27 : Sunyi

576 47 6
                                    





Son Chaeyoung's

Lengan baju ditarik untuk mengelap peluh yang mula membasahi dahi. Perlahan-lahan kain ditarik bagi menutup mayat Dahyun. Agak lenguh tangan yang mengheret mayat Jaebum dan Dahyun untuk ke bilik dance practice.

Entah mengapa aku terasa seperti mahu membawa mereka berdua ke sini. Mungkin akan ada sesetengah orang yang rasa apa yang aku buat ni perkara bodoh. Heret dua mayat sorang-sorang sampai ke tingkat empat?

Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu melalui apa yang aku lalui hari ini. Kawan-kawan aku semuanya telah di bunuh. Hanya mayat Sana, Jeongyeon dan Jinyoung sahaja yang tiada di sini. Daripada kiri mayat Tzuyu, sehinggalah ke kanan mayat Jaebum. Mereka semua sudah tidak bernyawa, namapun mayat.

Aku tidak pasti, sama ada aku pun dikira sebagai pembunuh juga atau tidak. Sememangnya Dahyun layak terima semua itu. Sengaja aku meletakkan mayatnya jauh di penjuru bilik.

Jauh daripada yang lain, dia tidak layak. Kalaulah dia tidak mulakan semua ini, sudah tentu kami masih tidur sekarang ini. Tidak perlu risau memikirkan ada pembunuh di antara kami.

Bunyi kerusi diseret jelas kedengaran di segenap ruang bilik. Tiba sahaja di tepi tingkap, aku berhenti dan duduk di atas kerusi tersebut. Melihat pemandangan malam...atau pagi yang sunyi. Mengikut perkiraan aku, sekarang mungkin sudah pukul lima.

Tiba-tiba rasa sebak datang menyerbu hati. Apa aku nak buat sekarang? Apa yang aku nak jawab pada mereka?  Tidak akan aku nak kata yang kami semua dibunuh oleh kawan kami sendiri? Dahyun dan Jaebum?

Air mata keluar dengan deras membuatkan mata menjadi kabur dan pedih. Dada menjadi sesak dan sakit akibat rasa sedih yang tidak tertahan. Tangan juga memukul-mukul peha dengan lemah, tidak tahu apa yang akan terjadi nanti.

" Unnie...apa yang patut Chae buat? Tolonglah Chae..." Tersedu-sedan aku berkata-kata. Mata dipejam rapat untuk mengambil nafas, menenangkan diri.

Mata terus terbuka luas apabila terdengar suara seseorang yang seperti sedang menangis. Sedih dan sayu sahaja bunyinya. Segera aku bangun dan mengundur ke belakang. Berdiri rapat dengan tingkap.

" Siapa tu? Momo? " Masih tiada apa-apa yang berlaku. Hanya ruang kosong dapat dilihat. Mungkin bunyi angin tadi? Tetapi kalau ikut logik, angin apanya? Aku yang di sini pun sudah bermandikan peluh.

Tangan menekup muka lama. Apalah yang aku fikir, positif Chaeyoung. Tiada apa lagi perkara buruk yang akan berlaku. Tangan dialihkan daripada muka lalu memegang sisi tingkap. Masih menghadap dengan pintu sebagai langkah berjaga-jaga.

" Eh! M-momo! Kau ke tu? Tu-tunggu aku! " Bulat mata memandang ke arah perempuan yang baru sahaja lalu melepasi pintu tadi. Aku pasti tu mesti Momo, siapa lagi? Hanya kami berdua yang masih hidup di dalam bangunan ini. Kenapa kepalanya ditundukkan sahaja?

Tergopoh-gapah kaki cuba melepasi mayat-mayat di dalam bilik ini. Setibanya di luar bilik, terus aku berlari mengikut jejak kakinya. Kesan darah yang dipijak oleh Momo menyenangkan kerja aku.

" Unnie! "

" Momo-unnie! Tunggulah! " Penat aku menjerit dari tadi tetapi dia hanya berjalan dengan semakin laju. Tibanya dia di hadapan tangga, langkahnya terhenti. Oleh itu, aku juga berhenti cuba untuk mengambil nafas.

" Dengar pun! Penat Chae—hei! " Dia memandang aku sekilas dengan pandangan yang tajam lalu berlari menuruni tangga. Meninggalkan aku terpingga-pingga seorang diri.

" Alahhh! nak pergi mana pula?! " Terpaksa juga aku berlari mengejarnya memandangkan suasana di dalam bangunan ini terasa semakin suram. Sungguh menakutkan.

Kaki laju berpijak di setiap anak tangga dan akhirnya kami berada di lobi. Momo terus berlari lagi, langsung tidak memandang ke arah belakang. Dia ni tidak penat ke?

" Unnie, dah la. Jangan lari lagi " Lega hati apabila Momo sudah berhenti daripada berlari. Yang tidak bagusnya, dia berdiri di tempat Jaebum jatuh sebelum ini. Darah masih lagi belum kering dan bertakung.

Aku mendiamkan diri, jarak kami mungkin hanya dalam 7 kaki sahaja. Tanpa aku sangka, dia melutut di situ dan mula menangis. Meremang bulu roma kerana bunyi tangisannya sungguh jelas kedengaran walaupun nadanya sangat sayu.

" Unnie..." Aku cuba untuk memanggilnya. Mungkin juga dia sedih kerana Jaebum sudah mati...ataupun ada sebab yang lain?

" Unnie, janganlah macam ni. Bangunlah, baju dah penuh dengan darah tu " Dengan berani aku mengambil langkah untuk mendekatinya.

Ketika hanya 3 langkah lagi yang tinggal sebelum aku berada di tepinya, dia menoleh ke belakang. Memandang aku tajam, dadanya juga turun naik seperti dalam keadaan yang marah.

" Kau pun sepatutnya mati sekarang! " Momo bangun lalu menerpa ke arah aku.

Tidak sempat otak mahu memproses apa yang patut dilakukan, dia sudah berada dia atas aku. Terasa juga tadi badan ditolak dengan kasar membuatkan aku terjatuh di atas lantai yang basah dengan darah. Tidak selesa betul.

" Un-unnie pun sama saja macam Dahyun dan J-jaebum?! " Aku sungguh kecewa, aku fikir dia tidak terlibat dengan semua ini.

" Kau dah bunuh Dahyun! Jadi, kau juga layak kena bunuh dengan aku!"

Belum sempat aku mahu membalas apa yang dia cakap, dia sudah mula mencengkik aku sehingga pandangan mata menjadi tidak jelas. Sepertinya ada tiga orang Momo sekarang ini.

Pegangan tangannya semakin kuat menghalang aku untuk bernafas dan mungkin juga sedang cuba mematahkan leher ini. Sekarang giliran aku pula ke?

———————

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now