part 3: Pagi hari yang teruk

746 79 5
                                    

[New Revision]

Warning: Ini hanyalah fanfic dan tiada kaitan dengan kehidupan nyata.


"Taehyung Oppa!!" Jerit Yuju membuatkan semua mata yang berada disana memandang kearah nya. Semua menatapnya  panik, mata mereka memberi isyarat pada Yuju agar tidak membuat masalah dengan Taehyung.

Tidak tahu sahaja jika dia merupakan sepupu kesayangannya Kim Taehyung. Yuju hanya abaikan tatapan panik itu. Dia hendak cari sepupu nya yang melarikan diri dari nya setelah lelaki itu mencuri ciuman dipipinya. 

Tetapi saat hendak membelok ke kanan dia terlanggar seorang lelaki dan jatuh terduduk. Lelaki itu mendegus kesal.

"Yak.. kau buta ke?"  Marah lelaki itu. Tak ada niat pun lelaki itu hendak membantu Yuju yang jatuh itu.

"Maaf saya tak nampak tadi” Ucap Yuju lembut, dia tidak mahu mencari gaduh hari ini.

"Maaf kau kata? Hey bangun kau sekarang " Kasar lelaki menarik tangan Yuju supaya bangun.

Yuju mencebik tidak suka, Dia menepis tangan lelaki yang menarik tangan nya tadi lalu menatap orang itu.  " Jeon Jungki?"

Wajah Yuju masam mencuka kala mengingat apa yang lelaki itu lakukan semalam.

" Kenapa muka kau macam tu sekali tengok muka aku. Aku tahu aku handsome.” Ucap Jungkook sombong.

" Perasan. Awak tak handsome pun, Handsome lagi Seok Jin oppa "  Kata Yuju. Gadis tidak perasan ada perubahan di wajah Jungkook dan orang sekitar mereka itu. Iyalah mereka kan berada betul - betul tengah koridor kelas 4A.

"Macam mana kau kenal dengan Seok Jin Hah? "  Soal Jungkook sinis. Dia menolak kasar badan Yuju hingga gadis itu terangkap antara dia dan dinding.

"Semalam kami berkenalan. Kenapa awak sibuk? Dia kawan awak ke?" Kata Yuju, dia mencari celah untuk melepaskan diri dari kungkungan Jungkook.

"Dia memang kawan aku. Dengar sini ekk kau jangan cuba nak dekat dengan kawan aku. Aku tak suka. " Sinis Jungkook memberi amaran pada Yuju. Dia mencengkam rahang Yuju kuat.

Yuju yang dipelakukan seperti itu, menahan rasa sakit di rahangnya itu. Tangannya menepuk tangan Jungkook agar melepaskan cengkaman itu.

"Sakit.. Kenapa awak kasar sangat ni? Malu lah orang lain tengok.”  Cakap Yuju dengan susah payah akibat cengkaman kuat itu.

Jungkook ketawa mengejek “ Sakit ke? Kalau tak nak sakit lebih baik kau dengar cakap aku faham.” 

Yuju masih mencuba melepaskan diri, “ Lepaskan kalau tak saya gigit tangan awak!” Marah Jungkook yang tidak menahan rasa kesal itu.

“Berani cubalah” Cabar Jungkook lalu menekan kuat kuku di rahang Yuju.

Yuju yang dicabar apa lagi lansung sahaja di melahap tangan Jungkook dan gigit sekuat hati hingga Jungkook mengerang kesakitan dan menolak dia menjauh.

“ Berani betul kau gigit aku ! Yak! ” Angin Jungkook dan ingin menampar Yuju namun gadis itu lebih dulu menghindar.

“ Awak dulu yang mula kan? Ingat muka saya tak sakit ke kena kuku awak tu” Ujar Yuju. Dia ingin pergi tapi sebelum itu dia sempat mengambil tong sampah yang berisi itu lalu selamba sahaja dia tuang pada kepala Jungkook yang tidak bersedia itu.

Jungkook yang sudah kotor akibat sampah itu lansung naik angin “ Choi Yuju!!”

“Hehe maaf and bye Jeon Jungki” Ucap Yuju selamba lalu berlari menjauh dari Jungkook yang mengamuk itu. Pelajar yang lain tadi jadi penonton pun ikut bubar, takut mereka pula kena tempias. 

MCIME 1@2 (Ff Jungkook)Where stories live. Discover now