11. Operasi ' Penangkapan'

131 19 0
                                    

Warning !! [Cerita ini adalah rekaan semata - mata tiada kaitan di kehidupan nyata. ]

Selamat membaca Semuaa...

Hari ini adalah operasi penangkapan secara besar -besaran akan dilakukan oleh squad Kapten Jeon. Semua pasukan yang terlibat telah siap sedia.

Seperti yang dibincangkan semasa mesyuarat tempoh hari.

Di sebuah gudang besar ,terlihat sekumpulan manusia yang sedang melakukan tugasan mereka masing -masing iaitu memeriksa barang terlarang yang diterima oleh mereka.

Penjagaan disetiap sudut gudang sangat ketat. Disetiap penjuru gudang itu berdiri seorang lelaki berbadan tegap sambil memegang senjata api.

Jungkook mengintip pergerakan musuh mengunakan sniper. Setelah pasti keadaan sekitar selamat. Jungkook mula memberi kode kepada pegawai Alpanya.

Semua nya mengangguk faham. Dengan langkah penuh berhati-hati mereka mula mengambil posisi masing-masing dan mengepung setiap penjuru bangunan tersebut. Kecuali para team yang ditugaskan sebagai Sniper.

Mendengar arahan si kapten , mereka mulai bertindak dengan langkah penuh waspada masuk ke dalam sarang musuh mereka.

“Tetap Fokus. ” Pesan Jungkook pada anak buahnya.  Dia pun bergerak untuk melumpuhkan salah satu musuhnya dalam diam.

“ Team A, keadaan masih aman kan? " Tanya Jungkook pada pasukan sniper melalui waki- talkies nya.

“ Semua lancar boss“ itu balasan dari pihak sana. Jungkook dan pasukan terus melumpuhkan sistem pertahanan pihak musuh. 

Bang! Bang!

Jungkook nyaris terkena tembakan jauh yang dibuat oleh ketua gangster tersebut. Nasib baik Jungkook  sempat mengelak biji timah itu

Rupanya lelaki jahat itu sadar akan kedatangan pihak polis di markas nya.

“ Serahkan diri anda Tuan Han. Anda sudah kami kepung! “ Perintah Jungkook.

“ Jangan harap! Selagi aku hidup, aku takkan serahkan diri aku pada pihak polis. “

“ Sekali lagi saya perintah anda supaya menyerahkan diri anda , kalau anda berdegil kami akan gunakan kekerasan pada anda.

" Hahahaha..  Kau polis mana berani nak gunakan kekerasan sesuka hati. " Hamun ketua Gangster yang berketurunan keluarga Han itu.

Jungkook sekadar mendengus kasar lalu melepaskan beberapa das tembakan kearah ketua gangster tersebut.

" Siapa kata? Anda ialah buruan pihak polis jadi pihak kami boleh gunakan kekerasan terhadap anda Tuan Han.Lagipun anda bersenjata, saya boleh bunuh anda disini kalau saya mahu. " Sinis Jungkook. Dia sudah tiada masa nak berlembut dengan gangster itu lagi. Ramai antara skuad nya cedera parah.

" Baiklah jadi bunuh aku sekarang. Aku cabar kau wahai an***g negara. “ Balas Ketua gangster itu sambil melepaskan tembakan ke arah jungkook dan lagi- lagi Jungkook berjaya mengelak.

“Baiklah jika itu mahu anda. Jadi saya ucapkan selamat menikmati hidup dalam penjara." hendik Jungkook.

Melihat Tuan Han sudah kehabisan peluru dengan peluang yang ada Jungkook telah melakukan serang hendap terhadap gangster itu. Satu tendangan maut dihadiahkan pada Tuan Han dan mengakibatkan lelaki bertubuh tegap itu tersungkur ke lantai.

Arghh. Lelaki itu sudah mengadu kesakitan akibat tendangan yang diterima . Pistol yang berada ditangannya sudah hilang entah ke mana. Dalam sekelip mata dia sudah dikepung. Manakala ke semua pengikut sudah digari

“ Akhirnya berjaya juga kami tangkap anda Tuan Han. Anda di tahan atas tuduhan penyalahgunaan dadah dan penjualan barang larangan. “

“ Lepaskan aku! Ha**t. Lepaskan! “ Jerit Tuan Han , lelaki tua itu cuba melepaskan diri.

“ Lee Know bawa Tuan Han dan pengikut nya ke tahanan. Tugasan ini aku serahkan pada kau. “

Jungkook sebelum berlalu, makian dari Tuan Han itu dia abaikan. Yang berada dalam pikiran dia sekarang hanya Yuju. Sudah hampir seminggu dia mengabaikan isteri nya itu disebabkan oleh operasi ini.

[ TBC/ End]

Maaf tak best sangat. Idea Yanz hilang habis nak buat cerita ni. Hope semua Vote lah yeee

MCIME 1@2 (Ff Jungkook)Where stories live. Discover now