28 : Harapan

726 53 21
                                    



Son Chaeyoung's

Riak muka Momo kelihatan seperti dia tidak puas hati apabila cubaannya untuk membunuh aku tadi tidak berjaya.

Sekarang, tangan kanannya menarik kolar baju aku dengan kuat, membuatkan badan aku juga terdorong kehadapan.

" K-kau! patut ma—mati! " Aku tidak mampu untuk membuat apa-apa memandangkan dada masih sesak akibat dicekik tadi. Berpinar-pinar pandangan, tangan sudah terkulai layu di atas lantai, membiarkan Momo lakukan apa-apa sahaja. Aku sudah tidak larat lagi.

" Chaeyoung, maafkan aku " Kemudian dia menekup muka aku dengan kedua-dua belah tangannya. Mengangkat kepala aku jauh dari lantai kemudian menghentaknya kuat di lantai.

BUK!

" Ahh! " Mata terus terbuka luas. Eh, aku di mana?

Dalam keadaan yang terbaring, mata melilau-lilau melihat sekeliling. Aku masih di dalam bilik dance practice rupanya. Jadi, semua yang berlaku tadi hanya mimpi?

Aduh, sakitnya kepala. Perlahan-lahan aku bangun untuk duduk. Rasanya, tadi aku tertidur sambil duduk di atas kerusi. Mesti terjatuh, patutla kepala aku rasa sakit. Buasnya aku tidur.

Aku memerhati sekeliling sekali lagi, masih sama sahaja. Tiba-tiba mata terpandang keluar tingkap. Ad-ada...kereta yang berhenti di tepi bangunan ini. Ini peluang yang baik untuk aku keluar dari sini.

" Tolong! Tolong! " Aku jerit semampu yang boleh. Sekarang ini tenaga aku macam sudah tiada.

Kereta itu menyala dari tadi. Aku pasti, memang ada orang di dalam kereta itu. Mungkin dia tidak dengar kalau aku jerit dari sini. Aku patut pergi ke lobi.

Kenapalah aku tidak terfikir benda itu dari tadi. Laju sahaja kaki berlari ingin ke lobi. Terasa seperti ada harapan yang mula muncul. Aku tidak mahu mati begini.

Mata mula berair memikirkan aku akan dapat keluar dari neraka ini. Aku mahu berhenti. Tidak sanggup lagi rasanya mahu menjadi seorang idol, tiada guna. Kemana-mana sahaja aku pergi nanti, mesti mereka akan beri aku pandangan simpati.

Yang lain semuanya telah mati. Momo? Aku juga tidak pasti apa yang terjadi kepadanya. Yang penting sekarang aku perlu keluar dari sini. Selepas itu, barulah difikirkan hal Momo.

Lebih baik aku pergi ke bilik stor dulu, untuk ambil kayu. Boleh jadi perlindungan diri kalau ada apa-apa yang berlaku. Sebenarnya aku menjadi trauma dengan mimpi tadi, takut benda itu semua terjadi betul-betul.

Setelah masuk ke dalam stor, mata melilau mencari kayu. Di dalam bilik ini agak bersepah dengan almari yang dipenuhi dengan tali yang berterabur. Begitu juga dengan pelbagai barang yang berterabur.

Di mana kayu itu, rasanya tadi ada sahaja! Masa ini jugalah nak hilang pun. Fuh, semoga baik-baik sahaja apabila turun di lobi nanti. Tetapi...

Kenapa hati tidak berasa sedap sahaja sekarang ini?

Tiada apa-apa kot, baik aku cepat. Nanti kereta itu pergi pula. Tidak pasal-pasal, aku merana seorang diri disini. Kalau tiada kayu pun tidak apalah. Lebih baik aku ambil sahaja besi yang berada di tepi tingkap.

Setelah mengambil mengambil besi, kepala ditoleh ke arah luar tingkap. Kereta itu seperti mahu bergerak! Aku kena cepat.

Dup..

Dap..

Dup..

Hati aku mengatakan ada benda yang tidak baik berlaku jika aku pergi kebawah.

Kenapa hati aku sangat berdebar sekarang ini? Apabila mahu bergerak pantas untuk keluar dari bilik stor ini, kaki kiri aku seakan tersekat sesuatu. Mata memfokus ke arah objek yang menghalang aku untuk bergerak tadi. Oh, tali dari almari itu. Kaki diangkat kasar dan menyepak tali itu ke tepi.

Aku mula meneruskan langkah tetapi terhenti lagi sekali apabila aku hampir sahaja tersembam. Di kaki kanan juga terbelit dengan tali di almari itu. Sebaik kepala diarahkan ke belakang, masa seperti mula bergerak dalam pergerakan perlahan.

Baru aku sedar, yang tali di kaki kanan aku berhubung dengan kaki almari yang dipenuhi barang-barang yang berat. Selambat masa yang berlalu, aku hanya memandang almari itu untuk jatuh menghempap badan aku yang kecil berbanding saiznya yang tiga kali ganda besar.

Ini karma untuk aku, mungkin?

Kalau tidak, mesti Tuhan sudah mendengar doa aku tadi.

Keadaan menjadi lambat dan aku terdengar suatu bisikan...

" Chaeyoung...kau tak berseorangan, mari ikut kami "

Betullah, doa aku termakbul untuk bersama-sama dengan mereka.

Anak mata setia memandang barang-barang berat yang mula terjatuh keluar menuju ke arah aku, begitu juga dengan almarinya. Seperti ada sesuatu yang menarik sedang berlaku, langsung tidak menakutkan. Selepas itu...

DUM!

Goodbye, Son Chaeyoung1?/9 ✔️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Goodbye, Son Chaeyoung
1?/9 ✔️

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now