Son Chaeyoung's
Dari tadi aku berpusing-pusing di sekeliling bangunan hanya untuk ditemani oleh kegelapan dan kesunyian. Seperti semua orang dalam bangunan ini sudah tiada.
Darah juga banyak kelihatan, lagi-lagi kesan heretan. Takkan nak turun ke lobi pula?
Memanglah aku berjalan-jalan hampir ke seluruh bangunan, tetapi lobi memang bahaya sekarang ini. Mesti pembunuh itu berada di sana. Entah dia perasan ke tidak yang aku sudah hilang.
Pintu bilik pakaian dibuka. Banyak baju-baju yang ditaja dan acara istimewa berada di dalam ini. Sehelai gaun hitam menarik perhatian aku, cantiknya .
Wow, harga baju ini sahaja sudah boleh beli dua buah basikal. Hebat sungguh, daripada rupa baju ini semestinya yang paling layak memakainya adalah Tzuyu. Rindu pula pada dia.
Air mata yang ingin mengalir aku kesat segera. Niat aku masuk ke sini untuk menukar baju. Baju yang dipakai sekarang ini sudah lenjun dengan peluh dan penuh habuk.
Perlahan-lahan aku melihat satu-satu baju di dalam bilik ini. Hampir kesemuanya gaun sahaja. Bunyi tapak kaki yang berada di luar membuatkan aku tersentak. Suis lampu ditutup dahulu.
Kemudian, baju-baju yang sedang bergantungan aku tolak ke tepi lalu masuk mencelah. Nasib baiklah badan aku ni kecil. Senang sikit mahu menyorok.
Agak-agak bila sudah 5 minit bunyi itu tiada baru aku keluar. Jantung berdegup laju. Niat mahu menukar baju terus menghilang. Aku nak pergi dorang.
Mesti dorang semua ada disitu. Tadi pun, hampir semua tempat aku pergi tetapi tiada seorang pun yang aku jumpa. Jadi mungkin juga dorang ada di dorm sekarang ini.
++++
Pintu dorm dibuka. Bau hanyir membuatkan aku terdiam. Hati mula rasa tidak sedap. Semakin dekat aku mahu pergi ke ruang tamu semakin kuat bau hanyir.
Bau hanyir ini tersangatlah aku tahu. Ini bau hanyir darah. Tiba sahaja di ruang tamu badan aku menjadi kaku sebentar. Bersepah betul dorm ini. Ini dorm ke tempat pembuangan sampah?
Lantas kaki bergerak ke dapur. Lampur dapur di pasang. Oh tuhan! Dapur juga sangat bersepah d-dan ada darah disini! Apa yang terjadi semasa aku tiada?
Di mana mereka semua? Fikiran aku menjadi serabut. Siapa yang makan ni? Tidak reti kemas ke?
Kalau Jeongyeon-unnie nampak mesti dia marah. Sekarang aku rasa rindu pula kat dia.
Tanpa membuang masa aku mencari dari mana punca bau hanyir di dalam dorm ini. Bilik utama. Pintu dibuka laju.
Bila masuk je di dalam bilik, mata aku terus jatuh pada lantai. Ap-apa ini? Selimut yang melindungi sesuatu dibawahnya di angkat ke tepi.
Ap-apa?! J-Jeongyeon-unnie...
" I can smile as long as we're together "
++++
" Semoga korang tenang disana..." Air mata di pipi di kesat perlahan.
Semua ini punca dari aku. Kalau aku tak lari dari dorm mesti dorang masih hidup. Bodoh betul aku ni. Semua ini memang punca dari aku! Disebabkan aku, Jeongyeon-unnie dan Jinyoung mati.
T-tadi lepas aku nampak mayat Jeongyeon, terus sahaja aku lari keluar dari bilik. Masih tidak percaya apa yang terjadi. Lepastu aku saja masuk bilik yang lain.
Tidak sangka pula terjumpa mayat Jinyoung di bilik Momo-unnie dan Jeongyeon-unnie. J-jinyoung badan dia tiada luka. Mungkin dia di racun? Jeongyeon-unnie pula... Ada banyak luka di badannya.
Itu membuatkan aku berasa bersalah. Sebelum aku lari, masih aku ingat Bambam, Momo, Dahyun dan Jaebum juga masih hidup. Tetapi mana mereka? M-mungkin juga mereka sudah mati?
Harap-haraplah tidak. Kaki melangkah laju ke arah ruang tamu.
Agak-agak kemana mereka pergi? Adakah pembunuh itu dah tahu yang aku tiada di dalam Cafe lagi? Nanti mesti dia cari aku. Mana nak cari telefon? Kalau ada telefon pun mesti tiada talian.
Rasanya telefon mestilah ada kat bilik staf. Lebih baik aku pergi sekarang.
++++
No one's
Chaeyoung berhenti apabila merasakan dia seperti terlanggar sesuatu semasa berjalan masuk ke dalam bilik staf. Lampu di situ di pasang.
Alangkah terkejutnya gadis itu apabila ternampak mayat Bambam terbaring di lantai. Chaeyoung menjadi takut. Tangan kanannya menutupi mulut.
Gadis itu menjadi kaku dan cuba menahan tangisan. Seperti tidak percaya kerana tekaannya tepat bahawa Bambam sudah mati dibunuh.
Momo, Jaebum dan Dahyun juga sudah dibunuh ke? Terlintas itu difikirannya. Lantas dia ke arah meja staf. Telefon di atas meja di ambil lalu mendail nombor telefon tetapi hampa kerana tiada talian.
Banyak kali juga Chaeyoung mencuba tetapi hasilnya tetap sama. Bahunya tiba-tiba di tepuk seseorang. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak Jaebum dibelakangnya.
Muka Jaebum seakan terkejut.
Pantas lelaki itu dipeluk, tersenyum gembira. Lega hati Chaeyoung, sekurang-kurangnya dia tidak berseorangan.
Jaebum membalas pelukannya, membisikkan kata-kata yang melegakan hati Chaeyoung.
Gadis itu gembira, walaupun dia dapat merasakan nalurinya seperti mengatakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
-----
The Killer story is almost over. 😭
Just a few more chapters... ❤️
YOU ARE READING
KILLER | TWICE [editing]
Mystery / Thriller" Who is the killer? " - " Aku minta maaf " " Aku harap aku dapat bagi kau rasa kesakitan aku untuk seketika. Bukan untuk menyakitkan kau tetapi untuk kau faham betapa sakitnya aku " - Start : 20/12/17 End : - WRITTEN by @Meenallint & @intnnana Hi...