No one's"AKU rasa lebih baik kita pergi cari bantuan sekarang " kata Dahyun.
" Takdalah jadi macam orang bodoh saja duduk kat sini " sambungnya lagi.
" Tak apa, kita tunggu je dulu kat sini. Lagipun takkan nak tinggalkan Sana pula. Aku tengok dia macam tak sihat pula " Jaebum cuba menyakinkan Dahyun.
"Betul tu, lebih baik kita duduk sini sahaja dulu " Momo tersenyum nipis kepada Jaebum.
Momo menyokong apa yang Jaebum cakap. Bambam, Jinyoung dan Chaeyoung hanya diam sahaja. Dahyun tersenyum kelat. Sekali-sekala cuba lah sokong cadangan dia pula.
++
Minatozaki Sana's
DALAM samar-samar, boleh didengari suara Jinyoung bertanya. Mata aku hanya terbuka separuh. Aku memandang sekilas Dahyun disebelah. Oh tidak kepala aku terasa sangat pening sekarang.
" Hm korang aku nak masuk bilik dulu, tiba-tiba rasa macam tak sihat pula " kataku perlahan tetapi cukup untuk semua orang dengar. Mereka hanya mengangguk.
" Aku nak masuk bilik juga " Jeongyeon bangun mengikuti aku ke bilik. Setelah sampai di dalam bilik kaki terus berlari ke arah katil dan baring. Leganya dapat baring. Tidur sekejaplah.
Tetapi aku rasa macam tak sihat badan pula. Sudah dekat 20 minit aku cuba untuk tidur. Sekejap baring ke arah kanan sekejap ke kiri. Tetap rasa tidak selesa.
" kau okay tak? " kata Jeongyeon yang sedang baring di atas katil Mina. Aku mengangguk dan senyum nipis kepadanya.
Aku memang tidak okay sekarang ini. Taktahulah kenapa, tetapi taknak orang risau pasal aku dalam waktu macam ni. Cukup lah hanya risau pasal Nayeon-unnie dan yang lain-lain. Tetapi di dalam surat dia tulis dia pergi ke bilik dance practice.
Entah lah aku sudah tidak berani mahu keluar dari dorm. Tiba-tiba tekak terasa loya seperti mahu muntah. Kaki terus berlari masuk ke dalam bilik air dengan secepat mungkin.
Bila sudah di depan singki. Aku terus muntah sepuas-puasnya. Kenapa dengan aku ni? " S-Sana kau okay ke kat dalam " dapat didengari suara Jeongyeon di luar.
" A-aku okay sahaja " tangan dibasuh. Muka seperti macam mayat hidup sekarang ni, dengan mata yang sembab sebab asyik menangis. " Aku pergi ambilkan air " Kata Jeongyeon.
Nasib baik ada Jeongyeon sekarang. Aku membuka pintu dan baring semula di katil. Jarang sungguh begini. Pintu bilik yang ditolak secara tiba-tiba aku pandang dengan mata yang separuh terbuka.
" Sana? Nah minum air ini " Jeongyeon menghulurkan cawan dan dua biji panadol. " Tekan sekali panadol ini " Aku bersila di atas katil dan minum. Kurang sikit rasa pening.
" Aku okay saja, kau tidak perlu nak risaukan pasal aku. Mana yang lain? "
" Tadi masa pergi ruang tamu. Aku tengok Bambam, Jinyoung dan Jaebum dah tidur. Chaeyoung dan Dahyun pula dah masuk ke bilik mereka "
YOU ARE READING
KILLER | TWICE [editing]
Mystery / Thriller" Who is the killer? " - " Aku minta maaf " " Aku harap aku dapat bagi kau rasa kesakitan aku untuk seketika. Bukan untuk menyakitkan kau tetapi untuk kau faham betapa sakitnya aku " - Start : 20/12/17 End : - WRITTEN by @Meenallint & @intnnana Hi...