Part 12: Pengakuan

515 54 2
                                    

Jungkook menghela nafas kala melihat sosok yuju yang selalu menghidari nya sejak seminggu lalu. 

Setiap kali mereka bertatapan mata gadis itu selalu sahaja mengalihkan pandangan kemudian berlari menjauh darinya

Dia tertanya-tanya pada dirinya adakah dia melakukan kesalahan besar hingga gadis itu menghidari dirinya.

Kalau ada pun itu hanya cuma tentang dia mencuri ciuman dari gadis itu tapi menurutnya itu hanya perkara biasa yang dia lakukan untuk menyakat Yuju.

Jungkook menghampiri Yuju yang sedang duduk di kerusinya di dalam kelas mereka. Di dalam kelas itu hanya ada Yuju dan Juga dirinya.

Saat ini jam rehat jadi tidak ada seorang murid pun kecuali Yuju yang memang sedang malas ke kantin.

Yuju yang sedar kelibat Jungkook hanya mengabaikan lelaki itu. Dia masih sakit hati pasal gambar Jungkook dengan perempuan yang tidak dikenalinya itu.

“ Kenapa kau sejak balik dari rumah aku macam mengelak dari aku je?” Soal Jungkook, dia terasa diabaikan sekarang ini.

“ Mana ada. Biasa je.” Elak Yuju tidak memandang wajah Jungkook. Gadis itu lebih memilih memandang mejanya yang kosong.

“  Habis kenapa kau selalu lari setiap kali kita terserempak. ” Soal Jungkook tidak puas hati dengan jawapan Yuju berikan.

Yuju mengangkat muka memandang Jungkook dengan tidak rela hati “ Ini saya elok je bercakap dengan awak. Saya tak lari pun kan. ”

Jungkook duduk di kerusi di samping Yuju. Lelaki itu memandang serius wajah Yuju.

“ Habis tu  kenapa kau tak balas chat aku, ” Soal Jungkook tetap pada pertanyaan dia yang asal. 

“ Saya malas layan awak. ” Jawab Yuju malas. 

Jungkook ingin membalas tetapi terhenti ketika mendengar ucapan Yuju. “ Lagipun saya bukan penting pun dalam hidup awak kan, buat apa lah awak nak ambil kisah. Membazir masa awak je.”

Jungkook tercegang menatap Yuju dengan wajah binggung.  

“ Apa maksud kau?”  Tanya Jungkook dengan dingin. Dia menatap Yuju penuh selidik dan  dibalas dengan tatapan tajam Yuju. Aura gadis itu berbeza dari biasanya.

“ Awak faham  maksud saya kan, saya tahu awak tak bodoh Jeon Jungkook. ” Ucap Yuju tajam.  Dia tidak mahu lagi kelihatan lemah dihadapan Jungkook yang suka bersikap semahu lelaki itu.

“ Apa yang kau merepek ni ? Kau kena rasuk dengan hantu ke apa?” Ucap Jungkook yang tidak faham akan perubahan sikap gadis sejak pulang dari rumahnya. 

“ Aah saya memang merepek pun jadi baik awak pergi je dari sini. Lagi pun awak kan tak suka masuk kelas buat apa ada dekat sini. ” Sindir Yuju panjang lebar.

“ Sekarang kan waktu rehat mana ada belajar. ” Balas Jungkook.

“ So pergi lah rehat dengan yang lain buat apa cari saya? Awak kan benci tengok muka saya kan.” Ucap Yuju sarkas.

Jungkook mengacak kasar rambutnya hingga rambut nya jadi kusut. Jujur sahaja dia rindu pada Yuju yang cerewet. Kenapa seminggu ini sikap gadis itu jadi pelik.

“ Aku tak tahu kau kenapa tapi tolong jangan mengelak dari lagi aku okey.  Kalau aku ada salah bagitahu aku jangan mengelak dari aku.” Ucap Jungkook lembut.  Dia mengusap lembut anak rambut Yuju.

Maafkan aku yuna_ya,  Aku sedar aku terlalu kasar dengan kau sejak kita jumpa semula itu semua sebab aku kecewa kau tak pernah bagi khabar tentang kau pada aku sejak kau pindah ke Malaysia.”  Sambung Jungkook kembali tanganya beralih dari anak rambut Yuju pada pipi gadis itu.

MCIME 1@2 (Ff Jungkook)Where stories live. Discover now