19 : Dorm

486 47 22
                                    




Park Jinyoung's

Aku berlari laju ke arah tangga dan berhenti di balkoni tingkat 4. Tadi tu, Chaeyoung ke? Siapa yang menjerit tadi? Jaebum tiba-tiba berhenti di sebelah aku, cemas semacam.

"Kenapa?," Tanya aku pelik.

"Momo?! Mana Momo?!" Dia berkata kuat. Baru aku perasan yang Momo tiada dengan kami. Tadi tidak silap Momo pun ikut kami berlari. Betul, aku pasti tadi dia ada di belakang kami.

" T-tadi dia bukan dengan kita ke?" Nice, masalah lagi.

" Aku nak pergi cari dia.." Kata Jaebum. Dia seperti mahu menangis pula. Aneh, Momo baru sahaja hilang dan dia berasa sangat sedih. Aku patut fikir positif, bahawa yang Momo hanya pergi ke tandas sebentar.

"Apa kata kita tunggu dekat sini sekejap, mungkin dia pergi ke tandas?" Aku cuba memastikan Jaebum. Dia hanya mengangguk setuju dan kami duduk sebentar disini.

Terlupa pula tentang tadi. Siapa yang menjerit? Mungkin Chaeyoung, tetapi dia masih hidup ke? Kenapa lah kami boleh duduk disini, sepatutnya pergi mencari Chaeyoung dan suara yang menjerit tadi.

Hampir 10 minit berlalu, Momo tetap tidak muncul.

"Jaebum.. Apa kata kita berpecah? Kau kan kuat, dan aku pun boleh lindung diri aku," mata dia aku tatap serius.

" Aku pergi cari Chaeyoung dan kau pergi cari Momo, kalau ada apa-apa jerit" sambung aku lagi. Dia terus berlalu pergi meninggalkan diri ini berseorangan. Sempat juga dia berpesan kepada aku untuk berhati-hati.

Sekarang ni nak buat apa? Aku turun ke tingkat 3 dan pergi ke bilik stor disitu.

Disini, disini lah kali terakhir aku cakap dengan Bambam. Aku sangat rindukan budak itu sekarang. Haih, baik aku cari siapa dalang kepada semua ini. Rasa sedih dan menyesal tidak diperlukan buat masa ini.

Gunting yang berada di atas lantai dikutip. Bahaya betul, macam mana kalau terpijak tadi? Bunyi pintu di tolak membuatkan aku terkejut, segera kepala ditoleh ke arah pintu. Tiada siapa disini, mungkin khayalan aku sahaja.

Aku jalan ke luar bilik stor, baru perasan ada kertas di tampal di depan pintu. Lantas tangan di angkat mencapai kertas itu.

Kau takkan dapat tahu siapa aku, bukan boleh percaya sangat orang sekeliling kau. Semua plastik. Mayat Dahyun? aku dah simpan elok-elok. Tak perlu risau. Risau kan diri kau yang akan dibunuh sekejap lagi..

Ada hati nak ugut aku konon. Fikir aku takut? Pengecut, kalau kau berani sangat, tunjuklah diri kau cepat. Mata aku ligat memandang sekeliling. Semestinya pembunuh itu berdekatan dengan aku sekarang.

Bunyi hentakan pintu di bilik hujung membuatkan aku terkejut. Lantas aku pergi ke sana. Sekali lagi, ada kertas di tampal di depan itu.

Cari aku ke? Maaf lah aku licik, jadi kau susah nak jumpa aku. Kita mungkin akan berjumpa bila tiba masa kau untuk mati.

Kedua-dua kertas itu aku masukkan ke dalam kocek seluar. Nanti kalau jumpa Jaebum, bolehlah tunjuk pada dia.

++++

Sudah 20 minit aku mencari Chaeyoung tetapi tiada hasil juga. Kaki yang sudah terasa lenguh aku urut perlahan. Perut juga berkeroncong minta diisi, mungkin sebab aku tidak makan sejak petang.

Pintu dorm aku tolak, tiada tenaga lagi. Apa yang berada difikiran sekarang hanyalah makanan, makanan dan makanan.

Kerusi ditarik sambil tangan kiri aku meletakkan makanan dan air ke atas meja. Fikiran mula melayang memikirkan yang baru sahaja bulan lepas kumpulan kami dan Twice bertemu di acara musik. Masing-masing dalam keadaan sihat dan gembira, tidak terlintas langsung dalam fikiran yang semua ini akan berlaku.

Selera makan sudah hilang di ganti dengan perasaan takut dan sedih. Takut dengan apa yang bakal terjadi dan sedih dengan apa yang telah terjadi.

Apa yang orang akan cakap nanti? Ahli Twice sekarang hanya tinggal 2 orang, kumpulan kami juga sudah hilang seorang. Apa yang syarikat nak bagitahu dekat pihak media dan peminat?

Kepala aku sandarkan di kerusi, melihat ke arah siling yang putih. Nanti pun aku akan mati ke?

Memikirkan hal itu sahaja sudah mampu membuatkan badan aku terasa lemah, seperti tiada harapan lagi untuk hidup. Telefon bimbit Bambam yang berada di atas meja aku ambil.

Membuka galeri untuk melihat gambar-gambar kami, tetapi lain pula yang aku jumpa. Video Jeongyeon?

++++

Air mata aku kesat dengan kasar, terasa dunia ini sungguh kejam. Video Jeongyeon yang aku lihat tadi begitu sedih. Nampaknya dia berada di sini juga tadi. Video ini dirakam 35 minit yang lalu.

Aku juga sudah buat video yang sama seperti Jeongyeon. Surat Nayeon dan dua kertas daripada pembunuh itu aku ambil bersama dengan telefon. Sekarang, kertas dan telefon ni nak letak mana?

Aku mula mencari tempat untuk menyembunyikan telefon Bambam. Satu persatu bilik diperiksa. Apabila aku membuka pintu bilik utama, aku terkejut kerana Jeongyeon sudah mati terbaring di lantai manakala mayat Sana masih dalam keadaan yang sama.

Bilik itu dipenuhi dengan darah Jeongyeon, badan kaku di depan pintu. Dunia seakan terhenti. Akhirnya aku jatuh terduduk, masih tidak percaya apa yang berlaku sekarang.

Apa yang aku nak buat sekarang ni? Bunuh diri? Lari? Cari pembunuh tu? Mungkin pilihan pertama yang terbaik.

-----
Hey, pada siapa yang tak faham bila Jeongyeon rakam video kat phone bambam tu, ada kat chap 17 tapi bahagian yang dia jumpa phone tu dia ada kata " mungkin ini sahaja aku mampu buat..." Video ni dia ada buat tapi tak ditulis k.

So, apakah keputusan yang akan dibuat oleh Jinyoung?

- syushimochi

Happy 2k KILLER ❤️✨

Author tak sabar nak tunggu TWICE comeback
What is love? Love is TWICE! 💕🌸

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now