No one' sJEONGYEON mendekati pintu dan membukanya perlahan-lahan. Hilang resah di hatinya apabila melihat Momo yang berdiri kaku di hadapan pintu. Muka muram sahaja. Tidak menunjukkan sebarang emosi.
Dengan secara tiba-tiba dia memeluk Jeongyeon erat lalu menangis perlahan. Jeongyeon terkejut pada mulanya. Tetapi membalas pelukannya dan cuba memujuknya bertenang.
Dia menarik Momo perlahan-lahan duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Hasratnya untuk bertanya kepada Momo terhenti apabila pintu utama terbuka.
Rasa gelisah datang menyelubungi gadis itu,tetapi tenang semula apabila kelibat Jinyoung dengan yang lain kelihatan. Mereka semua mula masuk dan duduk di ruang tamu.
Momo yang tadinya memeluk Jeongyeon terus meleraikan pelukannya dan duduk seperti biasa. Jeongyeon memandang malas kepada mereka yang lain.
Hatinya masih sakit kerana mereka tiba-tiba sahaja tinggalkan dia dengan Sana di dorm. Bukan nak kejut." Korang pergi mana tadi? " Soal Jeongyeon dingin.
" Tadi kitaorang cari Bambam " Kata Jaebum.
" Maaf semua. Tadi a-aku cuma nak cari Nayeon-noona. T-tapi aku buat korang semua risau pula " Bambam menunduk. Hatinya berasa bersalah kerana buat orang risau pasalnya.
" Tak apa bukan salah kau pun Bambam. Aku minta maaf Jeongyeon. Sebab tak kejut tadi. Kau dan Sana nampak penat. Jadi aku taknak lah nganggu korang tidur tadi " Kata Jaebum.
Jeongyeon hanya mengganguk. Dia taknak disebabkan hal kecil sahaja menyebabkan mereka bergaduh. " Sana dah okay? " Soal Jinyoung.
" Entahlah dia dari tadi tidur, aku taknak ganggu dia tidur " Jeongyeon tersenyum kelat. Aneh, dari tadi Sana tidur. Mungkin dia penat sangat lagipun dia sakit.
" Lagipun tadi dia tak sihat. Muntah-muntah. Aku taktahu kenapa dengan dia. Demam rasanya. Jom tengok dia " sambungnya lagi.
Yang lain hanya mengangguk setuju lalu mereka semua berjalan ke bilik. Jeongyeon terus meluru ke arah Sana, dia nak bagi Sana minum air. Dahyun mengejut Sana, dia mengoncang perlahan badan Sana.
Tetapi Sana langsung tidak bergerak. Mereka semua memandang satu sama lain. " Cuba kejut dia sekali lagi " kata Jaebum serius. Dahyun, Chaeyoung dan Momo cuba mengejut Sana sekali lagi.
Jawapannya tetap sama. Sana masih tidak bangun. Jinyoung meluru ke arah Sana dan memegang pergelangan tangan Sana memeriksa denyutan nadi.
" D-dia dah m-mati " Jinyoung berkata cemas. Lelaki itu menjadi kaku sebentar. Terkejut dengan keadaan sekarang. Dia tidak sangka yang Sana sudah mati.
Yoo Jeongyeon's
" K-kau tipu Jinyoung! T-tak mungkin dia dah mati " Aku cuba memeriksa denyutan nadi Sana. Aku menahan air mata sehingga muka sudah berubah merah. Tidak sangka Sana di bunuh dalam diam.
" Patutlah muka pucat. Badan dia pun jadi sejuk... " Kenapa aku tak perasan semua ni? Chaeyoung sudah mula menggoyang badan Sana kasar. Mata dia pun merah.
YOU ARE READING
KILLER | TWICE [editing]
Mystery / Thriller" Who is the killer? " - " Aku minta maaf " " Aku harap aku dapat bagi kau rasa kesakitan aku untuk seketika. Bukan untuk menyakitkan kau tetapi untuk kau faham betapa sakitnya aku " - Start : 20/12/17 End : - WRITTEN by @Meenallint & @intnnana Hi...