01 : Permulaan

1.1K 82 17
                                    

  

Park Jihyo's

AKU dan kawan-kawanku terdiam sambil mendengar pengurus Park memarahi kami.Kami hanya menunduk, tidak berani memandang muka Pengurus Park yang masam. Jarang sekali kami dimarahi sebegini rupa.

Katanya jangan selesa sangat dengan populariti yang kami ada sekarang. Mungkin dia perasan yang kebelakangan ini prestasi kami semakin merosot dan hanya duduk bermain telefon sahaja.

Sepatutnya aku menegur mereka agar berlatih dan tidak terlalu leka membuang masa. Tetapi entah mengapa Dahyun, Chaeyoung dan Momo yang dimarahi dengan teruk sekali.

" Saya akan rampas telefon kamu semua untuk sementara waktu dan kamu semua tidak boleh keluar ke mana-mana " Aku mengeluh. Sudah pasti nanti kami akan mati kebosanan di sini.

" Kamu semua boleh balik ke bilik masing-masing sekarang " Kata pengurus Park. Kami saling menunduk hormat. Lalu dia beredar pergi. Aku memerhati Dahyun, muka dia tampak dingin.

" Jihyo? " Kepala menoleh ke arah Mina.

" kenapa.. "

" Termenung apa? Jomlah masuk ke bilik " Baru aku perasan hanya tinggal Aku, Mina, Chaeyoung dan Dahyun di dalam bilik dance pratice ini. Kepala mengganguk perlahan dan melihat ke arah Dahyun dan Chaeyoung.

" Dahyun dan Chae mari masuk ke bilik. Korang berdua jangan ambil hati sangat dengan pengurus Park, bukan korang je yang bersalah dalam hal ni "

" Chae tak ambil hati sangat dengan pengurus Park. Chae rasa hari ini mood dia macam tak baik sangat " Kata dia.

Dahyun mengganguk lalu dia tersenyum nipis.

++

" IM like TT, Just like TT "

Aku menyanyi kecil, asyik menyanyi lagu orang, lebih baik menyanyi lagu sendiri. Mata melihat ke arah jam, pukul lapan malam. Hari ini bangunan JYP ENT terasa sunyi pula.

" Sampai bila kita nak mereput? Bosan tahu tak bila tidak ada telefon! " kata Nayeon-unnie. Sebagai balasan kami semua hanya berdiam diri.

Aku pun tidak tahu mahu cakap apa. Kami semua melihat ke arah Dahyun yang baru sahaja datang dari bilik dan mendengar Nayeon-unnie bertanya kepada Dahyun apa yang dia buat di dalam bilik.

" Mandi... " kata Dahyun lalu dia duduk diantara Jeongyeon-unnie dan Momo-unnie.

Kami sedang berkumpul di ruang tamu dorm. Hanya tujuh orang sahaja yang berada di sini. Chaeyoung mungkin pergi mandi tetapi Sana terus masuk ke dalam bilik sebaik sahaja tiba di dorm.

Dorm kami terletak di tingkat paling atas JYP ENT . Bangunan ini hanya mempunyai lima tingkat. Disebabkan kami kumpulan yang masih baru, JYP menyuruh kami untuk tinggal di dorm ini. Kumpulan lain semuanya tinggal di dorm yang berada di luar bangunan.

Tetapi ada juga kumpulan lain tinggal di sini untuk sementara kerana terlalu sibuk membuat persediaan comeback.

" Dahyun okay ke? " Mina bertanya memecahkan kesunyian.

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now