15 : Emosional

505 53 9
                                    


Yoo Jeongyeon's

SEBAIK sahaja aku selesai bercakap dengan Bambam, segera kaki berlari anak untuk mencari Chaeyoung. Budak ini lah, tak takut ke? Macam mana kalau nasib dia pun macam Jihyo?

Aku tak nak kawan aku mati lagi. Cukuplah, langkah kaki aku terhenti apabila ternampak kelibat orang di tangga. Lengkap berpakaian hitam.

Tangga didekati tetapi tiada apa-apa. Aku penat sangat mungkin. Disebabkan malas. Kaki melangkah turun ke lobi menggunakan lif walaupun aku tahu, lif ini lah yang aku tendang bagai nak gila.

Sampai sahaja di lobi, susuk tubuh Jinyoung kelihatan. Dia sedang duduk termenung di sofa sambil mengurut kepalanya. Bila difikirkan semula, tak pasal-pasal dia pun terlibat sama dengan apa yang berlaku.

" Hey... " pandangan dia teralih ke arah aku. Sapaan hanya dibalas dengan anggukan kecil. Aku duduk di sebelahnya tetapi tidak terlalu rapat. Badan disandarkan di sofa. Bestnya kalau dapat tidur. Buat beberapa minit, kami hanya membisu.

Peliknya, takkanlah yang lain tak turun ke lobi langsung? Lantaklah. Yang pasti, mereka pun mesti penat. Selepas sahaja latihan kami dimarahi Pengurus Park, tidak sempat nak berehat Sana pula pengsan. Lepastu ini pula yang berlaku.

" Jinyoung? "

" Apa? "

" Aku... Aku tahu kau penat dengan apa yang berlaku. Aku minta maaf " Tak tahu mengapa aku rasa bersalah walaupun semua yang berlaku ni bukan salah aku. Mata di pejam rapat. Tidak pasti dengan reaksinya memandangkan tiada bunyi yang terhasil.

Perlahan aku buka mata memandangnya. Tiada emosi, mata dia tajam memandang aku. Mulut dia terbuka mahu berkata sesuatu tetapi terganggu dengan kehadiran Jaebum.

" Korang! Da-dahyu- " Dia panik.

" Duduk dulu, cakap perlahan-lahan " Jaebum terdiam mengikut arahan Jinyoung. Dia duduk di hadapan kami. Kenapa agaknya?

" Dahyun dan Bambam dah mati " membulat mata aku memandang ka arah dia. Jinyoung mengeluh berat. Buat seketika rasa sedih di hati tidak terasa. Aku dah hilang 7 orang kawan pada hari yang sama.

Aku membisu, air mata pun sudah tidak mahu keluar. Jinyoung menekup mukanya. Jaebum di hadapan resah melihat reaksi kami. Terus sahaja berdiri tegak.

" Mana mayat dorang? " Jaebum di lihat dingin. Dia pandang ke arah aku segera berdiri.

" Kat bilik staf, tetapi mayat Dahyun ada depan bilik pengurus " Dia berjalan diikuti aku dan Jinyoung. Sepanjang perjalanan, hanya kesunyian yang menemani kami.

++

AKU, Jaebum dan Jinyoung duduk bersila di koridor. Bukan ada orang nak lalu pun. Apa yang berlaku tadi memang menghairankan. Sampai sahaja di bilik staf, hanya mayat Bambam yang kelihatan. Dahyun? Mungkin sudah di heret.

" Aku pasti, tadi mayat Dahyun ada kat sini " Jaebum sedaya upaya ingin memastikan kami. Muka dia merah, malu ataupun marah. Entahlah.

" Habistu mana mayat dia?! Kesan heret pun takda " Jinyoung membalas serius. Aku rasa dia badmood. Dari tadi masam.

" Mungkin pembunuh tu angkat dia. Kita tak tahu! " Suara Jaebum meninggi. Bahu Jaebum aku pegang, membuat isyarat supaya bertenang.

" Jinyoung, sudahlah " Muka lelaki itu dilihat sekilas. Apa lah yang nak jadi. Takkan pasal ni pun nak gaduh. Kami terdiam sebentar.

" Sekarang ini yang masih hidup hanya 5 orang " Terhenjut bahu aku mendengar suara Jinyoung secara mengejut setelah lima minit kami membisu.

" So? " Muka Jaebum dilihat. Haih, cari pasal betul. Daripada cara percakapan dan mimik mukanya seperti mahu bergaduh tetapi Jinyoung hanya menghiraukan dia.

" Kita bertiga ada kat sini. Mana Momo dan Chae? " Betul juga. Aku terlupa pasal Momo dan Chaeyoung.

" Kalau pembunuh tu ada di antara kita— "

" Apa yang kau cuba cakap ni? " Merah muka aku menahan marah. Panas hati aku bila isu ini dibangkitkan kembali.

" Jeongyeon, kau kena percaya juga. Siapa lagi yang ada dalam bangunan ni? Diorang pun takda sekarang ni " Jinyoung menekan suaranya. Marah.

" Aku tak percaya! Kitaorang kawan takkan sanggup nak bunuh sama sendiri! Habistu apa yang terjadi kat Bambam ini salah siapa?! " Laju aku bangun berlari meninggalkan dua orang lelaki itu. Aku tak percaya! Baik aku pergi cari Momo dan Chaeyoung.

++

Park Jinyoung's

JEONGYEON sudah lama menghilang daripada pandangan mata. Aku tak faham betul dengan perempuan. Emosional sangat. Aku cuma cakap benda yang betul.

Aku tak rasa nak halang dia. Dia tahu apa yang dia buat. Lagipun, aku dah letih. Pintu di bangunan ni semua di kunci. Macam mana kami nak keluar. Mustahil.

Aku bangun meninggalkan Jaebum yang sudah tertidur di situ. Aku malas nak kejut dia, pandai-pandailah hidup. Jam tangan menunjukkan pukul 2.15 pagi. Lama juga Jeongyeon dah pergi. Kemana dia agaknya?

Langkah kaki yang berat digagahkan juga masuk semula ke bilik staf. Mayat Bambam masih terbaring dalam keadaannya. Air mata yang ingin mengalir diseka. Macam ni rupanya perasaan Jeongyeon.

Macam mana kau boleh tewas Bambam? Dia seorang perempuan bukan? Atau mungkin pembunuh itu seorang lelaki, tetapi mengikut apa yang Sana cerita, seorang perempuan. Aneh, di mana pembunuh itu sembunyi sekarang? Tahu-tahu sahaja Dahyun telah dibunuh. Licik betul. Lepas ni siapa pula yang akan jadi mangsa dia?

++
Hint detected ✔️ Sorry upd lambat. Esok pea upd lagi 🌻

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now