sebelah tu. Dia tu kan jenis pendiam, Macam mana la boleh dia kenal gan perempuan tu. Kalau dulu ye aku caya."
Kata nya bersungguh. Aku endahkan sahaja. Malas aku campur. Nanti ada juga yang lebam sana sini.
" Wei kau dengar tak? "
" Dengar"
" Habis tu. Asal kau diam"
" Aku banyak kerja la nak buat, nanti nanti je la kita sembang."
Balas aku acuh tidak acuh. Aku menyelak buku add math. Pening pula aku tengok jalan kerja yang aku buat.
_Skip_
Kringg!!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat pelajaran yang terakhir. Aku mengalas beg ku. Penat sungguh aku rasa hari nie.
Langkah aku diaturkan untuk pulang. Baru sahaja aku melepasi koridor kelas mingyu. Nama aku sudah dipanggil. Aku toleh.
" Ehh mingyu. Awak tak balik lagi ke? Bukan awak patut nya pergi jemput tunang awak balik ke?"
" Belum lagi. Saya tunggu awak. Tadi saya tengok awak macam tak bermaya je. Jadi saya buat keputusan balik dengan awak lah."
Jawapan mingyu buat hati aku menjerit. Dia risau kan aku. Aku tak sangka dia masih lagi ambil berat pada aku macam dulu.
" Laa susahkan awak je. Saya ok je balik sendiri. "
" Tak susah. Saya tak sangguh biarkan awak seseorang. Selama ni awak balik saya teman kan. Dan selamanya saya akan jadi peneman awak."
"Tapi kan awak kan dah bertunang. Nanti orang gosip pasal kita pula. Jangan lah."
Larang aku. Aku tidak mahu kami dijadikan bahan gosip pelajar sekolah. Aku sedar aku suka dia. Tapi aku tidak lah sampai mahu hancur kan perasaan orang lain.
Walaupun hakikatnya amat perit. Aku terima.
Aku pandang riak mingyu dia seakan tidak berpuas hati dengan penolakan aku.
" Biarkan diorang nak kata apa. Saya memang tak akan biarkan awak balik sorang arra. Pasal yuju jangan risau. Saya pasti dia akan faham."
Tegasnya buat aku telan air liur. Dia sudah pegang tangan aku.
YOU ARE READING
MCIME 1@2 (Ff Jungkook)
FanfictionBaru sahaja gadis bernama Choi Yuju pindah ke sekolah baru, dia sudah di ganggu oleh seorang lelaki nakal . Dia adalah Jeon Jungkook , lelaki itu juga yang mencuri frist kiss nya. Lelaki itu juga ialah teman masa kecil Yuju. Lelaki itu juga yang...