13 : Kenangan

499 54 8
                                    



Yoo Jeongyeon's

JAM di dinding dipandang. Dah pukul 1.26 pagi. Ingatkan aku tidur lama sangat. Baru berapa belas minit. Eh mana pulak Momo pergi? Tadi sebelum aku tidur dia masih baring di atas katil.

Aih, letihnya badan. Seram pula rasa. Baik pergi ruang tamu. Setelah sampai di ruang tamu. Tiada siapa di sini. Sunyi sepi. Mana yang lain pergi? Aku berlari laju ke dapur. Tiada orang.

Aku pergi ke semua bilik di dalam dorm kami. Semua tempat aku pergi. Masih tiada orang. Ke mana mereka pergi? Eh, aku lupa hendak memeriksa bilik Sana tadi.

Langkah kaki aku bergerak laju pergi ke arah bilik Sana. Tidak terfikir untuk ke situ dahulu. Bilik mereka dekat sahaja dengan dapur. Lega hati apabila nampak Sana yang sedang tidur nyenyak sebaik sahaja aku buka pintu bilik ini.

Terus aku duduk di hujung katil Sana. Muka yang tidak bermaya itu dilihat sedih. Dia mesti penat sangat, nak kejut pun tidak sampai hati. Apalah yang dia buat tadi? Bersepah-sepah bantal dan barang-barang di atas lantai.

" Takpa, aku boleh teman kau Sana " selimut Sana ditarik sehingga paras dada dia. Muka dia yang tenang itu mampu membuatkan aku tersenyum kecil memandang dia.

Barang-barang dan bantal aku mula kemas dan letakkan di tempat asalnya semula. Terasa sedih apabila melihat barang-barang Jihyo, Mina dan Nayeon.
Dompet kecil yang ditempah khas milik Jihyo dipegang lama. Ini hadiah aku untuk dia semasa kami masih berada di Sixteen. Tidak sangka dia simpan lagi.

Hati berasa sakit. Haih, Jeongyeon kau sepatutnya berfikiran positif. Mungkin mereka pergi cari Nayeon-unnie sama-sama. Tetapi kenapa tidak ajak aku sekali. Aku takut duduk dalam dorm ni sorang-sorang. Nasib baik ada Sana.

Aku nak pergi cari Nayeon-unnie juga. Tetapi aku rasa takut untuk keluar dari dorm. Macam-macam benda boleh terjadi kalau keluar. Entah-entah mereka semua dah mati?! Oh tidak... T-Tak mungkin.

Pembunuh itu hanya seorang. Mereka ramai. Eh jap. Aku mana tahu pembunuh itu hanya seorang. Mungkin dia berdua atau bertiga dan dia seorang perempuan. Mana mungkin boleh lawan kami yang ramai ini.

Nasib baik ada Jinyoung, Jaebum dan Bambam. Kalau tak, taktahulah apa yang akan terjadi kat kami. Apa yang aku nak buat sekarang? Takkan duduk diam sahaja. Mahu keluar dari bilik pun jadi takut sekarang.

Kenapa dorang tinggalkan aku dan Sana? Macam mana kalau pembunuh itu boleh masuk dalam dorm kami dan cuba membunuh Sana sekali lagi.

Aneh, pembunuh itu dia boleh tahu kata laluan dorm kami. Setahu aku tidak ramai yang tahu kata laluan dorm kami. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh tahu.

Takkan lah... Tak, Jeongyeon kau tolong jangan fikir negatif please. Aku ada terfikir yang pembunuh itu salah seorang daripada kami. Itu mustahil. Siapa je yang nak bunuh kawan baik sendiri. Sekarang hanya tinggal aku, Sana, Dahyun, Chaeyoung, Momo dan Nayeon-unnie..Mungkin.

Kalau Nayeon-unnie dah mati. Aku akan jadi yang paling tua dalam kumpulan kami. Aku harus lindungi mereka. Iya, aku kena. Album gambar yang berada di almari dicapai. Perkataan yang tertulis di depan album membuatkan hati aku menjadi pilu.

" Twice Forever... Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu " Sekarang hanya tinggal enam orang sahaja.

Setitis demi setitis air mata aku jatuh di atas album. Aku memandang sayu kepada gambar kami bersembilan yang tersenyum riang di dalam gambar. Alangkah bagusnya dapat gembira macam ini sekarang.

Baru sahaja aku mahu bangun pergi ke tandas, tiba-tiba sahaja pintu dorm diketuk dari luar. Oh, tadi aku pergi kunci pintu. Kenapa ketuk sedangkan ada loceng? Sekarang ni aku nak bukak ke taknak?

Aku mendekati pintu dengan perasaan gelisah...

++

No One Pov

" KAT sini rupanya kau... Bambam! "

" E-Eh Jinyoung Hyung! " Bambam memeluk Jinyoung erat.

" H-Hyung.. Aku t-takut " Kata Bambam ketakutan. Dia begitu takut. Dia ingatkan pembunuh itu. Rupa-rupanya Jinyoung. Hanya tuhan sahaja tahu bertapa leganya dia.

" Kenapa ni dengan kau ni? dan kenapa kau keluar dari dorm sesuka hati... Bahaya tahu tak! " Jinyoung berkata risau.

" Maaf hyung. Tadi aku keluar sebab nak cari Nayeon-noona. Eh jap mana yang lain? " Bambam berasa pelik. Kenapa ada Jinyoung sahaja disini.

" Yang lain pun tengah cari kau kecuali Jeongyeon dan Sana sebab mereka tidur tadi. Kami tak sampai hati nak kejut "

" Hyung! Kenapa berpecah? Bahaya " Fikiran Bambam menjadi lebih serabut. Pembunuh itu dimana-mana sahaja. Dia tidak mahu ada yang dibunuh lagi.

" Hyung lupa pula! Tak apa lagipun kita orang baru je berpecah tadi dan mahu berjumpa di lobi selepas 30 minit " Jinyoung menjawab tenang.

Aku hanya berdiam diri. Mungkin sekarang bukan masanya untuk bercakap pasal apa yang terjadi tadi. Lagipun nak ke mereka percayakan aku? Nanti-nantilah aku cakap.

++
Who? 👀🔪

 KILLER | TWICE [editing] Where stories live. Discover now