Sebaik sahaja keluar dari bilik rawatan, bibir Jungkook automatik tersenyum.Dia dari tadi cuba menahan daripada tersenyum.
Puas hatinya dapat mengusik yuju. Apa yang diberitahu pada Yuju tadi hanyalah sekadar kebohongan belaka.
Sebenarnya Taehyung melarangnya pada mulanya untuk menemani gadis itu kerana abang Yuju itu sangat mencurigai dirinya setelah apa yang lelaki itu lihat di dalam ruangan khas mereka itu.
Namun ada sesuatu hal yang penting harus Taehyung lakukan hingga mahu atau tidak dia terpaksa menyuruh Jungkook menjaga Yuju dan menghantar gadis itu pulang sebaik sahaja gadis itu sedarkan diri.
“ Jungkook!! Tunggu dulu!”
Kedengaran suara lembut memangil Jungkook dari arah belakang . Jungkook berhenti bersiul. Dia kenal suara itu dan dia langung pasang wajah dingin nya.
Jungkook menoleh, kening lelaki itu diangkat sebelah menatap gadis itu penuh tanya." Ada apa sampai kau kejar aku ni, "
" Please teman saya dekat bilik rawatan tu, saya masih pening kepala lagi. Oppa kan dah pesan suruh awak jaga saya kan." Pinta suara merdunya itu. Tangan Jungkook sudah berada dalam genggaman tangan nya. Entah apa yang mahu dilakukan oleh gadis itu tidak pasti.
" Kau ingat aku babysister kau sampai kena jaga kau 24jam. Sudah aku nak balik. Kau pandai - pandai lah sendiri nak uruskan diri kau tu. ”
Bantah jungkook, dia menarik tangannya dari genggamannya Yuju namun gadis itu kembali memegang tangan nya.
" Hanya untuk hari ini awak temankan saya please!, Saya takut duduk dalam bilik itu sendiri.” gadis itu mengedip gedipkan matanya tanda memohon.
" Yak choi yuju, kau dah gila ke? Ke nak tempah maut awal? Sejak bila kau suka ambil kesempatan ni? "
Balas jungkook, dia menepis kasar tangan yuju. Naik seram pula tengok Yuju yang manja itu.
Jantungnya yang tadinya normal kini sudah bermain rentak lagu fire sudah. Rancak bukan main degupannya.
"Tolong lah hari ini je, kalau awak taknak teman saya dekat sini awak boleh hantar saya balik. "
" No!! "
Tegas jungkook, lama lama begini boleh meletup jantungnya. Sikap Yuju yang seperti ini mengingatkan dirinya pada kenangan mereka dulu.
Perangai manja yang sentiasa dirinduinya.
Flashback
Dia tergelak kecil melihat gadis didepannya itu terjatuh terduduk. Agar comel melihat gadis itu yang merengek kesakitan. Bebelan yuju diabaikan sahaja.
"Kookie sampai hati awak! Saya jatuh awak bukan nak bantu pun. Gelak lagi ada lah. Huhu."
" Ala maaf laa. Tapi serius comel. Duduk je laa kat situ. "
Sakatnya, manakala gadis didepannya sudah masam mencuka mahu menangis. Comel sungguh gadis yang berusia 14 tahun masa itu.
" Kookie, awak tak sayang saya ke? Tak kan awak nak bagi lelaki lain yang angkat saya kut. "
" Ala ada ke orang nak tolong awak yuju oii. Awak tu dah la bambam."
Ejek jungkook, yuju yang sudah bersila diatas rumput itu dibiarkan. Protes la tu.
" Dah laa saya balik dulu. Awak betul tak nak bangun ke? "
" Taknak, selagi awak tak angkat saya. Nak nak kookie cepatlaa. "
YOU ARE READING
MCIME 1@2 (Ff Jungkook)
FanfictionBaru sahaja gadis bernama Choi Yuju pindah ke sekolah baru, dia sudah di ganggu oleh seorang lelaki nakal . Dia adalah Jeon Jungkook , lelaki itu juga yang mencuri frist kiss nya. Lelaki itu juga ialah teman masa kecil Yuju. Lelaki itu juga yang...