Warning : [Cerita Rekaan semata - Mata, tiada kaitan dengan mana ² pihak. Sekian harap maklum ]
🌹HAPPY READING🌹
×8.30am ×
Hari indah Keluarga Jeon Jungkook telah berakhir kini Jungkook akan dihadapkan dengan pekerjaan yang menguras tenaga dan masa. Jungkook memandang wajah manis Yuju yang sedang merapikan baju seragam miliknya.
"Okey dah smart pun suami saya ni." ucap yuju bangga dengan penampilan Jungkook yang rapi itu.
"Terima kasih sayang." Ucap Jungkook lalu menghadiahi sebuah ciuman di dahi Yuju.
"Sama-sama suami tercinta." Balas Yuju tersenyum manis.
"Oppa pergi dulu ya sayang. Sayang jaga diri baik-baik di rumah. Kalau ada apa- apa minta tolong pada mama okey." Nasihat Jungkook
"Baik oppa, oppa pun sama. Jangan lupa makan, awak suka je lupa makan bila dah sibuk dengan kerja awak." Nasihat Yuju kembali.
"Okey sayang. Bye. I love you!" Ucap Jungkook sebelum berjalan menuju dimana keretanya terparking. Dan setelah itu kereta itu meluncur membelah jalanan.
Sampai sahaja di Balai , dia tidak sempat duduk lagi namun dirinya sudah dipanggil oleh atasannya. ' Ada kes baru ke?' desis hati nya yang keresahan itu.
Dengan langkah yang berat dia melangkah ke bilik pejabat atasan nya.
Setelah diberi kebenaran untuk masuk dia, Jeon Jungkook dengan langkah penuh hati memasuki ruangan itu.
" Tuan, Saya Jeon Jungkook melaporkan diri."
Jungkook melapor diri dalam keadaan sedia. Sebagai seorang polis dia perlulah berdisplin dan menjaga etika kerjanya itu.
" General Jeon, Saya ada berita buruk untuk kamu. Kali ini kita perlu siasatan tentang Kes pembunuhan seorang ketua gangster. Saya mengesyaki kes ini ada kaitan dengan gangters kepala botak tu." Ucap Minhyuk pada bawahannya.
" Baik tuan ! Saya dan pasuan saya akan cuba yang terbaik untuk cari bukti dan bekas si kepala botak" Balas Jungkook setelah memahami situasi.
" Bagus General Jeon. Saya serahkan kes ini sepenuh nya pada awak."
" Terima Kasih Chief atas kepercayaan tuan beri kepada saya. Saya akan lakukan yang terbaik untuk pasukan dan negara kita.
Minhyuk tersenyum puas lalu menepuk pelan bahu tegap milik Jungkook. Dia bangga pada anak muda seperti Jungkook. Lelaki itu sungguh gigih dan rajin. Buktinya dalam tempoh 5 tahun Jungkook sudah mendapat pangkat sebagai Superintendent general.
" Tapi ingat hati- hati dalam melakukan siasatan nanti, mafia yang akan kita tantangi itu sangat licik . Jadi kamu dan pasukan kamu tetap berjaga- jaga.
"Baik Chief, Kalau tak ada apa - apa. Izin kan saya undur diri dulu Tuan." Balas Jungkook. Dia memberi tabik hormat pada atasannya sebelum melangkah keluar.
*
*
*
Jungkook telah mengadakan meeting pada petang itu. Setelah memastikan semua pegawai bawahan yang ada, mereka pun memulakan mesyuarat tergempar.
"Okk semua dah ada? Pagi tadi saya dapat arahan dari Tuan Minhyuk untuk siasat tentang kes pembunuhan salah seorang ketua gangster dan saya syaki kes ini ada kaitan dengan kes geng gangster kepala botak tu.
Terang jungkook satu persatu. Matanya memandang satu persatu wajah pegawainya sebelum menyambung ucapannya itu.
" Team, kita perlu bekerjasama dalam menyiasat kes ini. Kes kali adalah kes paling berat bagi kita jadi saya nak awak semua jangan main ²."
" Baik Tuan. "Hampir semua menyahut nya serentak.
Jungkook mengangguk. Dia bangun lalu membentangkan sebuah peta yang luas seluar meja mesyuarat mereka itu. Peta itu sudah terdapat coretan.
"Saya dapat tahu dari perisik kita yang kumpulan gangster kepala botak akan megadakan kerjasama dengan Syarikat Ydong yang meyediakan bahan untuk buat dadah jenis Cannabinoids dan Stimulan di kampung nelayan, Dongjapo. Jadi saya nak kita serbu maskas mereka dan jangan biarkan seorang pun dari mereka terlepas faham.
" Faham Tuan !! " Balas anak buah Jungkook penuh semangat.
"Okey jadi kumpulan kita akan berpecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada Jeno, Hyunjae, Jeongin dan Lee Know - Jungkook melihat satu persatu nama orang yang disebut.
- Mereka akan cover kita dibahagian pertahanan. Untuk kumpulan Snipper kita pula terdiri daripada Taeyong, Younghoon dan Q. Matanya beralih pada 3 orang lain.
-Manakala pasukan menyerang pula terdiri dari saya sendiri, Seok Jin, Sangyeon dan Juyeon."
" Apa rancangan kita General?"
Jungkook memandang pegawainya dan .......
Dan....
"Mari kita bersihkan semua sampah itu dan lenyapkan mereka untuk selamanya" Ujar Jungkook sambil menyeringai menakutkan membuat yang lain jadi merinding.
[ To Be continue ]
Cannabinoids dan Stimulan *( boleh search di internet jika ingin tahu lebih lanjut.)
Maaf jika ada kesalahan istilah panggilan untuk polis, saya buat berdasarkan apa yang saya research di internet tentang pangkat 2 polis di korea.
maaf sekali lagi jika penulisan saya terkesan kaku, saya masih belajar.
Harap pembaca semua dapat berikan saya sokongan ya
Dan terima kasih sudi singgah di cerita saya.
YOU ARE READING
MCIME 1@2 (Ff Jungkook)
FanfictionBaru sahaja gadis bernama Choi Yuju pindah ke sekolah baru, dia sudah di ganggu oleh seorang lelaki nakal . Dia adalah Jeon Jungkook , lelaki itu juga yang mencuri frist kiss nya. Lelaki itu juga ialah teman masa kecil Yuju. Lelaki itu juga yang...