Son Chaeyoung'sKami berdua terkejut, riak muka jelas menunjukkannya. Masing-masing terdiam untuk beberapa saat. Nampaknya aku tidak boleh lari lagi kali ini.
" Tak sangka kita akan terserempak di sini.." Mahu sahaja dilempang muka dia yang tersenyum itu. Dia fikir ini menyeronokkan?
" Jangan dekat Dahyun " Mata mencerlung tajam ke arahnya. Jujur kata, siapa yang tidak takut? Dia sedang memegang pisau. Boleh sahaja dia menerkam dan mencederakan aku.
Sudahlah tiada apa-apa alat untuk melindungi diri. Langkahnya terhenti daripada mendekati. Kepala disengetkan memandang aku.
" Kau takut?...kau takut dengan aku? " Secara mendadak riak mukanya berubah menjadi sayu. Dapat dilihat mata dia mula berair.
" Ke-kenapa kau takut dengan aku? Aku cuma nak bersembang...kau tak nak? " Secara automatik kaki mengundur ke belakang. Tangannya mengacah-acah pisau itu kepada aku.
Mungkin dia tiada niat mahu berbuat begitu, melihatkan muka dan suaranya yang kedengaran sungguh ikhlas sekali. Dia seperti Dahyun yang seperti selalu, bukannya seorang pembunuh.
" Duduklah, aku ada banyak benda nak kongsi dengan kau " Dia mula duduk bersila sambil membuat gerakan tangan, meminta aku untuk duduk.
Aku hanya mengikut apa yang dia mahu. Sekarang mesti dia dalam keadaan yang tenang. Apa yang aku tahu, lebih baik jangan dicari fasal dengan orang yang sakit mental ini.
" Tak perlulah kau sedih sangat pasal Jaebum tadi...dia memang layak terima semua itu " Mulutnya terukir senyuman kecil.
" K-kenapa kau buat macam itu pada dia? "
" Dia khianat belakang kau semua, diam-diam dia bantu aku untuk membunuh...macam tu ke perangai orang yang baik? " Dia ketawa perlahan, cukup untuk hanya kami berdua dengar.
Betul ke apa yang sedang berlaku ini?! Tidak mungkin Jaebum khianat belakang kami.
" K-Kau tipu! "
" Tipu? Tch, kau tidak perasan lepas sahaja Jaebum dan Momo buat air apa yang terjadi dekat Sana?..." Keningnya terangkat, melihat aku dengan pandangan yang tajam.
Betullah apa yang aku teka sebelum ini, tidak sangka semuanya betul. Lelaki itu memang betul-betul terlibat. Bagaimana pula dengan Momo?
" Momo...dia pun terlibat sama ke? " Mukanya yang tenang berubah menjadi keruh, seperti tidak suka apabila nama Momo disebut.
" Kau tak perlu tahu! " Dia menjerit kecil.
"Oh—aku tak berniat " Segera Dahyun dipujuk. Takut-takut nanti pisau ditangannya ditusuk ke dalam badan ini. Tidak sanggup aku membayangkannya.
" Kalau macam tu...kenapa kau buat semua ini? " Tangan bermain-main dengan lengan baju. Tidak pasti sama ada ini adalah soalan yang bagus atau bukan.
" Kau tak payah sibuk dengan hal aku " mendatar sahaja suaranya.
" Habis tu sampai bila kau nak jadi macam ni?! " Laju sahaja aku bangun, terasa tidak selesa pula duduk bersama dia sekarang ini.
YOU ARE READING
KILLER | TWICE [editing]
Mystery / Thriller" Who is the killer? " - " Aku minta maaf " " Aku harap aku dapat bagi kau rasa kesakitan aku untuk seketika. Bukan untuk menyakitkan kau tetapi untuk kau faham betapa sakitnya aku " - Start : 20/12/17 End : - WRITTEN by @Meenallint & @intnnana Hi...