13.Masalah terus Mendatang

164 20 3
                                    

¶¶ Enjoy Your Reading😘¶¶

,[Ha Korong dah tahu kan apa yang dah jadi pada pasangan Yukook kan? Sekarang dah sampai babak kemuncak... Teruskan membaca Muahaha😘😘]

[Sarjan Jisung] (p/s Pinterest)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[Sarjan Jisung] (p/s Pinterest)

Jungkook bergegas masuk ke dalam balai, berita yang baru ia terima amat mencemaskan hatinya. Tadi pegawai bawahannya menelefon ia mengatakan bahawa ketua gangster yang mereka tangkap 7 bulan yang lalu telah melarikan diri. Hal ini amat membimbangkan nya.

Jikalau pihak media mendapat berita ini prestasi mereka sebagai anggota Polis akan tercemar dan menerima penghinaan teruk daripada masyarakat.

" Macam mana benda ni boleh terjadi? Korang buat kerja ke tak ni? Hah? " Nada Jungkook sudah berubah 100% menjadi seperti singa kelaparan yang hendak menelan hidup-hidup pengawainya yang semakin menunduk itu.

" Maafkan kami leftenan Jeon, kami sambil lewa dalam menjalankan tugas kami. " Kata Sarjan Han selaku ketua yang bertanggungjawab dalam mengawal penjara yang diduduki oleh ketua gangster itu.

"Memang pun korang lalai! Korang buat apa hah masa jaga dia. Membabi buta? Korang pergi cari sampai jumpa dia. Kalau dapat tangkap dia. Bawa terus pada saya faham!"

" B-baik Tuan!!" Jawap mereka hampir serentak. Mereka semua sudah bertaburan berlari, takut mendengar sinisan atasan mereka yang sedang emosi itu.

Jungkook menyandarkan kepalanya di kurusi kerjanya. Kepalanya dipicit-picit bagi mengurangkan sakit kepala nya.

Masalah dengan Yuju masih belum diselesaikan tambah lagi satu masalah lain. Dirinya betul ² bingung harus bagaimana mana lagi.

Kalau dia dapat tangkap sahaja pakcik tua keriput itu memang si tua itu habis di tangannya.

" Tak boleh jadi ni, mahkamah pun satu hal lembap betul buat kerja. Kenapalah tak bagi awal -awal saja hukuman gantung pada si tua tu. Dah terang bersuluh lelaki tu punya kejahatan masih lagi ada budi bicara. " ucap Jungkook bersungut-sungut.

Lee Kwon yang kebetulan masuk itu hanya mengeleng kepala mendengarkan sungutan Jungkook . Lelaki itu melangkah mendekati Jungkook lalu menepuk bahu Jungkook beberapa kali supaya rakannya itu lebih tenang.

" Engkau bertenang okey, ni aku baru saja dapat infomasi tentang lokasi buruan kita yang terlepas."

Lee know menyerahkan sebuah tablet yang berisi segala geri gerik Tuan Han yang terlepas yang tertangap oleh CCTV lalu lintas.

Jungkook menghela nafas lega, rasa beban di kepala nya sedikit terangkat.

" Hah baguslah, engkau dah suruh budak kita pantau pergerakan buruan kita. " Tanya Jungkook.

MCIME 1@2 (Ff Jungkook)Where stories live. Discover now