Sara perlahan-lahan membuka matanya apabila terasa ada renjisan air di mukanya. Dia terkejut apabila melihat muka harraz betul2 di depan mukanya sambil tersenyum sinis.
Di cuba utk bangun tetapi dihalang harraz, harraz duduk disebelah sara manakala sara terbaring di katil.
"Kau nak apa hah jantan?!!!" Jerit sara apabila harraz mendekatkan mukanya ke sara. Hilang sudah hormat sara kpd harraz.
"Huh. Kau tanye aku nak apa?? Hei aku nak kaulah. Dah lama aku perhatikan kau tau." Kata harraz sambil tersenyum nakal.
Sara cemas dia cuba berfikir utk bertindak. Tangannya pantas menolak bdn harraz sekuat hati. Apabila harraz jatuh dia cepat2 turun dari katil dan berlari ke arah pintu.
Tetapi harraz lebih pantas memeluk sara dari blkg. Dia menarik sara ke katil semula.
"Tolong2!!" Jerit sara kuat.
"Kau jeritlah kuat mana pun takde org dengar." Kata harraz sambil tergelak kuat. Dia terus mengikat tangan sara di kepala katil. Air mata sara sudah mula mengalir.
Ting tong, ting tong. Bunyi loceng bilik tersebut. "Eh dorang dah sampai ke awalnya." Kata harraz dia terus menekup mulut sara yg asyik menjerit. Terus dia mengikat mulut sara dgn kain.
Bukak saja pintu."Aik takde org." Kata harraz sendirian. Dia pelik. Baru sahaja dia hendak menutup pintu. Tiba2 ada org yg menendang pintu dari luar. Terus terjatuh harraz dek tendangan yg padu itu.
Harraz sangat terkejut. Dia cuba utk bangun tetapi satu tumbukan padu singgah ke pipinya. "Shit sape mamat ni." Maki harraz dlm hati. Pintu ditutup kasar.
Harraz teguk liur, sape mamat ni muka mcm singa kelaparan. Bengis semcm. Belum sempat harraz berkata apa2 dia ditumbuk sekali lagi. Habis pecah bibirnya. Darah mengalir keluar.
"Berani kau sentuh sara? Dia aku punya sorang!! Kau jgn mcm2 baik kau blah skrg. Sebelum aku jadi pembunuh. Kau berhambus skrg." Kuat suara itu menjerkah harraz.
Apa lagi harraz pon angkat kaki tp sempat diberi amaran kpd lelaki yg memukulnya td.
"Kau tak kenal aku sape. Takpe hari ni hari kau, esok lusa hari aku pulak." Kata harraz dgn benggangnya. Dia terus melangkah keluar. Pintu itu hanya dibiarkan rapat.
"Ya Allah siapa lelaki yg dah bantu aku ni?" Soal sara sendirian. Dia sangat bersyukur kerana ada lelaki yg menyelamatkannya. Tp bila tgk gerangan siapakah hero itu.
"HAIRI!!!!!" Hati sara menjerit kuat. Lelaki ini, lelaki yg pernah mengingatkan dia tentang peristiwa hitam dulu. Sungguh dia tidak menyangka hairi tahu dia di sini.
Hairi dtg menghampiri sara. Dia melihat sara dgn pandangan penuh kesedihan. Dia tak sanggup tgk diri sara disakiti. Mulut sara diikat, tangannya juga diikat pd katil. Lantas dia membuka ikatan tersebut.
Belum sempat hairi berkata-kata, terus sara memeluknya. Sara menangis semahu-mahunya di bahu hairi. Dia merasaka bahawa hairilah penyelamat dia hari ini.
Hairi hanya mengusap lembut blkg sara. Dia bersyukur sangat dgn tindakannya yg mengekori sara ke hotel selepas mendengar rancangan ariz. Kata ariz, hana sangat risaukan sara jika dia ada appointment dgn customer lelaki lagi2 di hotel berduaan.
Selepas sara reda, dia terus merungkaikan pelukan. Malu dia dgn hairi. Dia lupa org yg dipeluk itu lelaki. Dia memandang muka hairi dgn penuh hiba. Dia tidak sangka lelaki yg dia fikir jahat itulah yg menyelamatkannya.
Hairi yg duduk dihadapan sara mengelap air mata sara dgn ibu jarinya. Sara hanya membiarkan sungguh dia terhutang budi dgn hairi. Sara tersenyum tp tidak lama apabila ......
Tok tok tok... pintu diketuk dari luar. Disebabkan pintu itu tidak rapat, apabila ditolak pintu itu terus terbuka luas.
"Assalamualaikum kami dr jabatan agama Islam." Kata seorg drpd lelaki yg berkopiah itu. Terkedu hairi dan sara.
"Astaghfirullahalazim" kata lelaki td apabila melihat kedudukan hairi dan sara yg rapat dan tangan hairi yg berada di pipi sara.
"Kamu berdua ni dah berkahwin?? Kalau dah sila tunjukkan kad kahwin kamu." Arah lelaki td.
Hairi cepat2 mengalihkan tangannya dari sara. Dia tak tau mahu cakap apa. Sara memandang hairi dgn wajah yg semakin kusut dan sedih.
______________________________________
Sorrylah kalau byk silap eja or ayat tak betul sebab saya buat sebelum tido so ngantuk sikit. Btw enjoy your reading. Teruskan vote.

YOU ARE READING
I'm Not Lesbian
RomanceHidup Sara dan Hana menjadi lebih rapat selepas suatu insiden terjadi. Hubungan mereka yg sangat rapat membuatkan ibu Hana risau. Ibu Hana bercadang untuk memisahkan sedikit hubungan mereka. Nak tahu selanjutnya sila lah baca cerita ni. Cerita ni t...