Yoo Jeongyeon'sSELESAI mandi, terus sahaja katil menjadi sasaran. Badan yang lenguh di urut perlahan. Kami mengambil keputusan untuk menunggu hari esok sahaja. Lagipun masing-masing takut untuk keluar daripada dorm.
" Jeongyeon? " Tiba-tiba suara Momo kedengaran.
" Hm? " Aku mengiringkan badan ke arah dia. Tetapi dia hanya menggeleng kepala dan terus tidur membelakangi aku. Dia seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Lebih baik aku tidur, dia penat agaknya.
++
Bambam's
JINYOUNG dan Jaebum-hyung dilihat lama. Kenapa aku tidak boleh tidur ni? Aku tersenyum sebaris kepada Chaeyoung yang keluar ke dapur. Mungkin untuk membasuh cawannya kerana dia membawa cawannya sekali.
Haish! Aku tidak boleh tidur. Pintu dorm diperhati gelisah. Nak pergi ke tak? Aku nak pergi cari Nayeon-noona. Diorang kata dia dah mati. Tidak lagi belum tahu dia dah mati ke belum. Sudahlah masing-masing kecut untuk keluar.
Selepas memastikan Chaeyoung masuk ke bilik semula, terus aku curi-curi keluar. Maafkan aku hyung. Aku tak nak terus duduk dalam dorm ni macam ini.
++
JANTUNG terasa berdebar-debar. Sunyi di sini. Lif ditekan supaya turun ke lobi. Sepanjang berada di dalam lif aku cuba memikirkan jalan untuk keluar.
Bukan tidak mencuba untuk mencari Nayeon-noona, tetapi seperti apa yang mereka kata. Dia memang sudah mati. Terus sahaja aku mengambil keputusan untuk mencari bantuan.Dahyun mesti terasa apabila Jaebum menolak cadangannya. Aku berkira-kira ingin mengajak Dahyun sekali tadi. Tidak jadi pula apabila memikirkan yang dia mungkin sudah tidur.
Pintu utama JYP ENT aku tarik sekuat hati. Seperti yang Jinyoung-hyung cakap, ianya memang sudah di kunci. Lobi yang luas ini dilihat. Tiada apa-apa yang boleh digunakan.
Hampir dua minit aku kaku berdiri di hadapan pintu akhirnya mengambil keputusan untuk guna penukul yang berada di dalam stor. Segera kaki berlari ke tingkat tiga.
" Hah, jumpa pun! "
Senyuman lega terus terukir di bibir. Tukul diangkat tinggi. Terlompat-lompat aku untuk mengelak daripada terpijak darah-darah yang berada di sini. Ianya sudah mula mengering dan mengeluarkan bau yang hanyir dan busuk.
Lagi selangkah sahaja untuk aku jalan menuruni tingkat tiga, ada bunyi seretan di tingkat empat. Kepala di dongakkan tinggi memandang tingkat atas. Siapa lagi yang tidak tidur sekarang ni? Bilik stor terus aku masuk dan bersandar di pintu membiarkan terbuka sedikit. Pembunuh itu mungkin?
" Kesian kat kau. Tidak pasal terlibat sama, padan muka. Siapa suruh kerja overtime? " Suara seorang gadis kedengaran, walaupun kedudukan kami agak jauh dapat di dengar suaranya memandangkan sudah larut malam dan sunyi.
" Aish! Berat betul la kau ni! " Aku tahu yang dia mempunyai kesukaran untuk mengheret mayat itu, memandangkan bunyi dia terjatuh kedengaran.
" Aku sorang sahaja asyik
buat kerja, bodoh! "Siapa tu?
Setelah beberapa minit, dapat aku dengar langkahnya yang mula menuju di mana kedudukan aku sekarang. Alamak,macam mana ni? Pintu cuba di kunci, malangnya kunci bilik ini sudah rosak. Terpaksa aku menggunakan badan untuk menahan pintu.
" kesiankan kat korang sejuk ye?
Tak apa aku pergi ambil kain eh "Gadis itu mula ketawa. Entah di mana lawaknya pun aku tidak tahu. Tangan setia menutup hidung. Hanyir betul bau darah ni, rasa nak muntah pula.
Pintu yang ditolak kasar membuatkan aku secara tidak langsung tersepit di antara dinding dan pintu ini. Kesakitan yang terasa tidak diendahkan. Nasib baik aku kurus.Disebalik pintu itu, dapat dilihat dia sedang mencari-cari kain di dalam almari.
" Kejap! mana aku letak tukul tadi.
Sebelum ni macam ada kat sini? Hm? "Pergerakannya mula terhenti. Siapa dia ni? Aku tak boleh kenal dari tadi kerana hanya belakang dia yang mengadap aku. Lagipun bilik ini gelap. Macam mana nak cari barang gelap-gelap ni?
" Dah jumpa? "
Suara seseorang mengejutkan aku. Dia hanya berbisik. Suara.. Siapa?
" Ceh, baru sekarang nak muncul? "
Dapat aku rasakan gadis itu sedang menahan marah di sebalik suaranya. Muka yang ditutupi oleh topeng itu menyukarkan lagi untuk melihat muka dia.
" Aku tengah cari Bambam. Kau ada nampak dia?
Dia takda dalam dorm "Suaranya menjadi semakin panik. Selepas itu, mereka terus sahaja bergerak ke tempat lain. Aku menarik nafas lega apabila langkah kaki mereka sudah tidak kedengaran lagi.
Kenapa dia tu cari aku? Tak mungkin itu... Ah lupakan, aku tak sepatutnya buat andaian sendiri. Suara dia lain, ataupun itu kerana dia berbisik. Entah lah.
Tiba-tiba terasa menyesal pula keluar dari dorm. Seperti mahu menangis. Terlalu takut dengan keadaan sekarang. Ya tuhan kenapa aku main keluar sahaja dari dorm tadi. Itulah Bambam kau bukan nak fikir tentang pembunuh yang tengah bebas cari mangsa sekarang ini.
Aku fikirkan sorang saja pembunuh. Rupa-rupanya ada orang lain lagi. Terasa takut pula mahu keluar dari bilik stor ini. Muka diraup kasar. Aku masih bersandar di belakang pintu. Bila difikirkan balik,
Memang ada salah seorang daripada kami yang
sangat mencurigakan...Pintu yang ditolak secara tiba-tiba. Membuatkan aku terkejut lalu menjatuhkan tukul yang sedang dipegang.
" Kat sini rupanya kau... "
++
Seorang pembunuh atau ada dua pembunuh?! 👥🔪 🕵🏻
YOU ARE READING
KILLER | TWICE [editing]
Mystery / Thriller" Who is the killer? " - " Aku minta maaf " " Aku harap aku dapat bagi kau rasa kesakitan aku untuk seketika. Bukan untuk menyakitkan kau tetapi untuk kau faham betapa sakitnya aku " - Start : 20/12/17 End : - WRITTEN by @Meenallint & @intnnana Hi...