16 : Lelaki

509 52 15
                                    


Park Jinyoung's

AKU pun takkan percaya kalau ahli kumpulan aku sanggup bunuh sesama kami. Bilik kawalan aku masuk, menekan suis lampu supaya terbuka.

Mana Chaeyoung dan Momo? Setiap skrin dilihat tidak berkelip. Separuhnya sudah rosak, menyukarkan lagi niat. Tempat aku dan Jaebum duduk tadi dipandang. Mana Jaebum?

Cuba aku cari di semua skrin. Tiada. Semua orang tiada. Rasa panik mula menyelubungi hati. Tiba-tiba ternampak susuk tubuh Jeongyeon yang berlari di koridor tadi lalu menghilang. Cuba di cari ke mana gadis itu pergi. Shit! Kamera kat situ rosak.

Tanpa aku sangka pembunuh itu kelihatan beberapa saat kemudian. Kamera di lihat lama sebelum sesuatu yang keras dibaling menyebabkan kamera di koridor itu juga rosak menunjukkan garisan hitam putih.

Ya tuhan! Jeongyeon!

++

Yoo Jeongyeon's

MATA aku meliar di segenap ruang tingkat tiga. Tidak ada tanda-tanda orang di sini. Keluhan kuat dilepaskan sebelum aku berjalan perlahan-lahan. Tidak larat untuk berlari lagi.

Hendak pergi ke mana pun aku tak tahu. Bangunan ni hanya ada lima tingkat. Asyik ulang-alik di tempat yang sama sahaja, tetapi di mana Momo dan Chaeyoung?

Terhenti langkah di hadapan bilik dengan pintu terobek-robek. Aku masuk ke dalam bilik itu. Memerhatikan darah-darah yang sudah kering. Lama juga Jihyo dah dibunuh. Terasa lama walaupun baru beberapa jam.

Cawan di atas lantai aku ambil, memegang cawan itu lama. Aku tahu Jihyo cuba mempertahankan diri dia guna cawan ni. Cawan di tangan aku pegang erat sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

Aku naik pula ke tingkat empat. Dari sini dah boleh bau hanyir mayat-mayat di bilik dance practice. Lantai dilihat sejenak. Banyak betul kesan heretan. Kenapa pembunuh ni buat macam ni? Apa motif dia?

Pintu bilik dance practice aku tolak. Membuntang mata ketika melihat mayat salah satu stylist kami. Dia pun dibunuh?

Aku mengundur ke belakang terduduk di tepi pintu. Air mata mula keluar, rasa sedih datang membuak-buak. Aku rindu dengan mereka. Aku tak sangka mereka sudah tiada.

" Pe..penipu,kita dah janji untuk bersama selamanya. Kenapa korang tinggalkan aku dulu? " Esakan aku semakin kuat. Bunyi cawan yang terjatuh di atas lantai bergema. Muka ditutup menggunakan kedua-dua tapak tangan. Terasa seperti hati berkecai seribu. Aku tak kuat.

" Jeongyeon? "

Disebalik tapak tangan, dapat aku lihat seseorang yang bertopeng tidak jauh dari kedudukan aku. Bergetar tangan menahan takut. Adakah itu pembunuh?

Tetapi ini seorang lelaki.

Aku ingat dia perempuan... Kaki aku yang bergetar digagahkan juga untuk berdiri dan lari. Daripada lirikan mata, pembunuh itu masih di kedudukan yang sama memerhatikan aku. Dua kali juga aku terjatuh sebelum dapat menuruni tangga ke tingkat dua. Aku nak cari Jinyoung dan Jaebum.

" Jinyoung?! " Aku menjerit sekuat hati. Terasa kecewa apabila memandang tempat di mana aku dan dia duduk tadi. Dia dah pergi.

" Jaebum? " Hampa. Tiada balasan juga.

Langkah diteruskan ke lobi. Nasib aku memang malang apabila tersadung sesuatu di depan sofa yang berada di lobi. Terasa lantai yang keras itu bertemu dengan tulang-tulang badan menghasilkan bunyi yang kuat. Kali ini, memang terjatuh dengan teruk.

Tidak terkeluar jeritan daripada mulut. Berpinar-pinar kepala akibat hentakan yang kuat tadi. Hidung aku pegang.

Alamak, hidung aku patah.

Terbatuk-batuk aku apabila darah mula keluar daripada hidung. Aku mula bernafas dengan mulut apabila hidung terasa seperti ditumbuk ketika cuba bernafas.

Aku bangun dengan pergerakan yang paling perlahan sekali dan duduk di atas sofa. Tangan kanan menutup hidung, menahan sakit yang teramat perit. Apa yang dapat dilakukan sekarang ini hanyalah menangis kesakitan.

" S-sakit.. K-kenapa semua ini terjadi kat a-aku " Percakapan berselang-seli dengan tangisan. Aku sudah tidak tahan. Seluruh badan terasa sakit sekarang. Mana korang yang lain..?

" K-korang! Takkan t-takda siapa nak t-tolong aku... i-ibu Yeon s-sakit.. sangat sekarang ni... " Tangisan semakin kuat. Nak bernafas pun susah. Aku bangun dan pergi kaunter di lobi. Tangan pantas mencari tisu. Oh tuhan, nasib baik ada, lantas tangan mengelap darah di hidung.

Bunyi dari tangga menarik perhatian. Kepala ditoleh. Terkejut apabila melihat seorang lelaki.. Mungkin? yang duduk di atas tangga. Muka tidak kelihatan kerana di situ agak gelap.

Aku tenung lama tangga. Dia juga memandang aku. Badan menggigil ketakutan. Tangan sebelah kiri memegang tisu di hidung manakala tangan kanan menggegam erat hujung baju. Aku tiada pilihan lain. Selain beranikan diri. Sekali-sekala terbatuk-batuk menahan nyeri di hidung dan kepala.

++
TBC
1? 2? Atau 3 Pembunuh? Adakah pembunuh itu dikalangan mereka sahaja atau ada orang lain?

// Petunjuk //
Please vote and comments! 💕💁 btw kesian dekat Jeongyeon 😷
Siapakah pembunuh bagi anda dalam cerita ini?

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now