20 : Bunuh diri

544 56 22
                                    





Park Jinyoung's


Ceh, ingat aku nak bunuh diri aku ke? Aku masih sayang dekat diri ni. Bak kata RM - Love myself, love yourself.

Jadi, aku membuat pilihan untuk letakkan telefon dan kertas di sebelah Sana. Pasti pihak polis atau siapa-siapa akan perasan punya, cuma aku perlu berharap supaya pembunuh tu takkan masuk ke dalam bilik ini.

Selimut aku tarik sehingga betul-betul menutup seluruh permukaan katil ini. Langkah juga dibesarkan supaya tidak terpijak mayat Jeongyeon yang kini sudah ditutupi dengan selimut. Tidak sanggup mata ini melihat mayat mereka berdua dibiarkan sahaja begitu.

Cepat-cepat pintu bilik ditutup rapat. Tolonglah, jangan pembunuh tu masuk ke dalam bilik ni, kalau tak habislah bahan-bahan bukti tu.

Sebaik sahaja aku pandang ke arah belakang terus badan terlompat kecil melihat Jaebum berdiri di dapur. Mata tajam memerhatikan aku. Sejak bila dia kat situ?

" Jaebum, sejak bila kau duduk kat situ?" Aku bertanya, masih tidak berganjak dari kedudukan tadi.

"Tak penting, kau lapar ke? Kenapa tak makan?" Makanan yang tidak diusik sejak tadi dia angkat, menghulurkannya kepada aku.

Muka dia sama seperti tadi, masih tiada sebarang emosi. Kalaulah dengan pandangan mata boleh membunuh, rasanya aku dah mati sekarang.

" Jomlah makan sama-sama, aku tahu kau pun lapar jugakkan?" Dia mengangguk sambil membuat isyarat tangan supaya aku mendekatinya.

Jujur kata, Jaebum nampak menakutkan. Segala pergerakan badannya serba tidak kena. Baru sahaja tadi air yang diambilnya tumpah.

"Kau okay ke Jaebum?"

"Hmm" dia makan tanpa memandang ke arah aku. Kalau tadi aku masih boleh tahan, sekarang aku betul-betul musykil kenapa dengan dia ni.

"Kenapa dengan kau ni? Kau tak jumpa Momo dan Chaeyoung?"

" Tak, aku nak cakap sesuatu dengan kau" Aura-aura gelap kian terasa. Situasi seakan semakin menegang di antara kami. Aku hanya mendiamkan diri menunggu apa yang ingin diperkatakannya.


++++


No one's

Keadaan sunyi di Cafe membuatkan diri Chaeyoung ketakutan. Bergelut dengan tali yang mengikat kaki dan tangannya. Sekali-sekala kepala terhantuk dengan meja.

Air mata membasahi pipi gadis itu lagi walaupun sudah dicuba untuk ditahan. Dalam keadaannya yang begini, siapa sahaja yang tidak takut?

Sedar-sedar sahaja diikat di dalam Cafe yang gelap dan sunyi, di bawah salah satu meja-meja di dalam ini. Dia menyesal kerana terlalu terikut dengan emosinya. Kalau aku tak lari mesti semua ni tak jadi. Itu yang terfikir oleh gadis kecil yang masih bergelut.

Gadis itu mula meronta meminta pertolongan walaupun mulutnya ditutupi dengan pita pelekat. Terasa dirinya bertuah kerana ikatan tadi semakin melonggar dan akhirnya melepaskan tangannya.

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now